Friday, August 26, 2011

Biarlah.. Tak Perlu Difikirkan?


Dalam hati tertanya-tanya sendiri. Kadang-kadang tidak sengaja terlepas menjadi bicara lisan, "sampai bila nak jadi macam nih?" Berkali-kali perkataan tu keluar secara tiba-tiba. Penat otak fikir tapi akal ini masih sedar bahawa persoalan itu tiada jawapannya. Semua sudah ketentuan Allah dan hanya Allah yang akan tahu bila pengakhiran kepada semua persoalan-persoalan di benak fikiran. Aku hanya mampu sabar, sabar dan tetap bersabar. Itulah penawarnya. Tapi kadang-kadang 'sabar' itu umpama kata-kata semangat buat diri tapi hati? Haihh payah, aku juga manusia biasa. 


Pernah juga aku terfikir hikmah di sebalik semua yang terjadi. Aku cari hikmah yang bersembunyi dan berselindung di celah-celah kegelapan hidup. Maybe gelap itu tak sesuai tapi harus digantikan dengan suram. Hidup aku masih lagi disimbahi cahaya tapi cahayanya tidak cukup. Hahaha :D Semakin lama aku telusuri, semakin aku mengerti. Sangat banyak hikmahnya! Jika perkara itu tidak terjadi, mungkin aku masih lagi menjadi seorang insan yang jauh dariNya. Mungkin hidup aku seperti dulu. Tiada sebarang perubahan.


Perkara itu juga menjadikan aku seorang yang matang di usia yang muda belia. Haha mungkin? Aku dapat rasakan. Hati aku juga jadi macam batu. Contoh? Walaupun perkara yang sama berulang berkali-kali, tiada rasa yang bertandang di hati. Kosong! Tu saja :) Adapun hanya sedikit tapi akan hilang tanpa meninggalkan sisa pada keesokkan harinya. Pelikkan? Aku bersyukur kerana di anugerahkan hati yang sebegitu kerana sekurang-kurangnya kehidupan aku tidak terjejas seperti yang terjadi dalam novel atau drama yang selalu aku baca/tonton. Kehidupan aku masih bahagia bersama-sama insan yang menyayangi aku. Hahaha ^_^


Sesungguhnya ujian yang Allah turunkan ini banyak hikmahnya. Banyak mengajar aku tentang banyak perkara. Walau apa pun yang berlaku, sentiasalah bersangka baik dengan Allah kerana ujian itu tarbiyah daripada Allah yang sangat berharga dan bernilai buat manusia. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Bila pengakhirannya, hanya Allah yang tahu. Biarlah, tak perlu difikirkan. Semudah itukah? Ah! Allah sudah mengaturkan segalanya dengan baik dan sempurna. Hanya perlu yakin dan berserah kepadaNya. Tak perlu risau, Allah sentiasa berada di sisi =)


Penantian adalah satu ujian,
Tetapkanlah ku selalu dalam harapan,
Kerana keimanan tak hanya diucapkan,
Adalah ketabahan dan kesabaran menghadapi cubaan.