Friday, August 26, 2011

Biarlah.. Tak Perlu Difikirkan?


Dalam hati tertanya-tanya sendiri. Kadang-kadang tidak sengaja terlepas menjadi bicara lisan, "sampai bila nak jadi macam nih?" Berkali-kali perkataan tu keluar secara tiba-tiba. Penat otak fikir tapi akal ini masih sedar bahawa persoalan itu tiada jawapannya. Semua sudah ketentuan Allah dan hanya Allah yang akan tahu bila pengakhiran kepada semua persoalan-persoalan di benak fikiran. Aku hanya mampu sabar, sabar dan tetap bersabar. Itulah penawarnya. Tapi kadang-kadang 'sabar' itu umpama kata-kata semangat buat diri tapi hati? Haihh payah, aku juga manusia biasa. 


Pernah juga aku terfikir hikmah di sebalik semua yang terjadi. Aku cari hikmah yang bersembunyi dan berselindung di celah-celah kegelapan hidup. Maybe gelap itu tak sesuai tapi harus digantikan dengan suram. Hidup aku masih lagi disimbahi cahaya tapi cahayanya tidak cukup. Hahaha :D Semakin lama aku telusuri, semakin aku mengerti. Sangat banyak hikmahnya! Jika perkara itu tidak terjadi, mungkin aku masih lagi menjadi seorang insan yang jauh dariNya. Mungkin hidup aku seperti dulu. Tiada sebarang perubahan.


Perkara itu juga menjadikan aku seorang yang matang di usia yang muda belia. Haha mungkin? Aku dapat rasakan. Hati aku juga jadi macam batu. Contoh? Walaupun perkara yang sama berulang berkali-kali, tiada rasa yang bertandang di hati. Kosong! Tu saja :) Adapun hanya sedikit tapi akan hilang tanpa meninggalkan sisa pada keesokkan harinya. Pelikkan? Aku bersyukur kerana di anugerahkan hati yang sebegitu kerana sekurang-kurangnya kehidupan aku tidak terjejas seperti yang terjadi dalam novel atau drama yang selalu aku baca/tonton. Kehidupan aku masih bahagia bersama-sama insan yang menyayangi aku. Hahaha ^_^


Sesungguhnya ujian yang Allah turunkan ini banyak hikmahnya. Banyak mengajar aku tentang banyak perkara. Walau apa pun yang berlaku, sentiasalah bersangka baik dengan Allah kerana ujian itu tarbiyah daripada Allah yang sangat berharga dan bernilai buat manusia. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Bila pengakhirannya, hanya Allah yang tahu. Biarlah, tak perlu difikirkan. Semudah itukah? Ah! Allah sudah mengaturkan segalanya dengan baik dan sempurna. Hanya perlu yakin dan berserah kepadaNya. Tak perlu risau, Allah sentiasa berada di sisi =)


Penantian adalah satu ujian,
Tetapkanlah ku selalu dalam harapan,
Kerana keimanan tak hanya diucapkan,
Adalah ketabahan dan kesabaran menghadapi cubaan.



Sunday, August 14, 2011

Penangan Cinta Terhadap Manusia Memang Dasyat!




Assalamualaikum. Kadang-kadang dekat sekolah terdengar kata-kata orang yang mengatakan, "bertuah giler budak tuh dapat pakwe macam dia. Dah lah hensem and bla bla bla." Aku hanya diam dan dengar. Korang nak tau tak memang best ada pakwe nih. Bila nak ujian je, ada orang wish gud luck. Bila sakit, ada orang yang tolong jagakan. Bila ada pakwe, terasa diri nih selamat daripada bahaya. Itu kenyataan daripada mulut-mulut yang bercakap. -_________-



Eh nanti kejap yer. Aku rasa ada benda yang diorang lupa!



Kenapa perlukan pasangan yang belum sah jadi pasangan hidup untuk jadi pemberi semangat kita? Kalau kawan perempuan tak boleh yer? Kena berlainan jantina juga ke? Owh kalau bergayut malam-malam tu kira sweet lah kan, bahagia, hidup pun tenang je, gitu ek? Haih banyak lagi persoalan tapi malas nak taip. Mungkin hal ini terjadi sebab kita lupa satu benda, kita lebih ingat yang kebahagiaan terletak dalam tangan manusia walhal Allah sentiasa ada dekat dengan kita. Hanya Allah yang dapat meniupkan rasa ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar-benarnya dalam jiwa manusia. Sesungguhnya tiada seorang manusia pun dapat memberikan ketenangan dan kebahagiaan macam tuh even orang yang sangat korang sayang plus cinta tuh.



Nak tau? Bila pergantungan kita pada Allah kuat, kita duduk sorang-sorang dekat dunia ni pun kita dah tak kisah sebab kita akan kata, "Takpalah. Allah kan ada dengan aku." Cukuplah bagi aku Tuhanku. Di hati ini hanyalah Allah. Cahaya Muhammad pentunjuk bagiku. Tiada Tuhan selain Allah. Jangan ingat kita bersendirian dalam dunia nih. Walaupun takda orang yang nak kongsi sudah dan senang kita tapi Allah tetap ada untuk kita. Don't worry be happy. Allah sedia untuk mendengarnya. Pasti! Cuma perlu tadahkan tangan dan berdoa. 



Dan lagi. Kenapa perlu berbangga dengan maksiat? Realiti yang terjadi sekarang. Orang yang tak couple dikatakan ketinggalan zaman, tak laku-laku macam dalam lagu wali band tuh. Ngeh! Hey kamu yang berkata-kata tuh! Dengar sini aku nak cakap, orang-orang yang tak couple ni mereka telah terselamat daripada melakukan dosa-dosa zina. Zina tangan, zina mulut, zina hati, zina telinga dan lain-lain. Mereka yang bercouple tanpa cop sirim daripada JAIS memang amat-amat berisiko untuk terdedah dalam gejala ini. So kepada yang single-single dekat luar sana, ucapkanlah "Alhamdulillah, aku orang yang terpilih. DIA sedang menulis kisah cinta yang terbaik untukku." Status in a relitionship sangat tidak mendatangkan apa-apa makna andai hubungan itu akan melalaikan kita daripada jalan menuju ke syurga. Percayalah!!



Kita nih hanyalah seorang hamba. Kita adalah hak milik mutlak DIA. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua DIA yang tentukan. Kita merancang tapi yang menentukan adalah ALLAH. Percaya pada Allah yang jodoh kita akan datang juga. Jangan sia-siakan umur yang muda dengan melakukan perkara yang dimurkaiNya. Last but not least, Manusia tanpa cinta manusia, boleh hidup lagi. Makan pun boleh tambah tiga kali tapi manusia tanpa cinta Allah memang hidup hancur, musnah, berkecai! Jadi, sebelum mencintai manusia lain, cintailah Allah dan diri sendiri dulu =)




P/S: No couple before nikah. It will very sweet if you are couple after maried :D
Tulis entry ni untuk peringatan aku juga. Aku insan biasa, takut leka dan terlupa.
Nauzubillahhiminzalik!

Thursday, August 11, 2011

Satu Bulan Mencari Cinta



Bulan ramadhan bulan yang mulia.
Seluruh umat Islam memang wajib berpuasa.
Jangan mengeluh jangan bermuram durja.
Waktu puasa harus sentiasa ceria!


Kakak-kakak dan adik-adik semuanya.
Bila puasa perlulah jaga-jaga.
Jaga mata, jaga hati, jaga tingkah laku dan juga bicara.
Jaga solat itu yang paling utama.
Agar ibadah puasa tidak bertukar jadi sia-sia.


Bulan ramadhan sangat banyak kelebihannya.
Kita beribadah, pahalanya berlipat kali ganda.
Jadi apa lagi kawan-kawan semua.
Jomlah kita kumpul pahala.
Disamping mencari redha dan cintaNya.


Rebutlah peluang ini selagi bernyawa.
Kerana mungkin esok lusa kita tidak boleh merasa.
Kemanisan bulan ramadhan lagi di dunia.



Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna =)

Thursday, August 4, 2011

Jangan Duakan Cinta Allah


Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim bermaksud Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ar-Rahman bererti Allah itu Maha Pemurah kepada semua makhluk iaitu jin, manusia, haiwan, orang yang beriman kepadaNya atau yang mengingkariNya. Allah itu Maha Pemurah, semua benda yang mereka perlukan, Allah akan bagi. Ar-Rahim bererti Allah itu Maha Penyayang dan kasih sayang ini khusus untuk hamba-hambaNya yang beriman sahaja.


Allah mengkhususkan kasih sayang ini hanya kepada hamba-hamba yang beriman kepadaNya. Menolong mereka ketika mereka ditimpa kesusahan. Mengampuni dosa-dosa mereka ketika mereka meminta keampunan dan memberi ketika mereka meminta. Tapi kadang-kadang kita lupa, lupa akan kasih sayangNya yang selalu lebih. DIA tidak meminta kita membalas budi, akan tetapi DIA hanya meminta kita melakukan apa yang terbaik untuk diri kita sendiri, untuk manfaat kita bersama juga.


Kita selalu lupa bila kita tengah bahagia. Kita lupa bahawa kebahagiaan dan kenikmatan yang sedang kita peroleh itu adalah pemberian dariNya. Kita berasa bahagia tanpa DIA di dalam hati kita. Kita melupakanNya apabila kita sedang bahagia justeru bagaimana DIA akan mengingati kita ketika kita berada dalam kesusahan? Jangan salahkan DIA ketika kita susah tapi tidak ada pertolongan kerana sesungguhnya yang salah itu adalah diri kita sendiri, yang sering mencintaiNya setengah hati.


Jangan sampai kita terlarut sama dalam penghinaan ini sehingga menduakan cintaNya seperti mana orang-orang lalu yang tidak tulus mencintaiNya.


(Walaupun demikian) ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya, kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu.) -Surah Al-Baqarah ayat 165-