Tuesday, December 16, 2014

H.U.J.A.N


Assalamualaikum. Alhamdulillah cuaca dekat sini sejuk daripada semalam. Selalunya panas sampai air paip dalam bilik air tu pun panas. Pagi tadi pun hujan mencurah ke bumi membasahi lantai-lantai rumput dan pokok-pokok hijau. Terasa rahmat Allah yang luas buat makhluknya yang bernafas di bumi. Waktu cuti ni, akulah yang menjadi driver untuk mak aku ke kedai. Hujan rintik-rintik kami redah juga menaiki motor. Bak kata mak aku, nak makan apa hari ni kalau takda barang nak masak? Dekat tempat aku ni, ikan pagi-pagi je boleh dapat. Mai tengah hari memang takda barang basah dah la :)

Elok aje dekat simpang jalan, hujan yang rintik-rintik mula turun lebat. Haaaaa aku pun redah aje lah sambil tingkatkan lagi kelajuan motor. Hahaha tapi mak di belakang tidak putus-putus cakap, "shiqah. bawak slow-slow. Hujan ni jalan licin." Itulah kerja seorang ibu, sentiasa memikirkan keselamatan anak-anaknya. Sweet kan? Ok lah demi mak, aku pun bawa ajelah macam biasa. Tak jadi nak speed. Secara tak langsungnya, bolehlah kami feeling-feeling mandi hujan atas motor. Hehehe~ Lagipun lama betul rasanya aku tak mandi hujan. Last mandi hujan masa sekolah rendah. 

Finally, Alhamdulillah sampai juga dekat pasar. Sambil tunggu hujan reda, mak borak-borak la dengan abang jual ikan. Aku ni dengar aje lah. Tak baik menyampuk bila orang tua-tua tengah cakap. Hee~ "Hujan-hujan ni, tarik selimut ajelah." Abang jual ikan cakap. "Hujan ni memang sedap tidur. Tapi kerja semua tak jalanlah jawabnya." Mak balas bersahaja. Realiti seorang ibu, sentiasa memikirkan kerja-kerja rumah. Selagi kerja rumah tak siap, selagi tu lah tidak rehat. Pening kepala katanya bila tengok rumah bersepah. 

Tapi yang pastinya hujan membuatkan semua makhluk gembira malah aku sendiri suka bila hujan. Sejuk! Tapi ada juga gerangan manusia yang tak suka hujan sebab katanya hujan menyebabkan siaran astro tak dapat. Ish3 jangan lah cakap macam tu. Hujan itu rahmat tau! Cuba fikir mana lebih penting untuk diri kamu, rahmat Allah ataupun hiburan yang kamu lihat di TV? Pastinya rahmat Allah yang lebih membahagiakan dunia dan akhirat. Allahu Allah~

“Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.” (QS. Asy Syuura: 28)

“Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran). ” (QS. An Nahl: 65)

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.” (QS. Al A’rof: 57)

“Dan Kami turunkan dari langit air yang bersih lagi suci yang dengannya Kami akan menghidupkan negeri (tanah) yang mati dan agar Kami memberi minum dengan air itu sebagian besar dari makhluk kami, binatang-binatang ternak, dan manusia yang banyak. Dan sesungguhnya Kami telah mempergilirkan hujan itu di antara manusia agar mereka mengambil pelajaran (daripadanya), akan tetapi kebanyakan manusia enggan kecuali mengingkarinya.” (QS. al-Furqan : 48-50)

“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.”(QS. Al-Ana'am : 99)

Hujan itu merupakan salah satu tanda-tanda kekuasaan Allah dan semoga menjadi bekal untuk mempertebal keimanan kita masing-masing. Dan supaya kita sentiasa bersyukur bukan mengeluh kerana hujan. Lepas ni jangan lagi mengeluh kerana siaran astro tak dapat sebab hujan. Dan lagi satu, bila hujan, tadah tangan dan berdoa. Waktu yang mustajab untuk berdoa :)

Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)

Itu ajelah kisah yang berlaku waktu hari hujan. Moga kita semua berada dalam rahmat Allah. Jumpa lagi semua! :)

NotaKaki: Masih hujan. Alhamdulillah :)

No comments: