Saturday, July 9, 2011

Sesiapa Terasa, Baca Ni


Assalamualaikum. Manusia itu tidak perlu menjadi sempurna untuk saling ingat mengingati, kan? Mustahil dan memang tak lah kan. Sifat sempurna tu hanya milik Allah SWT. Jika semua orang perlu ada sifat sempurna dalam diri untuk mengingati orang lain, mesti dunia dah kucar-kacir. Umat Islam berpecah-belah.

Kadang-kadang orang memperlekehkan kita sebab kita bagi nasihat. Bila kita cakap perkara yang baik-baik, orang merendah-rendahkan kita konon kita ni berlagak macam ustazah, terlalu banyak ilmu padahal diri nih baru sekolah menengah. Kadang-kadang suara hati dan halwa telinga terdengar-dengar bagai orang mengumpat dan mengata kita di belakang. Penuh dengan kesinisan. Tapi yelah kita sedar itu semua dugaan. Dugaan itu pasti datang bila kita sedang melakukan sesuatu perkara yang baik, kan? Jadi apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat tu betul dan benar.



Contohnya seperti situasi yang selalu kita hadapi. Kita sebagai kawan baik, mesti sayang dengan kawan kita kan tapi adakah cuma setakat sayang saja? Adakah kita ni betul-betul sayang dengan dia? Cuba tanya hati kita yang paling dalam. Kenapa kalau dia buat benda yang jelas-jelas salah di sudut Islam seperti couple, berpegangan tangan dengan bukan mahram, tak tutup aurat dengan sempurna dan banyak lagi, kita hanya biarkan dan terus pertahankan dia. Mungkin hati dia akan terguris kalau kita nasihat, tapi itu lebih baik daripada dia menerima azab di akhirat nanti.


Dan buat sahabat yang amat aku kasihi. Bacalah pesanan yang lahir dari hati nih!

Aku sangat sayangkan kau tapi aku benci bila kau dating depan aku. Aku menyampah bila kau berdua-duaan dengan orang yang bukan mahram kau. Aku meluat bila kau buat maksiat depan aku. Aku marah bila kau tak tutup aurat dengan sempurna. Aku sakit hati bila kau sambil lewa menjalankan perintahNYA. Aku sedih bila kau senang-senang melakukan kemungkaran walaupun kau tahu semua itu tidak harus dilakukan. Aku hanya benci dengan suasana dan keadaan itu tapi bukannya kau! Tolonglah jangan salah faham, kawan dan tolonglah terasa dengan nasihat kita nih walaupun sedikit dan buat lah perubahan.


Coretan Ikhlas,
Siti Nurashiqah =)


3 comments:

Akmal Khalidah said...

bagi mereka , benda tu dianggap biasa je.sedangkan benda tu terkutuk di depan mata Allah :)


apa yang kita boleh buat , doakan agar Allah bagi hidayah kepada mereka mereka :D insyaAllah kak :)))

Bella said...

@Akmal Khalidah

Btol333....
Semoga Allah membuka pintu hati mereka dan pimpin mereka kejalan yang benar... Amin...

ⒺⒸⒶⒽ said...

aku mintak maaf kalo aq ade wat muke kalo ko tgk ckp, x sedar .
aq mmg camtu.....