Monday, November 28, 2011

Perjalanan Yang Masih Jauh

Pandangan dari luar tingkap kereta.

Kereta laju menyusuri jalan raya yang kadangkala lengang, kadangkala sesak. Sepasang mata merenung ke arah cermin kereta. Perjalanan masih jauh untuk sampai ke destinasi. Fikiran mula melayang-layang, mula memikirkan sesuatu apabila melihat ramai manusia tergesa-gesa bagaikan mengejar sesuatu, sesuatu yang tidak dapat dilihat. 


Manusia kadangkala leka, terlalu leka mengejar nikmat dunia macam mereka hidup selamanya. Dosa pahala tidak diambil berat, seksa azab neraka tidak lagi digeruni, asalkan hidup mereka senang, itu dah cukup. Mereka seolah-olah terpedaya pada dunia, pentas ciptaan mereka sendiri. Nafsu dibiarkan menjadi kompas kehidupan. Syaitan ditabalkan menjadi raja di hati dan juga jiwa. Lalu tanpa rasa bersalahnya, mereka mengejar dunia yang penuh dengan debu dosa ni. Persoalannya, ke arah mana halanya nanti bagi insan-insan ini? Persoalan yang hanya dibiarkan lalu hilang ditiup angin yang berpusu-pusu masuk ke dalam kereta. Hurm~


Salam Maal Hijrah 1433H. Perjalanan yang masih jauh. Semoga Allah merahmati, meredhai, dan memberkati setiap langkah kaki yang melangkah di muka bumi ini. Semoga Allah tidak pernah jemu memberi hidayah kepada semua hambaNya dan semoga kita tidak pernah berhenti untuk berubah menjadi hamba Allah yang baik di sisiNya. Amin Ya Allah.


Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, 
maka dia menjauhinya. (Hadis Riwayat Ahmad)





Adam, rindu dekat dia sangat-sangat. Huhu~

8 comments:

Iffah Afeefah said...

sape adam?

Cik_Shiqah said...

iffah: baby dlm gambar tu la adam. :)

Addin said...

masih jauh ,

Akmal Khalidah said...

Kak shiqah , rindu lah ;) Dah lama tak bw dekat blog akak. Saya nak mintak maaf ye kalau ada buat salah dekat akak ;)

Ohh, salam maal hijrah :D Sorry, terlambat siket :P

Mialia said...

Amin.. salam maal hijrah kak shiqah :)

Faaein Talip Roy said...

perjalanan masih jauh kan.. semoga Allah sentiasa membuka hati ini untuk terus mencari keredhaan-Nya..

sea_lavender said...

Salam Maal Hijrah~~ benar perjalanan makin namun kte tidak ketahui noktah perjalanan kte shingga..jadi sme2 la kte tingktkn ibadah pd-Nya dalam mencari redha-Nya d dunia dn akhirat =) Insya-Allah..moga sgala2 nya d permudahkan...

Cik_Shiqah said...

addin: :)

akmal: hehe rindu dia juge :) takpe2, akmal mana ada buat slh dgn akk pun. salam maal hijrah jge yer ^_^

mia: salam maal hijrah jge yer mia :)

kak faaein: InsyaAllah, amin.. =)

sea lavender: hurmm btol tuh. stuju dgn komen saudari :)