Monday, October 24, 2011

Membazirnya...!



Assalamualaikum. Memandangkan hari sabtu dan ahad ni aku tak busy, jadi adalah masa untuk aku menonton televisyen. Tukar channel, tukar channel, akhirnya aku tengok master chef di astro. Memang best tengok dia orang punya aktiviti. Tapi ada satu perkara yang tak menyenangkan yang aku rasa sangat-sangat tidak senang. Pembaziran bahan masakan! 


Kes Pertama (Potong Bawang)

Peserta dikehendaki memotong bawang besar dengan halus. Namun mana-mana peserta yang bawang mereka tidak dipotong dengan halus, bawang itu akan terus dicampak atau dibuang dalam tong sampah! Bayangkan bawang yang banyak itu dibuang dalam tong sampah!

Kes Kedua (Mengasingkan Telur)

Peserta dikendaki mengasingkan telur putih daripada telur kuning dalam sebuah mangkuk. Namun peserta-peserta yang gagal asingkan betul-betul (maknanya ada sikit telur kuning termasuk dalam mangkuk telur putih), telur putih yang berada penuh dalam sebuah mangkuk itu akan dibuang dalam tong sampah! Bukan hanya sebuah, tapi lebih daripada sebuah mangkuk. 


Allah. Dalam hati rasa sangat sesal. Membazirnya mereka. Telur-telur dan bawang-bawang itu sangat bermakna kepada orang yang tidak mampu untuk membelinya namun mereka dengan senang membuangnya. Telur-telur dan bawang-bawang itu sangat bernilai untuk mengenyangkan beberapa perut insan diluar sana yang kelaparan namun mereka dengan senangnya membuang makanan itu ke dalam tong sampah! Betapa berharganya apa yang mereka campak dalam tong sampah itu. Tidak sedarkah mereka hakikatnya sebiji telur dan sebiji bawang itu sangat susah untuk dibeli oleh para insan yang memerlukan di luar sana. Tidak sedarkah? 


Allah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 27 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."


Sesungguhnya Allah SWT amat murka dengan orang-orang yang tidak pernah bersyukur di atas nikmatNya dan mereka ini akan menerima balasan buruk daripada Allah SWT di atas kelalaian mereka menjaga amanah kurnianNya. Kita harus ingat apa jua yang kita miliki di dunia ini sebenarnya adalah hak Allah, kita hanya sebagai pengurus yang pasti akan ditanya dari mana harta itu diperoleh dan kemana kita belanjakan harta tersebut. Janganlah kita anggap sesuatu yang kita miliki sebagai milik kita yang mutlak dan kerana itu kita menggunakannya ikut sesedap hati kita.


Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud, "Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah berat."


Wallahualam.

3 comments:

i hAve a DreAM said...
This comment has been removed by the author.
i hAve a DreAM said...

shiqah pun suke tgk master chef huhu..betul ,betul tak baik membazir.. membazir itu saudara SETAN! x bagus x bagus

Cik_Shiqah said...

@i hAve a DreAM
suka tgok diorang masak la, ain :D