Tuesday, January 6, 2015

[AKU] , [ADIK] Dan Pengorbanan [ABANG]

KASIH SEORANG ABANG: DUKUNG ADIK 500 METER

Assalamualaikum. Ramai orang yang sanggup berkorban dan mengharapkan balasan di kemudian hari tapi tak ramai orang yang sanggup berkorban dan tidak mengharapkan balasan. Golongan minoriti ini hanya mengharapkan kebahagiaan insan di sekeliling. Kalau dia tak bahagia takpa asalkan jangan orang yang dia sayang tu derita. Itu aje yang mereka inginkan. Susah kan nak cari?

Ibu dan ayah bertemu dan berkahwin. Hasil perkahwinan mereka, maka lahirlah kami tiga beradik. Abang, Aku dan Adik. Hidup kami susah kerana semasa aku bersekolah rendah, ayah aku sakit dan tidak dapat bekerja. Mak aku hanya seorang suri rumah. Akhirnya kami tiada wang untuk menyara perbelanjaan harian. 
Pada ketika itu, Abang membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara kami sekeluarga. Katanya, biarlah dia bekerja asalkan Aku dan Adik dapat terus belajar. Bermacam-macam pekerjaan yang dia lakukan untuk menyara kami. Kadang-kadang keperluannya terpaksa dilupakan demi mendapatkan keperluan Aku dan Adik. Sungguh Abang banyak berkorban demi kebahagiaan kami.
Waktu susah itu sudah berlalu. Kini pengorbanan Abang membuahkan hasil. Aku kini seorang doktor dan Adik menjadi seorang jurutera. Abang? Sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Dia kini tidak mempunyai kerjaya sehebat kami, gajinya mungkin sedikit berbanding kami namun pengorbanannya untuk membuatkan kami berjaya seperti ini tidak ternilai harganya. Tanpa pengorbanan Abang, siapalah kami? Moga Abang akan terus bahagia dengan kehidupannya..

Cerita yang aku tulis itu kisah benar. Bukan kisah aku tapi kisah orang lain. Kisah yang aku dengar dengan sepasang telinga aku sendiri. Aku kagum dengan pengorbanan Si Abang. Walaupun kedua-dua adiknya telah berjaya, tapi dia tidak pernah mengungkit dan mengharapkan balasan. Cuma aku harap kedua-dua adiknya itu tidak pernah dan tidak akan melupakan jasanya. Walaupun sehebat mana mereka sekarang ini, mereka tidak akan mampu berbuat demikian tanpa pengorbanan seorang Abang.

Ilaliqa' :)


 

12 comments:

Iha Zaliza said...

Sebak baca, moga dijadikan iktibar buat kita semua.. :')

Nabila Syifa said...

Huhu.sy tak ada abang..kakak pun tal ada.huhu

Nurul Syahirah said...

sebak membaca :'(

jom join segmen ira
http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/01/segmen-happy-birthday-by-syahirah.html

Nor Baizura said...

Abang zura pun let us, my sis and I sambung belajar sedangkan dia kerja dulu... :'( I should treat him better...

Sofea Ada Sazlin said...

Sedih tapi betul, pgorbanan abg. saya pun ada abg mcm tu.

Sya Syahirah said...

harap harap adik adik dia tk lupakan pengorbanan abg tu. bukan senang nk dapat abg mcm tu. satu dalam seribu. huhu hashtag terharu sobs

Etuza Etuza said...

hebat abang ni..kesian..jadi mangsa..dah lama cerita ni kan

Cik_Shiqah said...

utk maklumat pembaca semua.. cerita ni cerita slh seorang drpd ahli keluarga saya yg jauh. pergi kenduri dan sempat sembang2 dgn si AKU dlm cter tu dan first time juga jumpa dia :) Entah knp dia ceritakan. Mungkin supaya saya mengambil iktibar. Moga cerita ini juga menjadi iktibar buat kalian semua. In shaa Allah :) Dan sekarang dia juga sering melawat si abang dan menetap di rumah abgnya jika cuti daripada kerja2 di hospital.. Alhamdulillah :)

sinuha said...

Baik betul abang tu. Semoga mereka bertiga hidup aman tiga beradik sampai bila-bila. :)

btw, sinuha singgah sini jadi follower ke #764. Salam perkenalan :)

Sara Liyana said...

baik betul abang dia nie, tapi abang dia walaupun keja tak shebat mana tetap hero dalam ahli kuarga dia

nana liena said...

baiknya abg! anak sulong atau anak ke berapa ,ada kudrat ke kelebihan ,bantulah orang lain tak kira siapa pun dia ..

Unknown said...

Pengorbanan dia sama seperti saya..bapak telah pergi selama2nya waktu aku di awal form 5...mak suri rumah...akibat kesempitan mak bercadang nak bekerja kat ladang...timbul rasa kesian di hati..so aku nekad bersuara..biar aku yang pergi kerja...sekolah tak mengapa...spm boleh sit exam luar.aku ada 4 adik.2 sekolah rendah dan 2 lagi sekolah menengah awal waktu tu...siang aku kerja...malam belajar...aku cuba penuhi permintaan adik aku..kalau mereka nak beli barang aku x kisah 11 ringgit dalam dompet aku..aku bagi dia 10 tinggal sehelai seringgit tu jer..alah..x pelah..janji adik belajar...duit boleh cari lagi...dan sekarang alhamdulillah 3 adik aku dah berjaya...yang 1 still dalam pengajian...mereka kerja jauh..balik kampung myb sekali time raya..tinggal lah aku sendiri bersama ibu...aku dah buat mak aku bangga dengan usaha aku...dia x mintak aku jadi kaya....tetapi pengorbanan aku betul2 mengubah segalanya...sebab aku nak adik2 aku berjaya...aku sayang mereka...aku x nak balasan apa2...cukup sekadar mengucapkan terima kasih kepada ibu yang melahirkan aku...kerana ibu lah yang melahirkan aku...cukup sudah pengorbanan yang ibu buat sewaktu melahir dan menjaga aku...aku x nak susah kan ibu...