Sunday, November 7, 2010

Hari Ini Dan Semalam


Assalamualaikum. Seperti biasa aktiviti yang saya buat ialah blogwalking! Tapi dah berkurangan sejak dua menjak nih. Haishh penatlah nak jalan-jalan. Lenguh kaki nih, kalau krem siapa nak jawab? Wha2 termerepek sudah. Saya dah pernah kata habis exam nak tengok cerita anime sampai pagi kan, so sekarang saya tengah menunaikan janji. masa bila saya berjanji dengan korang nih! abaikan, penulis sudah menjadi mereng akibat kurang tido!

Semalam balik dari rumah saudara dalam pukul 10:30 PM, sampai rumah pukul 12 lebih. Memang terus landing atas katil lah! Penat kot! Lepas tuh dalam pukul 4 lebih pagi terjaga balik. Apa lagi saya terus bangun buka laptop tengok citer anime. Tapi memang tindakan secara drastik. Then sampai sekarang tak tido-tido lagi. Dasyat tak? Hahaha. Memang marathon habis tengok anime, temengah-mengah jugak larh! Kuang3 =.=

Sekarang saya tengah tengok cerita Fruits Basket, memang best la cerita dia. Mungkin ada yang pernah tengok dekat tv7 dulu. Cerita tuh dah lama dah. Tapi biasalah tak terikut cerita tuh dalam TV. Kadang-kadang tengok, kadang-kadang tak. So kalau tengok pun tak tahu jalan cerita. Sebelum nih saya tengok anime Aishiteruze Baby. Huwaaa sangat sweet cerita tuh!

Owh yeah hari nih hari jadi My Kembar. Haha. Sanah Helwa ya ukhti. Ana uhibbuki fillah abadan abada Ilahi. :) Moga ukhti berjaya menjawab exam esok dengan tenang dan lancar. :) Bittaufiq wannajah!!! ;)

Alamak esok sekolah! Tak boleh tidur lambat, alaaaa kecewa jap! Eheh :D Esok dah kena hantar buku teks. Jangan ada yang tak datang esok sudah lah yaw! Hurmm post kali nih agak panjang pulak kan, entah ada orang baca ke tak. Haha pape je lah. Janji hati gembira sudah! *wink2* Ok sekian saja dari saya, tata! ^_^

No comments: