Saturday, December 10, 2011

Keinsafan. Sekejap Dia Datang, Sekejap Dia Hilang.



Keinsafan.
Hanya sesekali mengetuk pintu perasaan.
Datangnya tidak menentu masa dan keadaan.
Amat bertuah sesiapa yang merasakan.

Keinsafan.
Ia bagai jarum yang menyucuk perlahan.
Rasanya tidak perit namun amat terkesan.
Namun mengapa masih ada insan.
Yang tidak mengambil tindakan.
Dengan apa yang dia rasakan?

Begini ya.
Dengar ceramah beria-ia.
Dalam hati sedih dan insaf mula terasa.
Namun bila ceramah habis saja.
Keinsafan itu terus sirna.

Lalu diri kembali hilang, hilang dan terus hilang.
Hingga sesat dalam terang.


******


Pada pendapat aku, keinsafan itu umpama persinggahan. Dia datang dan dia pergi. Terpulang kepada kita untuk membenarkan dia singgah di hati buat selamanya-lamanya ataupun membenarkan dia singgah hanya buat seketika.

Paling penting, keinsafan itu membawa perubahan. Perubahan itu memerlukan usaha agar dapat menjana transformasi yang mantap dalam kehidupan. Secara tidak langsung, keinsafan itu juga boleh membawa diri seseorang kepada kejayaan di dunia dan akhirat.

Tak faham? Ok cuba kita kaitkan hubungan antara elemen-elemen di atas dan buat kesimpulan. 

So, kesimpulan yang aku dapat ialah, bila adanya keinsafan, kita akan menuju perubahan dengan berusaha menjadi manusia yang baik dan terbaik dan bila adanya usaha, dengan izin Allah SWT, kejayaan di dunia dan akhirat pasti diperoleh. Semua itu berkait rapat kan? :)


Sama-sama muhasabah, sama-sama berubah. 
Moga beroleh rahmat Allah!
InsyaAllah.

7 comments:

Iffah Afeefah said...

hargai slgi ade

Addin said...

betul :)
semuanya terpulang pada hati. kena kuat.

sea_lavender said...

benar ~ syukran ats perkongsian..Insya-Allah mohon agr keinsafan kekal dalam diri kita ...agr kte terus mengabdikan diri pd-Nya penuh ikhlas dan ihsan

Cik_Shiqah said...

iffah: menghargai rasa insaf yang hadir dalam diri dan melakukan perubahan selagi diberi peluang oleh Ilahi..

addin: betul :) semoga org boleh boleh berubah, hanya terpulang pd hti. Kita dibri hak utk memilih..

sea_lavender: afwan.. Jika niat itu betul utk melakukan perubahan, psti Allah memberi pertolongan. Yg pnting, usaha disertai dgn doa hrs diteruskan agar tidak terkandas di pertengahan jalan :)

Mialia said...

hrap2 kita smua ni kuat la ye utk kekal kn keinsafan ^_^ Amin.. era skarang byk godaan

Nelly The Strange said...

nelly tersntuh baca entri ni .. nelly harap kita sebagi manusia akan insaf dan kuat dalam setiapp dugaan ~,,amin ~

Cik_Shiqah said...

Mia: Mmg banyak godaan tpi kita sbgai manusia kena pertingkatkan iman sentiasa :) Allah brfirman dlm surah an-Nahl ayt 99 yg brmksud, "Syaitan itu tdk mmpunyai kekuasaan ke ats org2 beriman dan yg brtawakal kpd Tuhannya."

Nelly: InsyaAllah. Semua ats pertolongan Allah juga..