Tuesday, March 15, 2011

Tips Mengatasi Rasa Malas Solat


Assalamualaikum. Mungkin ini entry yang terakhir buat masa nih sebab mulai esok aku nak marathon buat kerja sekolah plus latih tubi. Aku pasti gejala malas solat ni mesti semua orang pernah menghidapinya sama ada tua atau muda. Bila leka sikit, mulalah syaitan masuk jarum. Lepas tuh semua jadi terbengkalai. Betul tak? Jadi walau apapun lawan lah dengan syaitan tersebut hingga ke penghabisan. Jangan mudah bagi dia menang dan jangan sesekali bagi dia menang! Solat itu tiang agama. Tinggal solat, habis musnah semuanya! Untuk mengatasi rasa malas untuk mendirikan solat, mungkin ini boleh membantu. Semoga bermanfaat :)

Ingin mengatasi Rasa Malas Solat? Baca Nih!

1. Jangan lengah-lengahkan untuk solat setelah azan kedengaran di televisyen atau surau-surau yang berdekatan.

2. Bersiap-sedia mengambil wuduk sebelum azan. Ustaz aku cakap bila kita ada wuduk, syaitan tidak akan berjaya mendekati kita. Macam benteng pertahanan.

3. Memikirkan azab-azab yang akan diberikan oleh Allah sekiranya tidak menunaikan solat. Allah, takut aku memikirkannya.

4. Mengingati bahawa sebentar lagi Malaikat Izrail akan datang untuk mencabut nyawa kita dan kita akan mati. Ajal tidak mengira usia, tidak mengenal tempat. Beringat-ingatlah.

5. Mengingati bahawa solat itu penting sebelum kita disolatkan. 

6. Setiap manusia tidak lepas dari membuat dosa, jadi waktu bersolat tuh lah masa yang sesuai untuk bertaubat. 

7. Solat berjemaah bersama keluarga. 

8. Kalau rasa diri tu malas nak solat seorang diri, pergilah ke surau untuk solat berjemaah. Banyak pahalanya daripada solat bersendirian.

9. Jangan makan terlalu banyak sebab bila dah kenyang kita akan mengantuk dan berasa malas untuk menunaikan solat. 

10. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat. Negeri yang kekal abadi.

11. Jangan lupa kunci jam untuk bangun mengerjakan solat terutamanya solat subuh. Bunyi jam tu mestilah tak perlahan. Harus kuat! Baru boleh bangun, ye tak? Hehe.

12. Minta tolong dekat mak, abah, abang, kakak, adik dan seangkatan dengannya kejutkan atau ingatkan untuk solat.

13. Takutlah kepada Allah! 

Habis Dah ^_^

7 comments:

Akmal Khalidah said...

kawan sy pernah terlupa nak solat zohor...astaghfirullah...solat yg hari2 kite buat pun boleh lupe ^_^ ouh,selamat bermarathon :D hehehe
good luck ea kak :) wish the best 4 u ^^

dean said...

jom solat..hehe..
solat sunnat bnyak2..jgn solat lima waktu jeq

♥ fara myra ♥ said...

gud :)
fara suka blog awak :)

ARJUNA.Inc said...

huhu..gudtips..yg frst 2 la pling bgus sbnanye..kalo kta latih dri kita..t bese la..solat d awl wktu..=)

-Sis- said...

heee.. bagos la pon post ni. kene ngan timing lg. aku ta solat agi nih.. chow dulu!! ^^

Cik_Shiqah said...

Akmal: tq! haha dh slmt dh pun ke penghujung marathon. :D

dean: yup2. hehe :)

fara: :) :)

arjuna: itulah yg pling bgus :)

Aula: Hahaha nak kena babab ni. ngee~ :p

mia.lia said...

waaa.tnks for the info
mnusia mmg mudah leka :)