Adik:
Wahai kakakku,
Kenapa lemah sungguh kaum hawa itu?
Asyik berteman tangis dan sendu saja.
Kakak:
Wahai adikku,
Wahai adikku,
Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya.
Tetapi disitulah wahai adikku.
Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki.
Menjadi izzah yang paling gah.
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki.
Kerana sendu rayunya.
Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun.
Duhai adikku,
Lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata.
Adik:
Namun wahai kakakku.
Wanita itu fitnah dunia.
Kakak:
Pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi pada hambaNya?
'Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu
dan tutupkanlah auratmu'
Cuba adik nilai.
Pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesananNya?
Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal.
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya.
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya.
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya.
Kerana disitulah kehormatannya.
Bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-rijal dan An-nisa'
sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu!
Sesungguhnya yang beriman yang solehah itu lebih baik
dari ribuan lelaki yang soleh.
Adik:
Tapi kakakku,
Kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka merasa malu?
Kakak:
Wahai adikku sayang,
Al-Haya' (Sifat Malu)
Ada dalam diri setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insani.
Dan Al-Haya' itulah pakaian iman.
Pada diri wanita itu indah Al-Haya' sebagai pembenteng diri.
Namun!
Bila mana Al-Haya' itu lebur, imannya runtuh.
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya paranoid.
Merasakan diri belum cukup menarik.
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.
Namun adikku,
Wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka
dari perbuatan murahan itu.
Wahai adikku.
1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai-pandailah dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir.
Wahai adikku,
Janganlah adik gusar
tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
dan jangan engkau sekali-kali merendahkan dirimu.
Menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan
begitu tinggi martabatmu.
Semoga bermanfaat. Saya dapat dari video youtube.
Saya tulis di blog ini semula untuk bacaan saya sendiri dan
juga untuk bacaan awak semua.
Masih ingat lagi cerita tentang buah epal? ;D
Assalamualaikum.
2 comments:
Suke entry nieyh... :)
cukp bermanfaat...
bagus lah :)
Post a Comment