Wednesday, March 14, 2012

Allah Sayang!



Sungguh ujian yang datang kadang-kadang buat hati rasa sakit. Kadang rasa ingin berputus asa tapi terus beringat bahawa Allah itu lebih mengetahui. Mungkin diberikan keadaan ini untuk gantian yang lebih baik buat masa yang akan datang. mana kita tahu kan? Lagipun, orang yang selalu diberi ujian, maknanya Allah sayang. ^_^

"Allah beri ujian dekat kita, maknanya kita insan terpilih. Bukan semua orang melalui apa yang kita lalui dan bukan senang Allah nak beri perhatian kepada kita. Jadi, bersyukurlah dan berbahagialah dengan ujian itu dan laluilah perjalanan itu dengan sabar." -Kakak Usrah-

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
-Surah Al Baqarah ayat 241-



Keikhlasan kita pasti saja akan diuji.
Bilamana kita berkata kita bekerja untuk Allah dan Islam, 
tapi kita sedikit pun tidak diuji, mesti ada yang tak kena di mana-mana.

Maka jika sedang diuji, bersangka baiklah kepadaNya.
Kerana ujian itulah yang akan membuktikan keikhlasan seseorang.
Jadi, bergembiralah.



P/S: Al-Fatihah buat arwah adik Dirang. InsyaAllah, syurga tempat adik kecil ini. 
Bidadari Syurga. Allahu Akhbar.

9 comments:

Ckin Kembaq said...

nangis........ ='(

Ckin Kembaq said...

lupa pulak..nak share ttg ni..tq naa...
p/s : sgt sedih sekarang.... +_+

Cik_Shiqah said...

ckin: nangislah jika itu mampu menenangkan kembali hati yg sdg keresahan. airmata itu juga anugerah driNya buat manusia. ^^

boleh. semoga bermanfaat buat semua.

p/s: tak mau sedih lama-lama naa ^^

Ckin Kembaq said...

Allah...lagi laju....tak tahan..........
Ya Allah...bantulah hambaMu ini....aku lemah ya Allah..................... =_=

Cik_Shiqah said...

ckin: waaa cik ckin. Jika hatimu berada dalam kesedihan yang amat. Ambil wudhuk. Dirikanlah solat sunat. Bacalah Al-quran. InsyaAllah, ketenangan akan datang dan kesedihan akan beransur hilang. InsyaAllah!

Cik ckin. yer, manusia memang lemah. namun pohonlah kekuatan kepada Allah. Merintihlah padaNya. Dia Maha Mendengar. InsyaAllah, dia akan tunjukkan jalan pada cik ckin. Huhuhu takmau sedih lama2. nanti saya pun sedih jgk. huhuh.

HARUS KUAT CIK CKIN!

Ckin Kembaq said...

inshaAllah...asal ckp, bergenang dah.............Allahuakbar!kerdilnya diri ini.........
berat jugak ujian yg menimpa ni.....
mmg merintih padaNya...takkan habis rintihan tu....asal igt, berlinang.....baru rasa dugaan...cuba mghadapi ni.... i need someone.......Allahurobbi........i need shoulder to cry....i need somebody to tell.......

p/s : maaf naa cik shiqah....hati ini bertambah2 sedih dan sangat hiba......................

Cik_Shiqah said...

sabarlah cik ckin. Allah sdg menguji kekuatan n kesbrn cik ckin skang ni. If u need someone, im here for you. InsyaAllah i will hear all your problems. But if don't, try to find those closest to u near there and tell her. someone who u believe. InsyaAllah, that may help.

p/s: takpa saya fhm. bykkan bersabar yer. Semoga apa jua masalah cik ckin slsai. saya hanya mampu doa di sini. Kuatkan diri dan hati ok :)

Iman Lurv Islam said...

Ujian tanda ALLAH sayangkan kita...ALLAH nk dengar rintihan kita...bila ada ujian, kita pasti lebih dekat denganNYA...

InsyaALLAH - kami selaku teman blogger akan mendoakan cik Ckin Kembaq...

p/s - Amin

Ckin Kembaq said...

Alhamdulillah cik shiqah..dah selesai dengan baik... Dia mendengar rintihan cik ckin...alhamdulillah..segalanya berjalan dengan baik dan makin bertambh baik dari sebelumnya....dan ianya sudah dilepaskan...terima kasih sebab mendengar...terima kasih naa....

p/s : kdg lidah hnya mmpu mgtakan sabar, sedangkan hati berkata tidak....Allah...tak mudah...tapi tak mustahil.... ^__^

utk Iman,
syukran..