Sunday, March 18, 2012

Mengapa Kamu Harus Takut Untuk Berubah, Sahabatku Sayang?

Beterbangan dibawa lari angin menderu~

Dalam kehidupan ini, aku pernah beberapa kali terjatuh, dipenuhi kotoran akibat keputusan yang aku buat. Situasi yang menerpa aku dalam sesuatu keadaan dahulu memerlukan aku membuat keputusan, tapi kadangkala aku terburu-buru hingga tersilap langkah. Tersadung di kaki sendiri. 

Dalam keadaan seperti itu, aku sering berasa tak berharga, tak bererti, tak berguna kepada sesiapa. Padahal apa yang telah dan akan terjadi, aku tidak akan pernah kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai aku, lebih-lebih lagi di mata Allah. Jadi walau bagaimana kotor dan teruk pun diri aku, aku masih mempunyai nilai yang tersendiri. 

Sungguh Allah itu punya banyak cara untuk mentarbiyah hati-hati manusia. Dan kadangkala perancangan Allah itu buat aku terkedu dan terdiam. Tidak aku sangka dan tidak pula aku duga. Tapi apa yang aku pasti, setiap yang dirancangNya pasti terbaik buat aku. Alhamdulillah!

Justeru sahabat-sahabat yang aku sayangi kerana Dia, sama ada kita baru kenal ataupun sudah lama, sayangilah diri anda. Bertaubat jika melakukan dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga. Dan jangan terlupa kita ialah makhluk Allah yang dipandang sama, hanya iman dan taqwa yang membezakan kita.

Aku tahu dan mengerti.
Bukan mudah untuk mengikis karat jahiliyyah dalam diri.
Bukan mudah untuk membaiki diri yang tertanam sifat buruk sana-sini.

Berubah itu tidak dijanjikan kesenangan hakiki.
Begitu juga dengan tiada rintangan berduri.
Semua itu tidak dipastikan lagi.

Tapi Allah janji.
Sesiapa yang datang kepadaNya dengan sesungguh hati.
Maka Dia akan menyambut insan tersebut juga dengan sesungguh hati.
Malah berlebih-lebih lagi.

Allahu Rabbi. 


************************************************************************
CS: 
Selepas ini, aku akan kembali berjuang bersama buku-buku. 
Assalamualaikum. Selamat tinggal~
:)
************************************************************************  

5 comments:

Ckin Kembaq said...

inshaAllah...akan cuba sebaik mungkin.... ^_^

p/s : kembali dengan buku?....study.chaiyok!

Cik Jannah said...

selamat study ! :)

jom kita sama2 berubah.

Cik_Shiqah said...

ckin: InsyaAllah. sama juga dgn diri ini. Yup, cuti dah habis. Syukran :D

Cik Jannah: Syukran :)

InsyaAllah, mari2 ^^

Salsabila said...

lama rasanya tak singgah! huaaaaa. sedihnyaaaa!

:')

apa apa pun, Allah juga penjadi healing yang terbaik kan? ^_^

selamat stadi dik!
buatlah kerana Dia :)

sea_lavender said...

berubah menjdi terbaik di sisi Allah..ikhlas sgalanya krn-Nya..
Allah Maha Pengampun..
sea_lavender sebak membca entry ini :') syukran atas ingatn.. bermujahdah ke jalan Allah.. itu kebahagiaan akan kte miliki smntara walaupn bukannya kekal..