Tuesday, November 29, 2011

Kadang-kadang Ingat, Kadang-kadang Lupa. Itulah Manusia :(


Suka berbicara tentang manusia yang hanya menumpang di muka bumi Allah ini. Manusia seringkali mengingati Allah bila masalah mula menghadirkan diri. Manusia seringkali mengingati Allah bila diri diserang sakit. Manusia seringkali mengingati Allah bila melalui sesuatu yang susah. Manusia seringkali mengingati Allah bila hati dan jiwa rasa sedih. Manusia seringkali mengingati Allah bila rasa diri telah teranaiya. Manusia seringkali mengingati Allah bila rasa takut menyelubungi diri.
Namun manusia selalu saja lupa mengingati Allah bila masalah telah selesai. Namun manusia selalu saja lupa mengingati Allah bila diri dalam keadaan sihat walafiat. Namun manusia selalu  saja lupa mengingati Allah bila hidup senang-lenang. Namun manusia selalu saja lupa mengingati Allah bila diri rasa bahagia. Namun manusia selalu saja lupa mengingati Allah bila hati dia gembira sentiasa. Dan aku juga seorang manusia. Huuurrrmmm~

Aku teringat kata-kata abang aku semasa dia memberi sedikit tazkirah usai kami semua selesai solat berjemaah, 


"Kita selalu lupa Allah bila kita bahagia, jadi macam mana Allah nak ingat pada kita bila kita berada dalam kesusahan? Jangan pernah salahkan Allah kerana tidak ada pertolongan daripadaNya semasa kita susah kerana semua yang terjadi akibat daripada silap diri kita sendiri, yang selalu mencintai dan mengingatiNya setengah hati."


Dan aku? Astaghfirullahhalazim, hanya kalimah itu dalam hati.




P/S: Nak menghilangkan diri sebentar mencari diri yang hilang. 
        Assalamualaikum (^_^) Ilalliqa' wa maassalamah

9 comments:

Faaein Talip Roy said...

errr.. mahu kemana pula cik shiqah..

jom lah kita cari diri yang hilang tu yer.. rasa nak menghilangkan diri balik semula je.. ^^,

Mialia said...

mintak2 kita xkn lupa pada Allah :|

Ardini Humaira said...

Astaghfirullahal'azim...
:')

Akmal said...

Astaghfirullahal'azim :'(

Moga kita semua tak lupakan Allah. Lupa memang sifat manusia.

hmmm, nak pergi mana pulak tu? :P

ieyza afieyna said...

sama-sama lah kita dekat kan diri dengan Allah.. insyaALLAH,,

Cik_Shiqah said...

kak faaien: ^_^ tk kemana2 pun cik faaein. entahlah, rasa mcm sesuatu trjdi pd diri. huhu~

mia: Amin.

Kak dini: :')

Akmal: Amin. mmg lupa sft mnusia tpi bila lupa psl ini, rasa tersentap jiwa. huhu~
tak pi mana2 pun dik akmal. masih dsini. hilang utk bpe jam sje. haha :)

ieyza: Amin. strive for mardhatillah :)

sea_lavender said...

Alhamdulillah..ia mencelik kan mata hati~~hamba yg kerdil disisi-Nya... malu dan takut utk temui-Nya..Ya Allah terimalah amalan2 kami.. ='(

hamba said...

moga kita mendapat rahmat dariNya

Cik_Shiqah said...

sea lavender: amin.. :')

hamba: InsyaAllah.. amin...