Thursday, January 8, 2015

Peminat Fanatik Aku No 1 - Sila Jealous XD

Assalamualaikum. Hidup aku ni memang dikelilingi dengan peminat-peminat fanatik yang sentiasa ingin menarik perhatian daripada aku. Kalau aku tak layan, ada je salah seorang daripada mereka ini akan protes dan tunjuk perasaan. Nak taknak, aku terpaksa juga layan mereka. Nak tahu siapa peminat aku tu? Haaaaaa inilah dia!

Nampak tak macam mana dia tarik perhatian aku? Buat muka comey bila aku tengah busy menulis di laptop. Dia paling dengki bila dengar bunyi keypad yang "tup tap tup tap". 

Dan bila aku tak berminat dan buat tak layan dengan aksinya, maka inilah jadinya!

Digigit-gigitnya pula skrin laptop. Haaaa yang ni memang betul-betul berjaya menarik perhatian aku. Nampak tak? Kalau seseorang tu dah minat tahap fanatik dengan kita, dia akan cuba apa saja cara supaya kita tertarik dengan dia. Hati-hati semua jangan sampai tertipu! XD

Dan sememangnya aku tidak mudah ditipu walaupun aksi tersebut berjaya menarik perhatian aku dan inilah padahnya apabila terlalu fanatik dengan aku!

Kena marah! Marah macam mana tu? Aku membebel dekat dia. Dan inilah pengakhirannya. Merajuk dan bawa diri di belakang laptop sambil menjilat-jilat bulu.

Dan bila tinggal laptop sekejap, tengok-tengok makhluk berbulus ni sedang santai di atas keypad laptop. Nampak tak permainan dia disitu? ;)

Peminat fanatik aku yang lagi satu, mempunyai cara lain untuk menarik perhatian aku. Inilah caranya!

Asyik nak melekat aje tak kira masa. Di belakang, di tepi kiri atau kanan, sentiasa ada disitu kalau aku sedang busy menulis. Memang seorang peminat fanatik yang baik. Hehe :D Tak macam yang lagi sekor tu. Tapi aku sayang dua-dua sama rata okay. No pilih kasih! ^^

Akibat terlalu lama menunggu dan menemani aku sepanjang malam, dia akan tertidur seperti ini kerana keletihan yang amat dasyat. Yelah, aku berblogging sampai pagi. So boleh bayangkan lah peminat fanatik aku yang sekor ni tidur pukul berapa. Hehe :D

Ilaliqa' :)


NotaKaki: Miko dan Bambam. Kedua-duanya menjadi penyeri hidup aku. Moga mereka terus membesar dengan sihat dan jayanya di rumah ini :) Mereka juga teman rapat buat si kecil, Nur Zinnirah ^^ Hope Zinnirah juga cinta akan kucing seperti Acunya pabila dia besar nanti. In shaa Allah pupuk sikap tu dari kecil :)

11 comments:

Nor Azimah said...

assalam cik-syiqah, makcik singgah sini, aishah pun suka kucing tapi abah tak kasi bela, adik bongsu asma, comelnya kucing2 cik-syiqah tu, geram tengok aksi dia.

Mrs Hazira said...

Miko yang mana satu ? Bam Bam yang mana ? COMELL

Ain Zulaikha said...

hye! kite pun dulu ada kucing gak. tapi sekarang semua dah tade.. sobs

Budak Nuizz said...

comelnyaaa... ha'ish bagi sy sume kucing comel.. hehe comel la part atas keyboard tu.. kucing sy mcm tu jugak.. nak perhatian.. selagi xsahut dia punya miow selagi tu duk miow miow ... http://ijahoney.blogspot.com

Encik Skema said...

Untunglah ada peminat fanatik. :3 Hahaha

Firzanah Azhar said...

Ala ala comelnya kucing ^^ terlebih manja ni sampai teman tuannya hapdet laptop!

Muhammad Shahril said...

singgah sini sambil follow . nanti singgah blog shahril pulak ehh !

Pak Jhu said...

singgah sini tgok kucing..huhu

Cik Anggur said...

COMELNYA KUCING-KUCING AWAK CIK_SHIQAH :-3

Shyue Kim said...

comel nye kucing2 2! untung laaa kucing 2 minat awk..heheh :D

nana liena said...

hahaha.. punyala lama nak tarik perhatian tuan,sampai penat ya kocing..ehehe..best dpat bela seekor..

p.s/awat kucing suka landing atas lappy ? hahaha