Tuesday, November 29, 2011

Kadang-kadang Ingat, Kadang-kadang Lupa. Itulah Manusia :(


Suka berbicara tentang manusia yang hanya menumpang di muka bumi Allah ini. Manusia seringkali mengingati Allah bila masalah mula menghadirkan diri. Manusia seringkali mengingati Allah bila diri diserang sakit. Manusia seringkali mengingati Allah bila melalui sesuatu yang susah. Manusia seringkali mengingati Allah bila hati dan jiwa rasa sedih. Manusia seringkali mengingati Allah bila rasa diri telah teranaiya. Manusia seringkali mengingati Allah bila rasa takut menyelubungi diri.
Namun manusia selalu saja lupa mengingati Allah bila masalah telah selesai. Namun manusia selalu saja lupa mengingati Allah bila diri dalam keadaan sihat walafiat. Namun manusia selalu  saja lupa mengingati Allah bila hidup senang-lenang. Namun manusia selalu saja lupa mengingati Allah bila diri rasa bahagia. Namun manusia selalu saja lupa mengingati Allah bila hati dia gembira sentiasa. Dan aku juga seorang manusia. Huuurrrmmm~

Aku teringat kata-kata abang aku semasa dia memberi sedikit tazkirah usai kami semua selesai solat berjemaah, 


"Kita selalu lupa Allah bila kita bahagia, jadi macam mana Allah nak ingat pada kita bila kita berada dalam kesusahan? Jangan pernah salahkan Allah kerana tidak ada pertolongan daripadaNya semasa kita susah kerana semua yang terjadi akibat daripada silap diri kita sendiri, yang selalu mencintai dan mengingatiNya setengah hati."


Dan aku? Astaghfirullahhalazim, hanya kalimah itu dalam hati.




P/S: Nak menghilangkan diri sebentar mencari diri yang hilang. 
        Assalamualaikum (^_^) Ilalliqa' wa maassalamah

Monday, November 28, 2011

Perjalanan Yang Masih Jauh

Pandangan dari luar tingkap kereta.

Kereta laju menyusuri jalan raya yang kadangkala lengang, kadangkala sesak. Sepasang mata merenung ke arah cermin kereta. Perjalanan masih jauh untuk sampai ke destinasi. Fikiran mula melayang-layang, mula memikirkan sesuatu apabila melihat ramai manusia tergesa-gesa bagaikan mengejar sesuatu, sesuatu yang tidak dapat dilihat. 


Manusia kadangkala leka, terlalu leka mengejar nikmat dunia macam mereka hidup selamanya. Dosa pahala tidak diambil berat, seksa azab neraka tidak lagi digeruni, asalkan hidup mereka senang, itu dah cukup. Mereka seolah-olah terpedaya pada dunia, pentas ciptaan mereka sendiri. Nafsu dibiarkan menjadi kompas kehidupan. Syaitan ditabalkan menjadi raja di hati dan juga jiwa. Lalu tanpa rasa bersalahnya, mereka mengejar dunia yang penuh dengan debu dosa ni. Persoalannya, ke arah mana halanya nanti bagi insan-insan ini? Persoalan yang hanya dibiarkan lalu hilang ditiup angin yang berpusu-pusu masuk ke dalam kereta. Hurm~


Salam Maal Hijrah 1433H. Perjalanan yang masih jauh. Semoga Allah merahmati, meredhai, dan memberkati setiap langkah kaki yang melangkah di muka bumi ini. Semoga Allah tidak pernah jemu memberi hidayah kepada semua hambaNya dan semoga kita tidak pernah berhenti untuk berubah menjadi hamba Allah yang baik di sisiNya. Amin Ya Allah.


Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, 
maka dia menjauhinya. (Hadis Riwayat Ahmad)





Adam, rindu dekat dia sangat-sangat. Huhu~

Friday, November 25, 2011

Terima Kasih Mak Atas Kasih Sayangmu =)


Aku lahir dari perut Mak dan pertama kali aku boleh bercakap, perkataan yang keluar daripada mulut aku ialah Mak. Bila aku dahaga, insan yang susukan aku ialah Mak. Bila aku lapar, insan yang suapkan aku nestum ialah Mak. Bila aku memencil diri, insan yang datang pada aku ialah Mak. Bila aku rasa bosan, insan yang selalu ceritakan perkara yang menarik kepada aku ialah Mak. Bila aku bangun pagi-pagi, insan yang pertama aku cari ialah Mak. Bila/semasa aku masih baby, ketika aku nangis malam-malam, insan yang selalu mententeramkan aku ialah Mak. Bila aku merajuk, insan yang pandai memujuk aku ialah Mak. Bila aku terlampau gembira/gelak, insan yang mengingatkan aku ialah Mak. Bila aku nakal sikit, insan yang nasihatkan aku ialah Mak. Bila nak bermanja, insan yang aku dekati ialah Mak. Bila aku takut, insan yang berada disamping aku ialah Mak. Bila aku marah, insan yang menyabarkan aku ialah Mak. Bila aku sihat, insan yang sentiasa bersama aku ialah Mak. Bila aku sakit, insan yang berjaga sepanjang malam ialah Mak. Bila aku akil baligh, insan yang pertama aku beritahu ialah Mak. Bila suatu hari nanti aku jumpa peneman hidup aku, pasti insan yang pertama tahu ialah Mak. ^_^

SAYANGILAH 
MAK@IBU@UMMI@MAMA@BONDA@MOMMY, 
KELAK ALLAH AKAN MENYAYANGIMU!

MAK, LOVE YOU, LILLAHI TA'ALA!
:')



Thursday, November 24, 2011

Isteri Solehah Itu...

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan
senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu,
apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan
menjaga hartamu."

Isteri solehah itu amat bernilai buat suami yang soleh. Dialah penyejuk mata buat sang suami yang melihatnya. Dialah penawar buat hati sang suami yang keresahan dan kegusaran. Dialah penajam fikiran buat si suami yang buntu berfikir di pertengahan jalan. Isteri solehah itu pelengkap buat suami yang soleh. Terkadang si suami lupa, dialah yang mengingatkan kembali. Tingkah lakunya yang penuh keibuan, tersirat penuh ilmu buat sang suami untuk disimpan. Kadangkala pandangan si suami kabur, dialah yang memperjelas dan membuat pandangan itu semakin teguh. Apabila suami ragu-ragu membuat keputusan, dialah wanita yang membantu menetapkan pendirian. Apabila suami memberi nasihat, isteri solehah menjadikannya sebagai pakaian, elok terletak di luaran dan dalaman. Isteri solehah itu, apabila sang suami kesepian dan kedukaan, dialah yang menghibur dan menggembirakan. Apabila si suami silap perlakuan, dialah yang membetulkan. Isteri solehah itu ibarat tongkat buat si buta, kehilangannnya membuatkan si buta teraba-raba mencari jalan. Isteri solehah itu umpama sayap kiri seorang lelaki, jika si lelaki iaitu sayap kanan hampir terjatuh maka sayap kiri itu berhak meneguhkan kedudukannya. (^_^)

Khas buat wanita yang ingin melangsungkan perkahwinan ataupun yang sudah berkahwin. Semoga menjadi isteri solehah di dunia dan akhirat ;)

Tuesday, November 22, 2011

Sedang Mencari Cinta?



Aku bukan tidak mahu menerima cinta manusia. Aku juga bukan manusia yang membenci perasaan cinta, cuma keadaan dan masa tidak membenarkan aku menerima cinta. Perjalanan hidupku masih mencari-cari dan aku jumpainya sedikit demi sedikit. Aku tidak mahu pencarianku ini tergendala kerana hadirnya cinta manusia dalam hati. Aku tidak mahu apa yang aku dapat daripada pencarianku ini hilang begitu sahaja. Aku masih terasa jiwa ini tidak lengkap, masih ada ruang-ruang kosong yang perlu diisi. Justeru hati ini harus berkorban. Aku sanggup kehilangan cinta manusia namun aku tidak sanggup kehilangan Cinta Allah yang aku cari sepanjang perjalanan hidupku. Aku tidak sanggup kerana Cinta Allah itu merupakan segala-galanya. Walaupun aku tidak mendapat cinta manusia seperti yang lain, namun aku rela kerana hidup aku akan lebih bererti jika Cinta Allah dapat aku genggami. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.


Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih aku cintai daripada diriku dan keluargaku, Amin.


Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang aku sulam dengan cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescahya kau tidak akan kecewa dengan duniawi.

Sunday, November 20, 2011

Tidak Perlu Mencari Kesempurnaan Jikalau Tidak Mampu Menanggung Penyesalan



Manusia selalu mencari kesempurnaan dalam hidup sehingga kehilangan permata yang bernilai dalam kehidupannya. Manusia mengejar kesempurnaan sehingga permata yang menjadi miliknya terlepas daripada dakapannya tanpa dia sedar. Kadang-kadang manusia mengherdik, menghina dan mencaci permata yang dimilikinya dengan sewenang-wenangnya demi kaca yang belum pasti menjadi miliknya. Manusia juga memandang sebelah mata dengan permata yang sedang berkilauan menerangi hidupnya dan memandang gah pada kaca yang nampak seperti permata tetapi bakal melukakan dirinya suatu hari nanti. Namun apa yang pasti, manusia itu akan belajar menghargai permata itu apabila permata itu sudah hilang daripada pandangannya.


Tidak perlulah terlalu mencari kesempurnaan jikalau tidak mampu menanggung penyesalan di kemudian hari. Walau macam mana pun keadaan seseorang itu, nilailah dengan hati bukan rupa kerana dia juga manusia yang punya hati dan perasaan. Terimalah dia seadanya. Belajarlah menghargai sebelum kehilangan bukan sudah kehilangan baru mahu menghargai kerana saat itu, mungkin semuanya sudah terlambat.

Sunday, November 13, 2011

Amboi, Sedapnya Bahasa!



Assalamualaikum.
Kita mungkin selalu/kadang-kadang cakap:

"Eh teruknyer perangai minah ni!"
"Huh nampak sangat tak matang."
"Dia ni suka sangat kutuk orang."


Selalu cakap ayat yang berbisa kepada orang lain. Teruskan bercakap perkara yang buruk tentang mereka. Tapi bukankah itu menjadikan kita sama juga seperti mereka? Jadi, apa faedahnya? Dan bila ada orang yang bercakap buruk tentang orang lain, diri sendiri pula yang rasa takut sebab aku teringat kata-kata seseorang. Kerana lidah, ada yang menyebabkan tuannya terjerumus ke neraka.




"Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja."
~Imam Ghazali~




Pesanan Imam Ghazali dah menunjukkan dengan jelas lagi nyata bahawa lidah ini amat-amat bahaya dan lidah adalah amanah daripada Allah untuk kita jaga. So, terpulang pada diri kita sendiri untuk cakap benda yang baik atau benda yang buruk. Allah dah bagi hak dekat kita, hak untuk memilih. Jadi, tepuk dada tanya iman. Bukan itu saja, meh kita tengok hadis ni pula.




Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik atau berdiam diri saja." 
~Hadis riwayat Bukhari dan Muslim~

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud, "Jagalah lidahmu kecuali bila berkata baik. Dengan berlaku demikian, engkau mengalahkan syaitan."



So, sama-samalah kita ingat kembali apa yang kita dah cakap hari nih, pesanan buat diri sendiri juga :D Akhir kalam, jom layan lagu nih. Feveret ni! :)


Monday, November 7, 2011

Manusia Itu Perlu Menjadikan Pokok Sebagai Contoh Dalam Kehidupan



Assalamualaikum. As-Syahid Hassan Al-Banna pernah berkata, 


"Jadilah seperti pokok buah. Bila diserang atau dilemparkan batu, pokok akan membalas dengan menggugurkan buah."


Maksud yang sangat mendalam. Sekali pun kita diherdik, dihina dan dicaci, bersabar dan balaslah dengan cara yang baik supaya dengan kebaikan itu akan dapat memberi perubahan yang baik kepada insan yang berbuat jahat kepada kita. Alangkah indahnya bila menjadi seorang yang pemaaf.


Memang memaafkan itu tidak semudah membalikkan telapak tangan. Kita manusia yang mempunyai perasaan. Bila seseorang membuat perkara yang jahat kepada kita, perasaan marah, sakit hati, geram mula hadir dalam diri. Kadangkala boleh membuat jiwa dan semangat seseorang rapuh dan terluka. Kita bukan robot yang tidak punya perasaan. Namun jika kita renungkan kembali, tak ada gunanya menyimpan kebencian. Hanya membuat hati mati! Sudahlah, marilah kita belajar sabar, ikhlas dan menjadi peribadi yang pemaaf. 
^_^


Aku ingin menjadi pohon,
Bila dilempar batu, biar,
Diserang angin kuat, sabar,
Aku ingin menjadi pohon,
Melempar batu dengan buah,
Membalas pahit dengan manis.
Aku ingin menjadi pohon,
Yang hanya tahu membalas madu, 
kepada mereka yang memberi hempedu.
InsyaAllah.


P/S : Selamat Hari Raya Aidiladha :)