Friday, January 2, 2015

5 Januari 2015


La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!


Assalamualaikum. Itulah sebahagian daripada bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Meet Uncle Hussain. Lagu yang berkisarkan tentang kerja. Tengah kemas rak buku yang bersepah tu, tiba-tiba terjumpa buku nota aku dulu-dulu dan salah satu isi kandungan dalam buku tu tentang kerja. 

Inilah buku nota aku! Dapat free time beli makanan kucing. Tahun 2010, lama tu! Haha XD

Kerja itu sebagai satu ibadah. Pernah dengar? Tapi kena ikut ciri-ciri yang ditetapkan, baru boleh kira sebagai ibadah. Imam Ghazali kata setiap pekerjaan haruslah menepati ciri-ciri berikut jika mahu dikira sebagai ibadah iaitu:

  • Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjung perintah Allah.
  • Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Allah.
  • Kerja yang dilakukan adalah dengan bersungguh-sungguh, tekun, amanah dan tidak memudaratkan.
  • Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syariat Allah SWT seperti solat, puasa dan sebagainya.

Kalau semua ciri-ciri tu ada pada pekerjaan yang hampa sedang lakukan sekarang, In shaa Allah pekerjaan itu dikira sebagai salah satu ibadah yang hampa kerjakan dan beroleh pahala. Alhamdulillah. Itu ajelah yang aku ingin kongsikan. Entah bila catatan ini diambil. Bukan aku yang catat rasanya tapi mungkin mak atau kakak aku. Walau sesiapa pun yang tulis, memang apa yang dicatat itu satu ilmu yang bermanfaat.

Akhir kata, sama ada kita ini majikan ataupun pekerja, kita wajib melaksanakan segala amanah yang dipikul. Sedih sebab hakikat zaman ini banyak masyarakat yang bekerja sambil lewa. Takmau macam tu na. Tak kira lah gaji hampa kecik ke besar, hampa kena beri komitmen pada kerja hampa tu 200%.

Ilaliqa' :)


NotaKaki: Tarikh penting tu. Doakan segalanya baik-baik saja pada tarikh tersebut :)

5 comments:

Aishah Humairah said...

Saya dapat kerja baru! Kat taskaaa :3
Doakan saya~ xoxo

Aishah Humairah said...

Assalam cik_syiqh, makcik ni.. malas nak tukar ac, pakai ac aisyah je..takde pe nak komen, nak ucap salam petang je, moga sihat sejahterea dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Cik_Shiqah said...

Aishah: Woahhhhh bestnya!!! Boleh praktis jadi ibu mithali. Hehe :D Gudluck2. In shaa Allah boleh buat and jaga budak2 tu dengan jayanya. amin! :)

Makcik Azimah: wassalam makcik. salam petang jgk.. amin :) Mendoakan yg sama utk makcik sekeluarga ^_^

nana liena said...

goodluck ya..! hehehe..graduan sekarang nak cr kerja setimpal dgn kelulusan ikut nasib dan rezeki jga.. teima ja tawaran yg ada..ambil pengalaman dan boleh juga tampung duit poket seharian kan.. :)

Nabila Syifa said...

Setuju pendapat nsna liena di atas