Sunday, October 30, 2011

Take Hold Of Your Iman, Don't Giving To Syaitan



Give thanks to Allah.
For the moon and the stars.
Prays in all day full.
What is and what was.
Take hold of your iman.
Don't giving to syaitan.
Oh you who believe please give thanks to Allah.


Assalamualaikum. Ada banyak lagu yang aku suka dan antaranya ialah lagu di atas. Lagu ini mempunyai maksud yang mendalam dan tersendiri. Lagu ini diberi tajuk 'Give Thanks To Allah' dan dinyanyikan oleh Mikaeel atau lebih dikenali sebagai Micheal Jackson. Mikaeel sudah pulang menemui Ilahi, dia sudah tenang disana. Dia dah berjaya menemui apa yang dicari dalam hidup walaupun dia tidak dilahirkan sebagai seorang muslim.


Bagaimana pula dengan kita? Adakah selama kita hidup ini kita bersyukur kepada Allah kerana terpilih untuk merasai nikmat Iman dan Islam? Adakah kita menghargai nikmat Iman dan Islam yang kita miliki ini? Ataupun, adakah saudara yang baru memeluk Islam lebih menghargai nikmat tersebut berbanding kita yang sejak lahir ini sudah memperolehnya.


Take hold of your iman.
Don't giving to syaitan.


Lirik dekat atas ini buat aku terfikir sendiri. Adakah kita menjaga iman kita ni bersungguh-sungguh, tidak biarkan hati ini dikuasai oleh syaitan. Adakah kita selalu memegang iman kita erat-erat.

ATAUPUN

Kita hanya biarkan saja. Kita hanya mengikut saja telunjuk syaitan. Biarkan syaitan dan nafsu mengawal diri dan hati kita. Biarkan saja syaitan menang dengan mudah tanpa ada sebarang pertempuran.


Mari sama-sama kita renungkan. Sama-sama muhasabah diri. Memperbaiki iman kita agar menjadi lebih baik daripada semalam. Iman ini tidak tentu keadaannya, jadi peliharalah iman itu sebaik mungkin. =)




P/S: Sedang berusaha untuk menstabilkan iman. Strive for mardhatillah!

Thursday, October 27, 2011

Abah Aku Masuk Hospital

Assalamualaikum. Petang tadi aku diberitahu yang abah aku masuk hospital. Kena serangan jantung. Sekarang kena tahan. Mungkin lima hari atau lebih. Tolong doakan agar abah aku sihat seperti sediakala! 
Jazakallah khairan khatsira.


Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. 
Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus dosa.
 ~Hadis Qudsi~

Wednesday, October 26, 2011

Ingat Allah, Hati Tenang :)



Firman Allah dalam Surah Ar-Rad ayat 28 yang bermaksud, "Orang-orang yang beriman itu hati mereka tenteram dengan ingat (zikir) kepada Allah. Ingatlah, hanya dengan ingat (zikir) kepada Allah, maka hati tenteram.


Assalamualaikum. Manusia bila rasa bosan, mereka mulalah nak moody memanjang. Jiwa, kacau bilau jadinya. Ketenteraman seolah-olah hilang macam tu aje. Maka penyelesaian masalah ini hanya satu, kembalilah pada DIA. Tiada siapa yang boleh membantu kecuali ALLAH. Jumpalah mana-mana pakar, kawan-kawan atau siapa pun tapi takkan ada yang dapat menandingi kehebatan kuasa ALLAH.


Bila manusia itu ingat pada ALLAH, hati dia akan tenang. Bila hati resah gelisah, ambil wuduk dan buat solat sunat. Lepas tu baca Al-Quran. Hiasikan bibir dengan zikrullah. Selesai semuanya, apa yang kita akan rasa? Ketenangan. Ketenangan menggunakan kaedah ini takkan sama dengan ketenangan yang diperoleh menggunakan cara yang lain. Macam dekat bawah ni:


a) Ada orang tu bila stress belajar, dia tengok televisyen. Stress pun hilang.
b) Kakak yang ada masalah, dia pergi shopping untuk lupakan masalah


Memang betul semua cara tuh boleh mendatangkan ketenangan kepada mereka tapi percayalah ketenangan dan kehebatan yang ini tidak akan sama dengan apa-apa pun ketenangan yang lain. Itulah ketenangan yang datangnya daripada DIA.
=)


Oleh sebab itu, jumpalah dengan ALLAH. Dekatkanlah diri kita dengan DIA, sentiasa dampingi DIA. Di kala senang kita ingat pada DIA, bila susah DIA hadirkan kesenangan buat kita. InsyaAllah.


Wallahualam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


P/S: Rindu dekat bayi nih <3

Monday, October 24, 2011

Membazirnya...!



Assalamualaikum. Memandangkan hari sabtu dan ahad ni aku tak busy, jadi adalah masa untuk aku menonton televisyen. Tukar channel, tukar channel, akhirnya aku tengok master chef di astro. Memang best tengok dia orang punya aktiviti. Tapi ada satu perkara yang tak menyenangkan yang aku rasa sangat-sangat tidak senang. Pembaziran bahan masakan! 


Kes Pertama (Potong Bawang)

Peserta dikehendaki memotong bawang besar dengan halus. Namun mana-mana peserta yang bawang mereka tidak dipotong dengan halus, bawang itu akan terus dicampak atau dibuang dalam tong sampah! Bayangkan bawang yang banyak itu dibuang dalam tong sampah!

Kes Kedua (Mengasingkan Telur)

Peserta dikendaki mengasingkan telur putih daripada telur kuning dalam sebuah mangkuk. Namun peserta-peserta yang gagal asingkan betul-betul (maknanya ada sikit telur kuning termasuk dalam mangkuk telur putih), telur putih yang berada penuh dalam sebuah mangkuk itu akan dibuang dalam tong sampah! Bukan hanya sebuah, tapi lebih daripada sebuah mangkuk. 


Allah. Dalam hati rasa sangat sesal. Membazirnya mereka. Telur-telur dan bawang-bawang itu sangat bermakna kepada orang yang tidak mampu untuk membelinya namun mereka dengan senang membuangnya. Telur-telur dan bawang-bawang itu sangat bernilai untuk mengenyangkan beberapa perut insan diluar sana yang kelaparan namun mereka dengan senangnya membuang makanan itu ke dalam tong sampah! Betapa berharganya apa yang mereka campak dalam tong sampah itu. Tidak sedarkah mereka hakikatnya sebiji telur dan sebiji bawang itu sangat susah untuk dibeli oleh para insan yang memerlukan di luar sana. Tidak sedarkah? 


Allah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 27 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."


Sesungguhnya Allah SWT amat murka dengan orang-orang yang tidak pernah bersyukur di atas nikmatNya dan mereka ini akan menerima balasan buruk daripada Allah SWT di atas kelalaian mereka menjaga amanah kurnianNya. Kita harus ingat apa jua yang kita miliki di dunia ini sebenarnya adalah hak Allah, kita hanya sebagai pengurus yang pasti akan ditanya dari mana harta itu diperoleh dan kemana kita belanjakan harta tersebut. Janganlah kita anggap sesuatu yang kita miliki sebagai milik kita yang mutlak dan kerana itu kita menggunakannya ikut sesedap hati kita.


Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud, "Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah berat."


Wallahualam.

Tuesday, October 4, 2011

Kita Putus Kawan!



Apabila kawan menjadi lawan, keadaan berubah dengan serta merta. Dunia yang terang jadi kelam, riang tawa berubah menjadi suram dan muram, dulu hati selalu berkongsi cerita tapi sekarang hati sendiri-sendiri aje yang tahu.


Assalamualaikum buat kawan disana,
Apa khabar kamu ya?
Lama sudah kita tak bertemu muka,
Rindu dihati adakah kau juga rasa?
Atau aku hanya syok sendiri saja?


Kawan. Perubahannya sedikit demi sedikit dan lama-lama menjadi bukit yang tajam dengan duri. Dulu hati itu sentiasa berpuas hati dengan hati ini tapi sekarang sebaliknya. Semuanya bagaikan sudah beralih arah. Senyuman yang dulu sentiasa mekar di bibir kini berubah menjadi cemuhan dan cebikan yang sinis. Orang yang dulu melihat kita tersenyum gembira namun kini mereka hanya menayangkan riak duka.

 
Dalam hati bertanya sakan,
Eh kita ni dah putus kawan?
Namun aku tepis segala mainan perasaan,
Ku bisik itu semua tipu daya syaitan,
Ingin merosakkan sebuah persahabatan!


Sampai bila nak jadi macam nih? Selama-lamanya kah? Hati yang berada di sana hanya bisu dan kelu manakala hati yang di sini gelisah tak tentu arah mencari jawapan. Walau apa pun, doa akan sentiasa mengiringi agar hati disana berubah. Sekali hati ini berkawan dengan hati itu, hati itu tetap menjadi kawannya hinggalah akhir hayat. Waima hati itu berbahagia bersama hati yang baru, namun hati itu tetap berada dalam hati ini. (Jiwang sungguh ayat aku :p)


Dah lama aku fikirkan,
Kini aku memperoleh jawapan, 
Lalu aku takrifkan,
Tiada istilah putus kawan!




Wallahualam.

Monday, October 3, 2011

Penyesalan Dalam Hidup?



Assalamualaikum sahabat-sahabat ku =)


Manusia ialah makhluk yang ada awalnya tapi tiada akhirnya, (ada hisab dan seterusnya) Kita berbeza dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada awal dan ada juga akhirnya, (mati dan jadi debu, selesai dan tiada hisab atasnya)


Salah memilih sayur, paling-paling menyesal pun hanya satu hari. Esok dah berganti dengan sayur yang lain.


Salah memilih gaya potongan rambut, paling-paling menyesal pun dalam tempoh satu bulan. Lepas tuh dah boleh buat gaya lain pula.


Salah memilih pasangan hidup, paling-paling menyesal sampai seumur hidup atau setelah mati tidak lagi memikirkan hal tersebut.


Tapi pernahkah korang terfikir apakah yang akan terjadi jika salah memilih jalan hidup? Penyesalan dimulai ketika kita masih hidup di dunia hinggalah di akhirat yang abadi, selama-lamanya.


Allah berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 64 yang bermaksud, "Padahal manusia adalah makhluk akhirat yang sementara diletakkan di dunia, akhirat adalah sebenar-benarnya kehidupan dan tujuan akhir dari kehidupan kita."


Semoga kita sentiasa dikurniakan hidayah dan taufik dariNya. Sehingga semakin hari semakin faham apa makna sebenarnya kehidupan kita, apa hakikat hidup kita di dunia ini. Semoga kita sentiasa bertambah keyakinan kepada Allah, akhirat dan amal-amal soleh. Amin..


Wallahualam.