Saturday, December 28, 2013

Saat Akhir Piko

1 minggu sebelum semua kejadian yang berlaku. Masih sihat dan manja :')

Sudah sebulan Piko, kucing yang paling aku sayang meninggalkan aku buat selama-lamanya. Sudah sebulan baru hati aku kuat untuk menceritakan detik-detik sebelum kematiannya. Moga menjadi pengajaran buat semua pemilik kucing di luar sana.

Aku usap-usap badan Piko seperti biasa. Namun aku pelik kerana ada ketulan di belakang kakinya. Risau kerana selepas beberapa hari keadaan Piko seakan-akan lemah tetapi dia masih berselera makan. Paginya aku bawak Piko ke Klinik Haiwan Kerajaan. Rupanya-rupanya ketulan itu bisul. Doktor beri suntikan untuk mempercepatkan bisul tersebut pecah dan memberikan aku vitamin B-complex sahaja untuk diberi makan kepada Piko. Selang satu hari selepas ke hospital, bisul pun pecah. Walaupun bisul telah pecah, Piko tetap lemah dan asyik terbaring. Kedua-dua belah telinga Piko sejuk. Aku risau lalu aku search di internet. Rupa-rupanya itu mungkin salah satu tanda-tanda kucing demam. 

Hari esoknya terus aku bawa Piko jalani pemeriksaan di klinik yang sama. Seorang doktor tersebut jalankan pemeriksaan terhadap Piko. Kata mereka bisul Piko sudah membaik dan pecah dengan elok. Aku terangkan segala-galanya pada dia apa yang berlaku pada Piko. Aku katakan pada doktor tersebut "Piko demam rasanya." Namun dia hanya memegang badan Piko dan membalas, "badan tak panas. tak demam ni." Aku katakan lagi, "Tapi dekat internet kata kalau kucing telinga sejuk dia demam." Lalu dia panggil lagi seorang rakannya untuk bertanya pendapat kedua. Rakannya bertanya pada aku, "Dia selera makan tak?" sambil mengusap-usap badan Piko. Lalu aku katakan, "Ya" Dan mereka berdua berpendapat bahawa Piko tidak demam dan memberikan suntikan metabolisme supaya Piko bertenaga semula. Aku masih ingat kata-kata doktor tersebut kepada aku sambil dia usap-usap Piko, "Dia ni mengada-ngada aje ni. Saja nak perhatian tuan dia." Kata dia sambil gelak-gelak dan aku hanya diam tak tahu nak cakap apa. Dalam hati aku kuat mengatakan yang Piko demam namun mereka menidakkan. Apa yang aku boleh buat?

Sudah dua kali aku pergi ke klinik tetapi keadaan Piko tetap sama malah lebih teruk lagi Piko tiada selera untuk makan. Telinga Piko sejuk dan apa yang mengejutkan Piko seakan-akan sawan. Piko selalu kejang. Bila Piko kejang, Piko akan meow dengan kuat seolah-olah kesakitan. Piko juga tidak boleh berjalan lagi. Kakinya lembik dan tidak boleh berdiri. Aku yang angkat Piko bila Piko ingin membuang. Aku ingin bawa Piko ke klinik namun esoknya hari minggu, Sabtu dan Ahad. Sambil menunggu hari isnin, aku berikan Piko air kelapa. Itulah ikhtiar aku sebelum membawa Piko ke klinik. Keadaan Piko tetap sama. Kerap kali kejang dan sawan. Keadaan Piko waktu itu sangat menyayat hati aku. 

Keadaan Piko sangat-sangat lemah. Hari Isnin aku bawa Piko ke klinik yang lain kerana kepercayaan aku terhadap klinik yang sebelumnya kosong sama sekali. Doktor K merawat Piko dengan penuh teliti. Sangat-sangat teliti tidak seperti doktor sebelumnya. Aku terangkan segala-galanya kepada doktor tersebut apa yang berlaku  pada Piko dan situasi yang berlaku di klinik yang aku bawa Piko dulu. Doktor K tanya kepada aku, "Doktor sana tak cek temperature badan Piko ke?" Aku jawab, "Tak, diorang tak cek pun. Just pegang-pegang badan je." Doktor K sangat terkejut dengan apa yang aku beritahu. Doktor K pun ambil thermometer dan cek suhu badan Piko. Katanya doktor patut cek suhu badan kucing guna thermometer untuk tahu kucing tu demam atau tidak bukan hanya pegang-pegang saja. 

Hasilnya, suhu badan Piko drop daripada suhu normal. Piko memang demam. Piko memang demam sejak dia jadi bisul hari tu! Doktor K tanya kepada aku lagi, "Doktor sana bagi tak antibiotik masa dia cek bisul hari tu?" Aku jawab, "Tak bagi pun! Diorang just bagi vitamin je." Doktor K lagi bertambah terkejut kerana katanya pihak di sana patut beri antibiotik kerana jangkitan pada kucing umpama bisul boleh mengakibatkan kucing demam. Aku tak terkata. Nak menangis pun ada. Mana taknya, keadaan Piko time tu sangat-sangat lemah. Nak berjalan pun tak boleh. Nak membuang pun aku yang angkatkan. Kerap kali kejang. Lalu Doktor K pun bagitau aku yang Piko boleh sembuh. Jangan risau. Ada harapan namun detik tu aku seolah-olah hilang kepercayaan. Doktor K juga nasihatkan aku untuk selimut Piko setebal-tebalnya bagi suhu dia naik semula sebab suhu badan dia drop banyak sangat. 

Harapan untuk melihat Piko sembuh dan aktif seperti sediakala hanya tinggal harapan. Ajal maut ketentuan Tuhan. Esoknya, hari selasa lepas jumpa doktor, Piko mati di ribaan aku. Sedih tak usah cerita. Hati sangat-sangat terkilan. Dalam hati hanya ada perkataan kalau. Kalau lah aku bawa Piko jumpa doktor yang betul, dia mesti dah sembuh. Namun hari kematian Piko memang sudah ditetapkan. Kecuaian doktor dahulu yang merawat Piko hanyalah penyebab sahaja. Redha, itu saja yang aku tanamkan dalam hati.

Pengajarannya, berjumpalah dengan doktor yang benar-benar menjalankan tugasnya. Jangan jumpa doktor yang hanya membuta tuli sahaja dalam merawat kucing anda. Jangan jumpa doktor yang malas untuk menjalankan rawatan dan pemeriksaan dengan teliti. Semoga apa yang terjadi kepada aku tidak terjadi kepada kalian semua. 


~Sehari sebelum Piko tiada. Piko dalam kenangan~

5 comments:

Kay said...

Bila tau yg doktor tu minta pendapat kedua kawan dia pun , kay dh rasa pelik .

T.T sedih dgr cte shiqahh . Ta apa , kucing bukan seekor , tapi piko hanya satu ;3

Be strongg ;)

Nor Azimah said...

humairah pun suka nak bela kucing, tapi abah tak kasi. kalau jumpa kucing jalanan dia sanggup kuarkan duit belikan susu dan makanan kucing dan bagi makan kat situ je..

Sis said...

Ashiqahh, walaupun aku ni tak berapa nak suke kucing, tapi aku sangat terkilan. Aku ingat lagi mase mule2 kau cakap ngan aku pasal piko yg baru kau bela lepas manja.
Aku sedih untuk kau.
Sabar ek,, kau kan kuat hati!

Kakzakie said...

Walau apa pun perginya Piko tak ada dakwa dakwi seperti kita. Mungkar/Nangkir pun tak dtg jenguk Piko tu kan.. kita ni kena cari bekalan. Dan yg pasti mereka yg menyayangi Piko mendapat ganjaran dariNya..

Tan Tuah said...

betty sy pon bisul la..bole bg contact nombor doktor K tu x