Monday, December 15, 2014

Arghhhhhh!! Kucing!! Syuhh! Syuhh!

Assalamualaikum. Kalau korang nak tahu, aku ni memang seorang pencinta kucing yang tegar sejak aku sekolah tadika lagi. Senang cerita, sejak aku kecik la kan. Memang aku tak boleh nampak kucing, kalau nampak aje mesti nak gomol-gomol depa. Eeeeeeeeeee geram sangat tengok makhluk berbulus tu. Hehe :D 

Tapi post kali ni bukan nak cerita pasal orang yang suka kucing tapi aku nak cerita pasal orang yang takut kucing atau nama saintifiknya dikenali sebagai Ailurophobia. Ailurophobia adalah sejenis fobia yang berunsur daripada ketakutan kepada kucing.

Hah macam mana fobia ni boleh datang? Takkan tiba-tiba aje kan seseorang tu panjat atas kerusi or terjerit-jerit bila nampak kucing, so mestilah ada sebab-sebabnya. Haaaaa biasanya fobia ni muncul bila seekor kucing melakukan sesuatu yang di luar jangkaan si penerima. Mungkin waktu diorang kecik dulu diorang mengalami peristiwa ngeri berkaitan dengan kucing. Contohnya macam kena cakar ke, kena gigit ke, kena marah dengan kucing ke?

Macam ni la rupa kucing tengah marah. Tapi tetap comel kan? :D

Fobia ni tak membahayakan pun sebenarnya tapi boleh jadi bahaya juga kepada wanita yang mengandung. Aku pernah tengok perempuan mengandung berlari sebab ada kucing berlari sebelah dia. Allahu Allah. Padahal kucing tu tak pergi dekat dia or kacau dia pun. Haaaaa yang ni kes bahaya! Buat yang takut kucing ni, tolong kawal dan berdepan dengan ketakutan anda. Kucing sebenarnya sangat baik, mereka takkan ancam anda pun. Aku kenal dengan seorang kakak yang DULU takut kucing sampai panjat atas kerusi kalau kucing ada bawah kerusi dia tapi SEKARANG dah bela kucing berduyun-duyun dalam rumah dia. Kalah aku tau! 

Lebih menarik lagi. Kucing akan lebih tertarik kepada individu yang menghidap Ailurophobia. Nak tahu sebab apa? Sebab ada jenis kucing yang tak berapa nak manja dia bila dipanggil-panggil, dia akan rasa diri dia terancam. Si fobia pula bila nampak kucing, automatik dia akan kaku dan berdiam diri tapi hakikatnya waktu tu si fobia tengah berada dalam ketakutan yang amat sangat. Oleh sebab tu si kucing merasakan si fobia bukan satu ancaman padanya lalu si kucing pun pergi la dekat si fobia. Alolololo bukankah itu sangat manis seperti gula-gula kapas? Hahahaha XD (gelak jahat)



Maka selepas itu, terdengarlah jeritan nyaring yang amat kuat disebabkan seekor kucing yang comel dan sweet. Hehe :D So macam mana nak atasi fobia ni? Diri sendiri lah yang kena main peranan. Orang lain tak boleh nak tolong der! Mungkin si fobia boleh berjinak-jinak untuk pegang or bermain-main dengan kucing? INGAT! Walaupun kucing adik-beradik dengan harimau/singa tapi dia tak makan orang tau. Hahahaha :P

Nak tahu? Kakak ipar aku pun aku kira menghidap Ailurophobia. Ada pula dua ekor kucing dalam rumah ni. Korang boleh agak la kot macam mana kakak ipar aku menjerit ketakutan. Kesian aku tengok. Rasa bersalah pun ada sebab aku yang bela kucing tu. Haha tapi nak buat macam mana, puas dah aku marah anak-anak bulus aku tu tapi still depa  nak mengendeng-ngendeng dekat kaki kakak ipar aku. Kaki aku ni taknak pula diorang follow! Bosan dah agaknya kot, asyik kaki yang sama aje. Nak juga diorang merasa kaki yang lain. Haahahahaha XD

Taaaaaaaaaaaaaaraaaaaaaaa dan kini aku ingin memperkenalkan dua ekor makhluk berbulus yang sering buat kacau dalam rumah ni.

Nama dia BAMBAM. Paling nakal dan suka kacau orang. Aku main blog pun dia nak kacau! :)

Nama dia MIKO. Paling gemuk dan gedik! Sangat penyayang kepada kanak-kanak.
Tak pernah cakar, marah walaupun telinganya  ditarik, bulunya  diramas dan kepalanya
ditampar-tampar oleh si kecil Nur Zinnirah.

Sekarang korang dah tau serba sedikit mengenai Ailurophobia dan tidak mustahil mereka yang menghidapi fobia ini boleh berubah seperti kakak yang aku ceritakan di atas. Semuanya berbalik pada diri sendiri. Jom atasi fobia kita masing-masing sebab aku tau setiap orang ada fobia mereka yang tersendiri. Aku fobia lipas! :P Jadi terima kasih aku ucapkan kepada Bambam dan Miko sebab sering menjadi penyelamat aku. Hee~


NotaKaki: Kucing aku semua berasal daripada jalanan (^_^) Aku mengamalkan frasa, "Adopt! Don't Buy!" :D

5 comments:

Nini Hanini said...

Nini ada jugak kawan yang memang takut gila dengan kucing. Memang mula-mula tak paham kenapa dia takut sangat dengan haiwan comel tu, tapi lama-lama dah paham sebab semua orang ada ketakutan masing2 kan. Nini nak sangat bela kucing, tapi sekarang tak boleh sebab tinggal kat rumah mak lagi. Mak alah dengan bulu kucing pulak. Kena tunggu rumah sendiri la gamaknya,hehe

Ninie Niesa97 said...

alalahh comelnyaa kucing tu ,geram saya tengok :) suka dan sayang kucing hehe

Meura Fiznie Airah said...

samaaa , kucing jalanan pon banyak yang comel-comel . Tak payah nak membazir . hehehe alaaa geram tengok kucing-kucing ni semua bulu panjang . Ruby punya kucing semua ekor stokin jea :'(

Sara Liyana said...

comelnya kucing tuh

Nabila Syifa said...

fobia kucing?hm, hamster dgn arnab okey x?