Thursday, January 1, 2015

Kita Bukan Tunggu Mati Tapi Kita Bersedia Untuk Mati. Bersediakah Kita Utk Menghadapi Kematian?


Assalamualaikum. Tahun berganti tahun, hari berganti hari, detik waktu terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Hakikatnya umur makin meningkat dan semakin hari semakin dekat dengan kematian. Bersediakah kita untuk menghadapi saat itu? Tertarik dengan kata kakak aku semalam, "Kita bukan tunggu mati tapi kita bersedia untuk mati." Bersedia untuk mati, macam mana tu? Mungkin antara persediaan yang kita boleh buat sebelum mati ialah:

  • Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan yang mendatangkan dosa.
  • Sentiasa bertaubat dan meminta keampunan daripada Allah.
  • Minta maaf dengan orang yang pernah kita lakukan kesalahan seperti mengumpat, menfitnah. Senang kata dosa kita dengan sesama manusia, wajib kita minta maaf. 
  • Sentiasa berdoa semoga diberi keselamatan dan rahmat olehNya.
  • Sediakan wasiat. Wasiat itu penting supaya kebajikan ahli keluarga kita yang masih hidup terpelihara. Tidaklah apabila kita takda nanti, hidup mereka jadi kucar-kacir.
  • Banyakkan amal jariah seperti sedekah. Dalam satu kuliah maghrib yang aku pergi, ustaz tu cakap, "Duit yang berada dalam poket kita tu sebenarnya bukan milik kita tapi duit yang kita sedekahkan itulah sebenarnya milik kita. Duit dalam poket kita tu apabila dibelanjakan, cepat aje habis dan takda lagi dengan kita tapi bila hampa sedekahkan, menjadi saham kita di akhirat nanti."
  • Ajarkan ilmu yang bermanfaat. Selagi ilmu itu dipelajari dan disebarkan oleh mulut ke mulut, selagi itulah hampa dapat pahala walaupun waktu tu hampa dah takda di dunia ni.   
  • Didik anak-anak dengan ilmu agama supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Doa anak yang soleh itu tidak akan pernah terputus dan sentiasa menjadi bekalan walaupun di alam kubur nanti.
  • Segala hutang hampa semua mestilah dilunaskan. Hutang manusia wajib dibayar dan hutang dengan Allah pun jangan lupa juga tau. Hutang dengan Allah tu contohnya puasa ramadhan. Puasa tu kalau tak ganti lagi pi la ganti cepat-cepat sebab kita tak tau bila ajal akan menjemput kita. Selagi masih sempat, ganti sampai habis na :)
  • Sentiasalah berzikir, Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahu Akhbar. Moga ayat itulah yang menjadi akhir kalam kita nanti.
  • Sentiasa bersangka baik kepada Allah.
  • Sentiasa menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Moga kita mendapat syafaat baginda di akhirat nanti.

Mati tak bisa untuk kau hindari,
Tak mungkin bisa engkau lari,
Ajalmu pasti menhampiri,
Mati tinggal menunggu saat nanti,
Kemana kita bisa lari,
Kita pasti akan mengalami,
Mati...

Ilaliqa' :)


NotaKaki: Tahun baru memang best sebab masing-masing buat azam baru tapi jika sikap kita masih sama hampir setiap tahun, sebenarnya kita masih sama aje tanpa sebarang perubahan :)

5 comments:

Miss Yana said...

Xbersedia lag :(

Sarah Halim said...

Allahu. Rasa takut sangat bila terpikir oneday nanti, entah bila. Mungkin esok lusa pergi tinggalkan bumi fana ni and hidup di dunia yang kekal..Mungkin masih jahil. Tak sedia lagi :') nice entry btw sis.

http://sarahhijabista.blogspot.com/

MaliihahNur said...

Deep. Tahun sudah baru, kita masih lama. Apakah itu. Time for muhasabah

Wardah Aneesa said...

Semoga hari-hari kita akan lebih tersedia untuk selalu mengingati mati.. insya allah, terima kasih boleh buat untuk muhasabah diri kita ^_^

Cik_Shiqah said...

sama2 kita mengingati mati yer.. Moga bermanfaat utk semua :)