Cik A: Kenapalah kau masih buat perkara yang dilarang Allah. Couple tu kan haram? Kau sendiri pun tahu kenyataan tuh tapi kenapa kau masih melakukannya?
Cik B: Tapi niat aku hanya untuk mengenali pasangan hidup aku dengan lebih rapat. Salah ke?
Cik A: Yer hujah kau memang ada benarnya tapi itu hujah yang akan dikeluarkan apabila seseorang tu tak fikir dalam-dalam. Sedarlah weyh, Islam melarang sesuatu tindakan pasti ada sebab dan kebaikannya buat umat manusia. Apa hujah kau nak kata couple tu boleh sedangkan dalam Al-Quran, Allah telah berfirman dalam surah Al-Israa' ayat 32, "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
Walaupun kau orang kata, "kami tak melakukan zina!" tapi hakikatnya zina dibahagikan kepada beberapa cabang dan korang mungkin terjerumus dalam zina itu. Daripada Abu Hurairah katanya, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."
Berdasarkan dalil Al-Quran dan hadis di atas, sudah terang lagi bersuluh couple amat-amat dilarang dalam Islam. Lagipun manusia ni punya kelemahan yang tinggi lebih-lebih lagi ada syaitan yang selalu menggoda. Kau orang pasti hubungan itu tidak akan tercemar? Hurmmm cuba sama-sama kita renungkan. Aku dan kau.
Orang yang bercouple tak mungkin menundukkan pandangan apabila berhadapan dengan kekasihnya malah sebaliknya yang berlaku. Orang yang bercouple pasti saja akan membayang-bayangkan orang yang dicintainya (zina hati). Orang yang bercouple pasti saja akan menyentuh antara satu sama lain walaupun hanya berpegangan tangan. Orang yang bercouple, pasti saja akan mendayu-dayu dan melunakkan suaranya apabila bercakap dengan kekasihnya (perempuan selalu). Orang yang bercouple mesti nak keluar berdua-duaan, kononnya inginkan ketenangan dan privasi dalam percintaan.
Sedarlah weyh, perbuatan kau selama ni menyumbang kepada saham dosa. Terimalah kenyataan, yang haram tetap haram.
Cik B: Habis macam mana? Couple tak boleh, ini tak boleh. Susah la macam ni. Takkan nak berkahwin dengan orang yang kita tak kenal.
Cik A: Itulah manusia. Suka ubah benda yang senang jadi susah. Islam itu agama yang mudah. Ada banyak cara lagi untuk mengenali pasangan. Gunalah cara Islam iaitu Taaruf. Yang kau pergi guna cara orang barat yang merosakkan akhlak dan menyebabkan saham dosa melambung tinggi tu kenapa sedangkan Islam sudah menunjukkan jalan yang terbaik. Ish, ish, ish.
Cik B: Taaruf tu apa yer?
Cik A: Kau dengar baik-baik ok. Bismillah.
Apa itu Taaruf?
Ajaran Islam berupa taaruf atau perkenalan. Perkenalan adalah cara yang sudah memadai. Dalam proses perkenalan, tidak dibenarkan adanya unsur-unsur penipuan, pembohongan dan ketidakjujuran. Mereka perlu memperlihatkan perkara yang sebenar supaya tidak ada penyesalan di kemudian hari. Tujuan taaruf tersebut adalah untuk mencari jodoh. Cara taaruf ialah dengan mempertemukan lelaki dan perempuan yang hendak dijodohkan dengan maksud agar saling mengenal. Untuk pengetahuan kau, taaruf sangat berbeza dengan bercinta. Taaruf secara syarak memang diperintahkan oleh Rasulullah SAW bagi pasangan yang mahu bernikah. Perbezaan hakiki antara bercinta dengan taaruf adalah dari segi tujuan dan manfaat. Jika tujuan bercinta lebih kepada kenikmataan sesaat, zina dan maksiat. Taaruf jelas sekali tujuannya iaitu untuk mengetahui kriteria calon pasangan.
Proses Taaruf
Dalam proses taaruf dengan calon pasangan, pihak lelaki dan wanita dibenarkan bertanya antara satu sama lain tentang apa sahaja yang berkait rapat dengan kepentingan masing-masing selama mengharungi hidup bersama-sama di kemudian hari tapi proses itu haruslah dilakukan dengan beradab dan beretika. Tidak boleh dilakukan secara berdua. Harus ada yang menemani (orang tengah) dan diberikan keutamaan kepada wali atau ahli keluarga untuk menemani pasangan sepanjang proses tersebut. Jadi, taaruf bukanlah bermesraan berdua, tapi lebih kepada perbincangan dan percakapan yang bersifat realistik untuk mempersiapkan sebuah perjalanan panjang antara pihak lelaki dan wanita. Bukankah itu lebih baik?
Kalau kau masih tak jelas dan samar-samar, cuba tengok filem Ayat-Ayat Cinta. Ada scene yang menunjukkan bagaimana proses taaruf dijalankan.
So kesimpulannya, Couple memang haram dan salah disisi Islam. Nak lawan perintah Allah? Berubahlah mengikut keupayaan. Selagi diberi kesempatan, belum terlambat.
Cik B: *Menganggukkan kepalanya*
Semoga bermanfaat! :)
Rujukan:
http://id.wikipedia.org/wiki/Taaruf
Buku 'Bibir Merayu Hati Bernafsu' (Buku yang bagus, tak rugi baca.)
No comments:
Post a Comment