Assalamualaikum. Aku punya masalah. Semua orang ada masalah. Kadang-kadang aku cuba lupakan masalah dengan buat-buat ceria tapi tak menjadi. Macam plastik! Hati aku macam rasa sangat meluat. Mak aku pernah kata, walaupun orang tuh buat jahat dengan kita tapi balaslah dengan kebaikan. Walaupun dia buat jahat dengan kita tapi masih ada kebaikan yang dia buat dulu. Fikirkanlah kebaikan dia dan cubalah belajar memaafkan. Semua manusia tak sempurna dan sentiasa membuat kesalahan. Aku cuba memaafkan. Yer aku maafkan tapi aku rasa aku hanya menipu. Walau apapun aku akan cuba dan mesti menjadi seorang yang senang memaafkan orang dengan hati yang ikhlas. InsyaAllah.
Tips Memaafkan Seseorang
1. Tanamkan dalam diri yang memaafkan ialah perkara yang amat mulia.
2. Belajar memaafkan diri kita dulu.
3. Ingatlah bahawa Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Walaupun seteruk mana kesalahan yang dilakukan, maafkanlah dia.
4. Maafkanlah dengan ikhlas. Tak susah kalau kita inginkannya.
5. Memaafkan menjadikan kita seorang manusia yang memiliki jiwa yang besar serta memiliki hati yang lapang.
6. Sifat memaafkan adalah sihat untuk hati dan jiwa. Maaf itu indah :)
“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(QS. At Taghaabun, 64:14)
5 comments:
mekaseh cik shiqah :D
sy suka entri cik shiqah yg bri motivasi :)
nnt boleh praktis sy pun susah maafkan org ni
kalau kita dah maafkn dia.
Tapi nak ckp kat dia takut sbb kita da putus kwn dgn dia.
Mcm mne nak ckp dekat dy syiqah :(
entry yg bagus !
nice tips....
Post a Comment