Tuesday, October 4, 2011

Kita Putus Kawan!



Apabila kawan menjadi lawan, keadaan berubah dengan serta merta. Dunia yang terang jadi kelam, riang tawa berubah menjadi suram dan muram, dulu hati selalu berkongsi cerita tapi sekarang hati sendiri-sendiri aje yang tahu.


Assalamualaikum buat kawan disana,
Apa khabar kamu ya?
Lama sudah kita tak bertemu muka,
Rindu dihati adakah kau juga rasa?
Atau aku hanya syok sendiri saja?


Kawan. Perubahannya sedikit demi sedikit dan lama-lama menjadi bukit yang tajam dengan duri. Dulu hati itu sentiasa berpuas hati dengan hati ini tapi sekarang sebaliknya. Semuanya bagaikan sudah beralih arah. Senyuman yang dulu sentiasa mekar di bibir kini berubah menjadi cemuhan dan cebikan yang sinis. Orang yang dulu melihat kita tersenyum gembira namun kini mereka hanya menayangkan riak duka.

 
Dalam hati bertanya sakan,
Eh kita ni dah putus kawan?
Namun aku tepis segala mainan perasaan,
Ku bisik itu semua tipu daya syaitan,
Ingin merosakkan sebuah persahabatan!


Sampai bila nak jadi macam nih? Selama-lamanya kah? Hati yang berada di sana hanya bisu dan kelu manakala hati yang di sini gelisah tak tentu arah mencari jawapan. Walau apa pun, doa akan sentiasa mengiringi agar hati disana berubah. Sekali hati ini berkawan dengan hati itu, hati itu tetap menjadi kawannya hinggalah akhir hayat. Waima hati itu berbahagia bersama hati yang baru, namun hati itu tetap berada dalam hati ini. (Jiwang sungguh ayat aku :p)


Dah lama aku fikirkan,
Kini aku memperoleh jawapan, 
Lalu aku takrifkan,
Tiada istilah putus kawan!




Wallahualam.

13 comments:

Mialia said...

btol2.. sy dgn kwn still ngam lgi walau msing2 pegi skola sndiri since form 1 :)

nyway, tmplate bru ni cun :)

purplekyu^_^ said...

saye penah alami perasaan ney...
huhu XD

yg mcm Mialia ckp tu pun sy dpt rse jugak :)
still kwan walaupun pergi skola laen2 dah :D

Salsabila said...

bagus perkongsian ni dik :)

memang tiada istilah putus kawan, atau lebih tepat lagi, putus silaturrahim.

InshaAllah. Minta dijauhkan perkara yang sebegitu rupa, inshaAllah :)

dean said...

singgah..lme da xsingh sini

naim_byakuya said...

terbaik...

Faaein Talip Roy said...

jangan.. kita tak nak putus kawan.. kita kawan kan? walaupun jarak umur kita beza jauh?

nice entri.. ^^,

Cik_Shiqah said...

Mia: bgus la cmtuh =)
hehe biasa je lah..

purplekyu: bagus2! teruskan ok ;)

salsabila: insyaAllah kak husna ^_^

dean: =) =)

naim: biasa je lah ^_~

faaein: mstilah kita kwn. lgipun mana ada putus2 kawan nih. hehe ;D

purplekyu^_^ said...

hehe...gud luck utk adk juga :)

Addin said...

kawan selamanya :) erat kan lagi persaudaraan yang sudah terjalin.

p/s : nice template :)

-Sis- said...

ashiqah~ ko ta tujukan kat aku kan? kan? kite ta putus kwn kan? kan? aku still kwn ko lg kan? kann?

Anonymous said...

aula: eh2 mana ada lah! ini umum. utk renungan kita bersama. haha. sayang kau! <3

-shiqah-

Akmal Khalidah said...

sayang kawan saya ;)

Cik_Shiqah said...

kak purplekyu: hehe syukran! :)

addin: ukhwah fillah. insyaAllah :)

akmal: pandai pun adik akak! wee~ ;D