Tuesday, January 13, 2015

Memperkenalkan KEMBANG Si Catwoman!

Assalamualaikum. Dah seminggu lebih seekor kucing menghuni dekat depan rumah aku. Rekod yang paling lama, selalu kucing datang rumah aku ni kejap-kejap aje. Tak tahu siapa punya. Tengok daripada gaya kucing tu, macam pernah dibela sebab sangat manja dan baru juga nampak dia dekat kawasan ni. Selalu takde pun. Mungkin baru kena buang? Malas nak fikir kemungkinan yang menyakitkan hati tu. AKU BENCI ORANG BUANG KUCING! Baik aku sangka baik aje lah. Mungkin kucing ni sesat tak jumpa jalan balik ke rumah dia. Husnuzon yer semua! ^^

First time aku jumpa dia dekat depan rumah ni, dia sangatlah kurus. Harap bulu aje tebal. Sekarang dah gemuk sikit! Yelah sebab menu makanan dia hari-hari ialah nasi digaul dengan ikan goreng. Banyak aku bubuh nasi, dia makan sampai tinggal sikit. Banyak makan, mungkin bunting sebab perut besar semacam aje. Lepas dah makan terus terbongkang dekat depan rumah aku ni haaa. Lama-lama dia merayau la pergi tempat lain lepastu tercongok balik depan pintu rumah. Aku panggil dia KEMBANG :)

Ada topeng dekat muka macam catwoman. KEMBANG :)
Aku bubuh nasi penuh satu pinggan. Dia makan sampai tinggal banyak tu je!
Lepas kenyang, macam biasalah depa. Tidur-tidur ayam aje. 
Kata dah tidur ayam aje. Bunyi sikit, terus angkat kepala. Sensitif betul telinga tu. 

Ilaliqa' :)


NotaKaki: Rumah aku dah macam kawasan RnR aje. Semua kucing nak bertandang or singgah buat seketika. Mereka tahu agaknya akan ada orang yang bakal memberi makan secara percuma. Aku tak pernah berkira kalau hal berkaitan dengan kucing sebab aku cinta mereka tapi itulah.. yang kadangkala membuatkan manusia yang "cerdik" buang kucing depan rumah aku. Hailaaaa orang jenis macam ni memang takdak sikap bertanggungjawab. =.= Dah tak suka, buang! Dah tak larat nak jaga, buang! Dah sakit, buang! Kita boleh jangka sikap seseorang tu based on bagaimana dia layan haiwan. Dekat haiwan boleh buat, apatah lagi manusia. Shame on you! Lalala~~ Yang penting jika ada aje si kucing yang bertandang, diri ini sedia memberi makan. Kongsi rezeki yang Allah berikan. Kau macam mana pula? Kau tau tak, nanti Allah gandakan rezeki kau. Kau taknak lagi?! Kau rugi lah... :P

13 comments:

Nor Baizura said...

Meowwwww

Aqilah Azmi said...

meow alahai ngada nya geram T_T

Wardah Aneesa said...

comel nye dia tidur, suka tgok kucing tdow.. haha

p/s : singgah sini hirup udaraa smbil kliknuff5x :)

Sis said...

Aku punye rumah pun mcm RnR. Huhu.. banyaknye kucing. Kau takpela sbb kau suke kat depa. Aku ni haa,, nak keluar pintu pun cuakk. Kalo malam2 tu bising je dok ngiau. Smpai Mak aku da beli cat repellent. Mesti kau marsh sbb aku tak suke kucing.. T_T

Mohammad Anuar said...

Ccomelnyaaa. sama la pencinta kucing jgk :D

Erin Swiftie said...

Kucing tu tau mana orang yang sayang sangat dekat dorg/kuucing.

Yanti Husin said...

Comelnye kucing tu.

A SY said...

Jom join, http://blalalableh.blogspot.com/2015/01/segment-blog-review-by-aisyah.html

Cik_Shiqah said...

@Sis
Kucing takkan dtg kat rumah kalau takdk sapa bg dia makan. sekali kau bg mkn, dia akn igt rumah kau n akn dtg slalu utk mntk mkn. so apa sbb tiba2 kucing suka dtg rumah kau n mengiau mlm2? mst ada spe2 bg dia mkn ni. hurmmm~~

Miss Yana said...

Rumah yana pon camtuh jgak, smpai da branak pinak.. Kucing jiran tp bpantang kt uma yana..haha

Sis said...

@Cik_Shiqah oh. aku rase takde sape yg bagi mkn. maybe kebanyakan kucing yg dtg tu dtgnye dari rumah sebelah. sbb jiran aku tu bela berekor-ekor kucing. haha.

Cik_Shiqah said...

@Sis
Oh maknanya kucing2 tu meow2 dkt rumah jiran hg smpai dgr dkt rumah hg ke apa? sepatutnya kucing tu mntk mkn kat rumah jiran hg la awat pi mintak kat umh hg. hee~ kucing ni depa ikut dan ja. kita sbgai manusia ni kena phm la ^^ Moga dpt mencari jln penyelesaian. Aku pun taktau nak buat mcm mana.. Yelah aku tak boleh rasakan apa yg org takut kucing rasa. Aku doakan yg terbaik ;)

Nik Ainaa said...

hi :)
blog anda menjadi 'mangsa' review. ;D

http://nikainaa.blogspot.com/2015/01/review-mereka-yang-awesome-part-3.html

ps: comelnya kucing. geram! n sy pun pemint kucing ;)