Tuesday, January 13, 2015

Perancangan Allah Itu Berganda-ganda Baiknya!


Assalamualaikum. Dalam post yang dulu, aku ada cerita pasal interview kerja sementara dekat kilang tu kan dan resultnya aku tak dapat pun kerja tu. Sebab katanya aku ni tak cukup umur, masih 17 tahun. Umur mestilah 18 tahun tepat mengikut tarikh lahir. Ok serius sangat frust time tu sebab aku dah penat-penat datang dekat tempat interview daripada pagi, duduk dekat situ selama 4 jam, dah siap isi borang dan tiba-tiba terus kena halau macam gitu aje. Sedih+Geram rasa!

Hakikatnya, manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. Tak semestinya semua perancangan aku akan berjaya. Kalau Allah kata aku tak dapat kerja tu, tak dapat juga. Kalau bukan sebab faktor umur, aku tak akan dapat kerja tu sebab faktor lain. So, aku redha. 

Dan hari ni, aku terima panggilan daripada sebuah pasaraya mengatakan bahawa aku telah diterima bekerja! Alhamdulillah :) Dan aku akan start kerja, esok! Gajinya boleh tahan, lebih daripada cukup untuk aku buat lesen. Perancangan Allah itu seratus peratus lebih baik dan memang terbaik!

Perbandingan kerja kilang:
  • 12 jam berdiri dan hanya boleh rehat time solat dan waktu rehat.
  • Kena keluar rumah pukul 5 pagi sebab bas kilang ambil pekerja pukul 5:15 pagi. Solat subuh di surau kilang.
  • Sangat jauh daripada rumah.
  • Ikut syif, kena kerja malam dan kena kerja siang.
  • Lebih Penat.
  • Susah nak uruskan makan minum anak-anak bulus aku.
  • Banyak warga asing. Isu keselamatan disitu.
Perbandingan kerja pasaraya:
  • Kerja 9 jam. Masuk pukul 10 pagi, habis kerja pukul 7 malam.
  • Dekat dengan rumah. 10 minit naik motor dah sampai.
  • Penat sikit aje.
  • Time rehat, boleh balik rumah.
  • Boleh uruskan makan minum anak-anak bulus aku. Tak payah nak suruh mak aku buat sebab mak aku sibuk jaga cucu. 
  • Ramai orang yang aku kenal sebab aku selalu pergi beli barang dekat situ.


Nampak tak betapa indahnya percaturan Allah? Alhamdulillah, sangat bersyukur sebab Allah dah permudahkan semua urusan aku. Yang penting kalau Allah tak beri apa yang kita rancangkan, kita kena sentiasa bersangka baik dengan DIA sebab DIA nak beri yang terbaik buat kita. Sabar, jangan putus asa dan terus berdoa. Nanti kau akan nampak hikmahnya. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Ilaliqa' :)

NotaKaki: Doakan semuanya berjalan dengan lancar esok! ^^ In shaa Allah, blog ini akan kekal aktif. Hehehe mana boleh tinggal macam tu aje oiii :D

12 comments:

Sis said...

wah! bestnye nnti da dpt income sendiri~
selamat bekerja ya shiqah! ^^

Cik_Shiqah said...

@Sis
tq syg. doakan aku :)

Nor Azimah Ali said...

Aishah keje di taska, tak taula tu camane, nanti makcik nak suruh dia tulis pasal tu, dia malas nak update blog, suka twitter.

kakaktiricinderella said...

alhamdulillah awak dah dapat kerja =) saya pulak masih menunggu untuk dapatkan kerja sambilan sementara tunggu result kuar =') selamat berkerja ^^ and jangan lupa update blog k hehehe

saya klik Nuffnang MERCY Malaysia 3x untuk awak =)

Unknown said...

hoho..redha dan terima apa yang terbaik..Terus berdoa moga semua dipermudahkan. Btw selamay bekerja akak! hehehehe saya masih di bawah umur. hahaha

http://sarahhijabista.blogspot.com/

Nana Liena said...

kita dlu ingat awok ni budak lepasan dip..rupanya spm ja.. huhu..
tgk gambar kat sidebar terkeliru pula..
tak apa dik..muda lagi..ambil pengalaman yg penting..ada ja rezeki di mana2... mana2 kerja pun ada baik buruknya..

Unknown said...

Selamat bekerja dik :)

Cik Fafa said...

tahniah. bagus muda2 kerja cari pengalaman. sambil tu dapat jugak income sikit2. good luck untuk kerja! ^_^

wardahannesa said...

wahh.. dah dapat keje eh.. bolehla belanja lepas nii. hihi

akak kliknuff10x :)

Amelia said...

Lama tak singgah blog ni. Nasib tak tukar nama blog, kalau tak susah nak cari :P

Erk cik shiqah umur kita lebih kurang je eh ? baru perasan xD But semalam dah capai umor 18 tahun . Cuma belom dapat kerja lagi :(

syasandeul said...

All the best!!^^

iklancs said...

betul sekali saya setuju dengan pendapat anda