Saturday, March 26, 2011

Disambar Orang Lain :(


Assalamualaikum. Hari nih memang aku bengang! Nak tau kenapa? Dengar nih! Grrr!~ Nak tau, hari nih aku pergi pustaka rakyat, niat dihati ingin membeli novel. Novel yang dah lama aku inginkan dan idamkan. Tengah aku mencari tiba-tiba mata aku terpandang novel yang aku nak tuh. Dalam hati dah melompat-lompat suka! Tapi sebelum aku capai novel tuh, tangan lain pulak tiba-tiba ambil! Arghhh!

Perghhhh panas hati bai! Apa ingat nih cerita novel ke?! Main rampas-rampas buku dalam kedai. Memang takkan lah aku lakukannya. Buat malu je. Aku pun biar je la orang tuh ambil. Apa yang menyedihkan buku tuh tinggal satu je! Nasib tak menyebelahi aku kali nih. Takpe-takpe! Hari-hari makan coklat, ada hari aku dapat!

Tapi aku tetap tidak berpuas hati! Buku tuh memang aku nak sangat-sangat! Tau tak erti sangat-sangat tu apa? Mak aku kata, takda rezeki nak beli dekat sini. Carilah dekat tempat lain. Tapi mak, dekat mana? Waaaaaaa!~ Hari nih memang aku diserang penyakit OTT! (Orang Tengah Tension)


Semua buku kasil karya Siti Rosmizah aku ada tau. Buku terbaru Lafazkan Kalimah Cintamu je aku takda. Aku hampir-hampir membelinya tapi terlebih dahulu disambar oleh orang lain. Arghhh kuciwa den! 

8 comments:

Nurhafizah p i j a said...

Lafazkan Kalimah Cintamu , best ke ?

cik diba said...

andai itu takdirnya n cinta kau dan aku tu bez gler laaa

Cik_Shiqah said...

@Nurhafizah p i j a
siti rosmizah punya buku semua best2. hehe best2. tgok sinopsis pun tau. hehehe :D

dean said...

cm tak best jeq

Cik_Shiqah said...

@cik diba
betul tuh kak diba! buku bru pun msti best tapi nasib terlepas ke tgn org lain. huahuahua :D

Cik_Shiqah said...

@dean
bacalah dulu bru tau best ke tak. wee~ ;D

nelly said...

Macm best je .

Cik_Shiqah said...

@nelly
hahaha kan2! ngee~ :D