Friday, September 9, 2011

Allah Sudah Merancang Semuanya :)



“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”. 
(Surah An-Nur ayat 26)


Assalamualaikum. Seorang kawan pernah bertanya dekat aku, 

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Tapi kenapa ada perempuan baik bertemu lelaki yang sebaliknya. Contoh macam dalam cerita novel?"


Aku hanya diam. Merangka ayat untuk dibalas. Senyum pada dia dan cakap,

"Apabila Allah menjodohkankan lelaki yang bersifat bertentangan dengan perempuan baik itu, mungkin itu adalah dugaan daripada Allah untuk dia. Untuk menguji keimanan serta kesabarannya. Sama ada dia mampu atau tidak membawa lelaki yang jauh terpesong itu kembali semula ke pangkuan penciptaNya. Secara tak langsung, perkara ini boleh menjadi suatu kelebihan untuk diri perempuan tersebut sebab dia telah diberi peluang untuk berdakwah. Walaupun sepatutnya si suami yang menjadi pemimpin dalam rumah tangga."


Sampai disitu saja perbualan kami kerana kami terpaksa balik ke kelas. Huhu. Ok nak tambah sikit. Ambil sebahagian daripada isi artikel yang aku baca dari iluvislam.com.


“Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.”


Allah merancang, kita juga merancang namun perancangan Allah itu lebih baik. Yakinlah dengan DIA 
:) 


"Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." 
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

4 comments:

Kira Rose said...

i love your entry. :)

LIFE is SHORT said...

suka jugak :)

Ordinary Girl said...

its true shiqah.. i support you ^.^

Amelia said...

betul cik shiqah :) smua yg Allah takdirkan untuk kita ada hikmah.. kdg2 Allah nak uji kita