Saturday, July 16, 2011

Nak Terus Mencari Atau Menjadi? Mana Satu Yer?


Assalamualaikum.

Kita selalu sangat sibuk untuk mencari, 
tapi untuk mendapatkannya bukan mudah. 
Kita juga selalu sibuk untuk mencari tapi bila dah jumpa, 
mudahkan untuk mengekalkannya? 

Jika kita bertemu dengan pasangan hidup dalam suasana usrah. Alhamdulillah. Personalitinya berjubah dan bertudung labuh / berkopiah dan berbaju melayu. Tapi mampukah kita untuk mengekalkan isteri / suami kita pada 'tanda aras' solehah / soleh seperti itu sepanjang meniti alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja. Dia mungkin diubah apabila pulang ke pangkuan keluarga. Dia mungkin akan diubah oleh banyak pengaruh lain dan sebab utama dia mungkin berubah bila dia memang nak berubah.

Mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan dalam sebuah rumah tangga dikekalkan dan dipertahankan jika si suami atau si isteri meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang pasangan mereka buat, jadi atau tak jadi? Mampukah? Bolehkah?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh / solehah, dan kita menemuinya dalam suasana semua lelaki / wanita nampak sempurna. Yer masa bercinta, dia lah superman, dia lah ultraman tapi siapa sangka selepas mendirikan rumah tangga, ultraman bertukar menjadi raksasa! Superman yang menyelamatkan bertukar menjadi superman yang membinasakan! HeHeHe.

Jika bahagia dan sempurnanya rumah tangga berdasarkan apa yang suami atau isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tiada kesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si soleh tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewat sangat menCARI si solehah tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Baru betul kan? Kerana bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah. Kerana si soleh dan solehah ini hanya insan biasa. Hanya seorang hamba Allah yang punya banyak kelemahan.

Kalaulah semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon dan kehidupan pun akan menjadi lebih mudah. Kita sendiri pun tidak bimbang untuk berumah tangga dengan seseorang walaupun tidak mengenali dia 100 peratus kerana apa yang perlu dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI bukan MENCARI. Lastly, kehidupan ini bukan seperti apa yang digarapkan dalam novel-novel cinta. HaHaHa ;-)



13 comments:

Mialia said...

hehe.. btol2.. mekaseh sbb wish cepat smbuh :)

Salsabila said...

:)


kan? kita tak sepatutnya mencari, tapi kita kena menjadi.

kalau kita hanya mahu mencari, akak nak cop orang tu awal-awal pemalas. haha.

jadi tak mahu, nak cari jeee tahu. mana aci kan?

inshaAllah semoga kita juga menjadi dik.

nice entri btw ^_^

mizuki-chan said...

like ! like !

Puteri said...

jom komen entry ni,
http://pu3cuterightnow.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html#comments

Anonymous said...

Assalamualaikum,menarik entry ni..:)
jika hati kita benar2 ikhlas menJADI hnya kerana Allah,InsyaAllah kita akan diBERI Allah dgn apa yang kita CARI..:)

Akmal Khalidah said...

kak shiqah :)

nice entry :D keep on writing .

Allah Maha Adil . He knows the best.

p/s : suka lagu tu ;D

Cik_Shiqah said...

@Mialia
takpe :)

Cik_Shiqah said...

@Salsabila
haha btol2.
stuju ngn akk.

insyaAllah, amin :)

Cik_Shiqah said...

@mizuki-chan
hehe trima kasih sdi baca yer :)

Cik_Shiqah said...

@Puteri
insyaAllah :)

Cik_Shiqah said...

@Anonymous
btol tuh! stuju2 :)

Cik_Shiqah said...

@Akmal Khalidah
suka ek? akk pun suka gak. ngee~ :D

Cik Aqilah Wardah said...

insya Allah, berusaha utk menjadi.... :)