Sunday, February 5, 2012

Bila Kita Sayang Kucing, Kucing Pun Akan Sayang Dekat Kita Juga. Sweet Kan?

Manja!


Assalamualaikum. Kucing, siapa SUKA dan SAYANG kucing? Aku tahu tak semua sayang kucing macam aku sayang mereka. Hehe gurau jer :D Kucing itu comel kan malah kucing itu juga haiwan kesayangan Rasulullah SAW tapi aku pelik dengan sikap sesetengah manusia yang suka mendera Si Comel ini. Dera macam mana tu? Ok, sebagai contoh macam ni lah. Kenyataan yang berlaku. Hurmmm~~

*******

Ada seorang makcik. Kucing ni selalu pergi rumah dia tapi dia ni memang tak suka kucing. Sekali entah benda apa yang merasuk, dia pergi simbah kucing tu dengan air panas. Tujuan, nak halau kucing tu. Boleh pula dia kata lepas disimbah kucing tu dengan air panas, "Hah baru kau rasa. Lain kali jangan datang rumah aku lagi, kan dah kena!" Allahu Allah, sedihnya. Nasib baik air panas tu jumlahnya sedikit. Alhamdulillah kucing tu selamat sampai sekarang. Alhamdulillah ^_^

*******

Kucing juga makhluk Allah, jangan didera begitu. Jika ada seseorang yang berani mendera kucing, maka berani jugalah dia menghadapi balasan yang akan diberi olehNya sama ada di dunia ataupun di akhirat. Balasan yang sangat berat. Sanggupkah dia? Allahu Akhbar. Allah itu Maha Adil. Setiap perbuatan ada balasan. Jangan ambil ringan.

Ingatlah hamba Allah yang disayangiNya sekalian, dalam sebuah hadis sahih Bukhari dan Muslim. Ibn Umar RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan dan minum sehingga mati kelaparan." 

Tiada sebab mengapa haiwan harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa sama ada kucing mahupun manusia. Renungkan-renungkan!

Marilah berkasih-sayang dengan kucing atau haiwan yang lainnya. Bila kita kasih kepada kucing@haiwan yang lain-lain tuh, hati kita akan jadi lembut dan selalunya orang yang suka dan sayang dekat kucing dan haiwan-haiwan yang lainnya, mereka seorang yang penyayang. So, jomlah jadi orang penyayang! Hehe :D

Dalam kenangan~


P/S: SALAM MAULIDUR RASUL 1433 HJ. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENCONTOHI SIKAP DAN TINDAK-TANDUK RASULULLAH SAW KERANA BAGINDALAH SEBAIK-BAIK IKUTAN DAN TAULADAN BUAT SETIAP UMAT ISLAM DI DUNIA. ^_^

6 comments:

-Sis- said...

huhu.. aku sedih sbb aku ta dpt nk syg kucing.
aku sedih sbb aku ta dpt nk belai, usap dan manjakan diorang.

tp kan,, kalo kucing tu mmg cari pasal kat kite.. eei, mmg rase nk sepak2 je..
tau, diorang takde akal. tapi... takpela. hehe^^

mesti ko rindu kat Manja gile2 kan?

Cik_Shiqah said...

Aula: takpelah, aku faham. walaupun kau tak dpt nak belai, usap n sebagainya, tapi dlm hati kau ttp sygkan diorang, pasti. kasih syg terhdp kucing itu tidak terucap dengan belaian semata-mata, pada pandangan dan perhatian pun dah mncukupi.

hahah aik? macam tu plk yer? kucing baiklah. kalau orang cari psl dgn dia, bru dia mengganas. Ada cara nak ajr kucing tpi bukan dgn sepak2 segala tuh. :) Itu mendera namanya. hehe ^^

mesti la. Aku akn ingat dia smpai bila2. wee~

Puan Besar Shag Yahaya said...

Rumah Shag penuh kucing jalanan mai makan. Smp cucu cicit pun berkampung depan rumah Shag. Ohoi~

nur rasyidah abdullah said...

kucing shiqah dah tak ada ke?

Cik_Shiqah said...

kak shag: wah bestnya! mailah satu :D

rasyidah: dah lama dah dia tkda.. :) skang bru teringat blik. huhu~

mia izzati said...

betoi tu shiqah..bukan semua orang suka kucing..kesiann sangat..saya syg kucen..walaupon geram dok membuang air merata2 tempat heeee