Thursday, December 25, 2014

Hujan Yang Turun Bersama Air Mata

(SUMBER)

Assalamualaikum. Mendengar khabar rakan-rakan di Kelantan buat aku risau juga dengan keadaan mereka di sana. Bukan di Kelantan aje, di negeri-negeri lain juga. Moga Allah beri mereka kekuatan untuk menghadapi musibah banjir kali ini yang agak teruk. Musibah ini tak kira siapa. Bila musibah datang, tak kenal baik atau jahat, semua akan kena. Moga Allah ampunkan dosa dan kesalahan kita semua. Amin~

Tengok TV, masih ada juga iklan untuk menyambut tahun baru. Ambang 2015 katanya! Allah beri musibah sebagai peringatan kepada manusia dan apa yang pihak bertanggungjawab lakukan? Berhibur dan ingin melaksanakan program yang penuh dengan elemen maksiat. Ya Allah ampunkanlah kami! Moga pihak yang bertanggungjawab dapat berfikir dan mencari pengajaran di sebalik musibah demi musibah yang berlaku di negara ini. Ingin aku kongsikan pesanan daripada Ustaz Mohd Izhar Arif. Mungkin ada yang dah baca di laman facebook. 

Innalillahi Wainna Ilaihirajiun....!!! Memandangkan negara kita telah banyak ditimpa duka dan ujian drpd ALLAH sepanjang tahun 2014 ini seperti:
1- Kehilangan MH370
2- MH17 ditembak oleh puak pemisah.
3- Kemarau di beberapa buah negeri.
4- Puting beliung.
5- Banjir besar di Pantai Timur tanah air. 
Maka dengan itu, sebagai sebuah negara Islam dan umat yg beriman kpd Allah. Saya berharap sangat agar YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan supaya SAMBUTAN MALAM TAHUN BARU 2015 utk kali ini TIADA HIBURAN yg melalaikan tetapi diganti dgn:
1- Solat hajat perdana.
2- Zikir munajat perdana.
3- Ceramah perdana yg turut dihadiri oleh pimpinan negara.
4- Ucapan Peringatan daripada pemimpin negara supaya rakyat Malaysia yang beragama  
Islam terus bersatu dan berpegang teguh dengan syariat Islam...
Semoga dengan usaha ini, negara kita Malaysia yg tercinta ini akan lebih diberkati Allah bukan sahaja utk tahun 2015 tetapi utk tahun-tahun seterusnya. 
Ikhlas
Ustaz Hj. Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim
Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM/
Pendakwah/ Pakar Motivasi.

*********************************************

"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" Hud : 44
Allahumma Amin!

No comments: