Aku lihat anak-anak bulus aku tidur lena dekat tempat yang selesa. Miko di atas bantal dan Bambam pula di atas timbunan novel. Mereka tidur lena. Namun hati aku resah kerana sebelum gambar ini diambil, aku lihat satu lagi gambar di facebook. Sungguh dada aku sakit menahan air mata daripada keluar. Yelah time tu kakak aku pun ada, haruslah aku kawal emosi. "Kesiannya", kata aku perlahan dengan suara yang bergetar. Inilah gambar yang aku lihat.
Allahu Allah! Disaat anak-anak bulus aku lena dibuai mimpi, bagaimana keadaan kucing-kucing lain yang turut menjadi mangsa banjir? Selamat atau tidak, hidup atau tidak? Sejujurnya sampai sekarang aku fikirkan. Mungkin sesetengah orang akan cakap, "tak payah la pening-pening fikir pasal haiwan ni, nyawa manusia lebih penting." Bagi aku, kedua-dua makhluk itu bernyawa dan kedua-duanya juga penting.
Bila banjir melanda, kucing dewasa mungkin dapat menyelamatkan diri dan mungkin juga tidak. Anak kucing mungkin diselamatkan oleh ibunya dan mungkin juga tidak. Hakikatnya mereka bertindak ikut naluri kerana mereka tidak berupaya berfikir seperti manusia. Sedangkan kucing-kucing belaan juga alami nasib yang sama inikan pula kucing-kucing yang terbuang? Apatah lagi anak-anak kucing yang ditinggalkan ibunya?
Apa yang lebih menyedihkan hati aku, mereka mesti tercari-cari jalan keluar daripada banjir dan mereka mesti resah dan buntu. Sedangkan anak-anak bulus aku pun akan resah duduk di dalam kereta semasa kami travel dari Pulau Pinang untuk ke Selangor, inikan pula kucing-kucing yang menjadi mangsa banjir ini. Hanya sebilangan yang dapat keluar dan harungi banjir besar ini agaknya, dan sebahagian besar lagi kecundang dan mati kelemasan. Allahu Rabbi :'(

Alhamdulillah. Abang Bomba menyelamatkan kucing yang menjadi mangsa banjir. |
Alhamdulillah. Masih ada kucing yang selamat. |
Sejujurnya bergenang airmata membaca puisi yang ditulis oleh rakan FB ini :'( |
NotaKaki: Jangan putus asa untuk berdoa. Buat rakan-rakan di Pantai Timur, aku sentiasa doakan kalian selamat dan banjir cepat surut.
#Pray4PantaiTimur
#Pray4MangsaBanjir
"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" Hud : 44
Allahumma Amin!
3 comments:
this is heartbreaking, huhu T_T
tapi comella kucing berenang ^^ hope depa selamat :)
Allahu.. semoga semuanya dilindungi sentiasa..
"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" Hud : 44
Allahumma Amin!
kucing kan takut air..hehehe..comelnya la diaorang..lawa2 kucing tu.. itu yg terselamat,nanti dah surut air banyaklah bangkai2 haiwan yg jadi mangsa.. huhu
p.s/ banyak novel ya..
Post a Comment