Friday, August 26, 2011

Biarlah.. Tak Perlu Difikirkan?


Dalam hati tertanya-tanya sendiri. Kadang-kadang tidak sengaja terlepas menjadi bicara lisan, "sampai bila nak jadi macam nih?" Berkali-kali perkataan tu keluar secara tiba-tiba. Penat otak fikir tapi akal ini masih sedar bahawa persoalan itu tiada jawapannya. Semua sudah ketentuan Allah dan hanya Allah yang akan tahu bila pengakhiran kepada semua persoalan-persoalan di benak fikiran. Aku hanya mampu sabar, sabar dan tetap bersabar. Itulah penawarnya. Tapi kadang-kadang 'sabar' itu umpama kata-kata semangat buat diri tapi hati? Haihh payah, aku juga manusia biasa. 


Pernah juga aku terfikir hikmah di sebalik semua yang terjadi. Aku cari hikmah yang bersembunyi dan berselindung di celah-celah kegelapan hidup. Maybe gelap itu tak sesuai tapi harus digantikan dengan suram. Hidup aku masih lagi disimbahi cahaya tapi cahayanya tidak cukup. Hahaha :D Semakin lama aku telusuri, semakin aku mengerti. Sangat banyak hikmahnya! Jika perkara itu tidak terjadi, mungkin aku masih lagi menjadi seorang insan yang jauh dariNya. Mungkin hidup aku seperti dulu. Tiada sebarang perubahan.


Perkara itu juga menjadikan aku seorang yang matang di usia yang muda belia. Haha mungkin? Aku dapat rasakan. Hati aku juga jadi macam batu. Contoh? Walaupun perkara yang sama berulang berkali-kali, tiada rasa yang bertandang di hati. Kosong! Tu saja :) Adapun hanya sedikit tapi akan hilang tanpa meninggalkan sisa pada keesokkan harinya. Pelikkan? Aku bersyukur kerana di anugerahkan hati yang sebegitu kerana sekurang-kurangnya kehidupan aku tidak terjejas seperti yang terjadi dalam novel atau drama yang selalu aku baca/tonton. Kehidupan aku masih bahagia bersama-sama insan yang menyayangi aku. Hahaha ^_^


Sesungguhnya ujian yang Allah turunkan ini banyak hikmahnya. Banyak mengajar aku tentang banyak perkara. Walau apa pun yang berlaku, sentiasalah bersangka baik dengan Allah kerana ujian itu tarbiyah daripada Allah yang sangat berharga dan bernilai buat manusia. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Bila pengakhirannya, hanya Allah yang tahu. Biarlah, tak perlu difikirkan. Semudah itukah? Ah! Allah sudah mengaturkan segalanya dengan baik dan sempurna. Hanya perlu yakin dan berserah kepadaNya. Tak perlu risau, Allah sentiasa berada di sisi =)


Penantian adalah satu ujian,
Tetapkanlah ku selalu dalam harapan,
Kerana keimanan tak hanya diucapkan,
Adalah ketabahan dan kesabaran menghadapi cubaan.



Sunday, August 14, 2011

Penangan Cinta Terhadap Manusia Memang Dasyat!




Assalamualaikum. Kadang-kadang dekat sekolah terdengar kata-kata orang yang mengatakan, "bertuah giler budak tuh dapat pakwe macam dia. Dah lah hensem and bla bla bla." Aku hanya diam dan dengar. Korang nak tau tak memang best ada pakwe nih. Bila nak ujian je, ada orang wish gud luck. Bila sakit, ada orang yang tolong jagakan. Bila ada pakwe, terasa diri nih selamat daripada bahaya. Itu kenyataan daripada mulut-mulut yang bercakap. -_________-



Eh nanti kejap yer. Aku rasa ada benda yang diorang lupa!



Kenapa perlukan pasangan yang belum sah jadi pasangan hidup untuk jadi pemberi semangat kita? Kalau kawan perempuan tak boleh yer? Kena berlainan jantina juga ke? Owh kalau bergayut malam-malam tu kira sweet lah kan, bahagia, hidup pun tenang je, gitu ek? Haih banyak lagi persoalan tapi malas nak taip. Mungkin hal ini terjadi sebab kita lupa satu benda, kita lebih ingat yang kebahagiaan terletak dalam tangan manusia walhal Allah sentiasa ada dekat dengan kita. Hanya Allah yang dapat meniupkan rasa ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar-benarnya dalam jiwa manusia. Sesungguhnya tiada seorang manusia pun dapat memberikan ketenangan dan kebahagiaan macam tuh even orang yang sangat korang sayang plus cinta tuh.



Nak tau? Bila pergantungan kita pada Allah kuat, kita duduk sorang-sorang dekat dunia ni pun kita dah tak kisah sebab kita akan kata, "Takpalah. Allah kan ada dengan aku." Cukuplah bagi aku Tuhanku. Di hati ini hanyalah Allah. Cahaya Muhammad pentunjuk bagiku. Tiada Tuhan selain Allah. Jangan ingat kita bersendirian dalam dunia nih. Walaupun takda orang yang nak kongsi sudah dan senang kita tapi Allah tetap ada untuk kita. Don't worry be happy. Allah sedia untuk mendengarnya. Pasti! Cuma perlu tadahkan tangan dan berdoa. 



Dan lagi. Kenapa perlu berbangga dengan maksiat? Realiti yang terjadi sekarang. Orang yang tak couple dikatakan ketinggalan zaman, tak laku-laku macam dalam lagu wali band tuh. Ngeh! Hey kamu yang berkata-kata tuh! Dengar sini aku nak cakap, orang-orang yang tak couple ni mereka telah terselamat daripada melakukan dosa-dosa zina. Zina tangan, zina mulut, zina hati, zina telinga dan lain-lain. Mereka yang bercouple tanpa cop sirim daripada JAIS memang amat-amat berisiko untuk terdedah dalam gejala ini. So kepada yang single-single dekat luar sana, ucapkanlah "Alhamdulillah, aku orang yang terpilih. DIA sedang menulis kisah cinta yang terbaik untukku." Status in a relitionship sangat tidak mendatangkan apa-apa makna andai hubungan itu akan melalaikan kita daripada jalan menuju ke syurga. Percayalah!!



Kita nih hanyalah seorang hamba. Kita adalah hak milik mutlak DIA. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua DIA yang tentukan. Kita merancang tapi yang menentukan adalah ALLAH. Percaya pada Allah yang jodoh kita akan datang juga. Jangan sia-siakan umur yang muda dengan melakukan perkara yang dimurkaiNya. Last but not least, Manusia tanpa cinta manusia, boleh hidup lagi. Makan pun boleh tambah tiga kali tapi manusia tanpa cinta Allah memang hidup hancur, musnah, berkecai! Jadi, sebelum mencintai manusia lain, cintailah Allah dan diri sendiri dulu =)




P/S: No couple before nikah. It will very sweet if you are couple after maried :D
Tulis entry ni untuk peringatan aku juga. Aku insan biasa, takut leka dan terlupa.
Nauzubillahhiminzalik!