Sunday, January 4, 2015

Jangan Mengulas Tentang Agama Tanpa Ilmu. Tanya Kalau Tidak Tahu. Malu Bertanya Sesat Jalan :)


Lelaki: Hari ini kita melihat ramai orang yang membaca Al-Quran dengan telefonnya. Saya kurang bersetuju . Bayangkan hukum membawa masuk telefon yang ada Al-Quran ke dalam tandas.

Ustaz: Boleh, tiada masalah membawa telefon tersebut ke dalam tandas.

Lelaki: Tetapi dalamnya ada Al-Quran!

Ustaz: Tidak mengapa. Al-Quran itu tersimpan dalam memori telefon.

Lelaki: Al-Quran ustaz! Sepatutnya tidak bolehlah kan!

Ustaz: Jadi selama ini tuan membaca Al-Fatihah dalam solat dgn tengok mashaf ya?

Lelaki: Ish, saya hafallah Al-Fatihah. Bahkan saya sudah hafal 30 surah. 

Ustaz: Baik, jika begitu jangan lupa sebelum tuan masuk ke tandas, tinggalkan otak tuan di luar dahulu!

[SUMBER: FACEBOOK]


Assalamualaikum. Dah baca dah cerita di atas tu? Walaupun ada unsur lawak tapi penuh dengan pengajaran. Hari ini ramai orang yang berani mengulas tentang agama tanpa ilmu. Walaupun setiap orang diberi hak yang untuk mengulas itu ini, tapi bab-bab agama ini baiklah kita serahkan kepada orang yang lebih arif. Kata orang, jangan memandai-mandai kalau tidak tahu. Kalau tak tahu, lebih baik diam saja dan bertanya kepada orang yang lebih tahu. Kata orang, kalau nak menuntut ilmu, jangan bodoh sombong. Betul tak? 

Ilaliqa' :)



2 comments:

Aqila Saleha said...

Nice Post :)
Blogwalking back ya ^_^

nana liena said...

em...pahm maksud cerita di atas tu..,sekarang ni,dah ramai pstad dan ustazah jadian,bukan nak kata,tp bila bercakap tu perlukan bukti kukuh..mcm sains jga..kalau silap,rujuk pakar kemudian betulkan diri sendiri