Tuesday, March 13, 2012

U.K.H.U.W.A.H


Sungguh. Hari ni saya benar-benar rasa betapa manisnya ukhuwah yang terbina antara saya dan mereka. Perasaan gembira tak terkata. Macam ada sesuatu yang menyelinap di jiwa. Subhanallah, manis sangat. Terhibur hati walaupun diri ini terpaksa mengalah pada keletihan asalkan ukhuwah kerana Allah dapat saya maniskan. 

Aktiviti pagi tadi memang sangat-sangat memberi kesan. Bergetar rasanya apabila menyebut perkataan ukhuwah. UKHUWAH. Saya bagai baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat diperoleh dengan hanya mengucap dan menegur 'hai!' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan rasa kesatuan dan menenangkan hati juga. 

Dan kini saya benar-benar memahami akan sesuatu hakikat.

Indahnya persahabatan/ukhuwah jika terjalin kerana Allah. Sungguh keindahan yang terasa tidak boleh diungkap dengan kata-kata, hanya hati yang merasai semuanya. Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang untuk saya merasai nikmat keindahan itu.

Seorang sahabat pernah berkata kepada saya, "Untuk mengekalkan cinta dan sayang dalam persahabatan, kita perlu meletakkan asas cinta pada cinta Tuhan."

*Senyum*

Yer hakikat itu memang benar. Hubungan persahabatan atau apa sahaja bentuk hubungan sesama makhluk khususnya akan menjadi lebih akrab, jika Khalik (Allah) menjadi penghubungnya. (^_^)

Terima kasih Ya Allah kerana merapatkan lagi ukhuwah antara kami. Semoga ukhuwah yang terbina ini sentiasa  berada dalam redha dan rahmatMu. Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga ke syurgaMu yang abadi. Amin. 


Indahnya ukhuwah.
Terbalut hati yang lurus.
Terbingkai fikiran yang jernih.
Terpaut pada husnudzon.

Indahnya ukhuwah.
Tercermin pada perilaku.
Terlihat pada tutur kata.
Terbukti dalam akhlak.

Indahnya ukhuwah.
Saat empati terasa.
Saat bahagia berbagi.
Saat duka bersama.

Indahnya ukhuwah.
Sungguh benar-benar indah.


:: Pen Off ::

5 comments:

Faaein Talip Roy said...

ukhuwah kerana-Nya memang indah..

moga ukhuwah kita juga berkekalan kerana-Nya.. =]


p/s: sorry dek.. lmbat balas.. inshaAllah.. bleh je nak guna pic tu.. =]

Cik_Shiqah said...

kak faaein: Amin! Harap ukhwah kita berkekalan keranaNya juga. ^_^

syukran kak. shiqah guna kat blog lgi stu. nnt akk tgok la yer. ^^

p/s: rindu akk. ;D

Iman Lurv Islam said...

Alhamdulillah, gembira bila Kak Shiqah gembira...sama-samalah kita menjaga persahabatan kita sbb syaitan jealous kalo kita bahagia...by the way, semoga berkekalan ye...

Cik_Shiqah said...

iman: Alhamdulillah. syukran mengingatkan. InsyaAllah :)

p/s: muda lagi kot nak pggil saya kak. hehehe.. :D

Farah Azerah said...

Allah ,Allah , Allah