Sunday, January 1, 2012

Mulakan Tahun Baru Dengan Dosa Dan Maksiat? Astaghfirullahalazim!

Moga tindakan ini yang diambil oleh semua pihak
di tahun yang serba baru ini. Jom sama-sama memperbaharui
akhlak, hati, iman, dan niat ke arah yang lebih baik.
Strive for mardhatillah!

Tahun baru menjelang lagi.
Aku sangat kesal disini.
Melihat aksi manusia yang bersorak sana-sini.
Berseronok tanpa memikirkan dosa yang akan diperolehi.

Di dataran yang dipenuhi manusia.
Aku pandang dengan riak tidak percaya.
Umat Islam berseronok sebegitu rupa.
Lelaki dan wanita pergaulannya tidak terjaga.
Lagu kuat dipasang mencacatkan suasana.
Para wanita terkinja-kinja.
Lelaki perempuan menari-nari suka.
Semuanya porak-peranda!

Semuanya berseronok hingga lupa diri.
Sampai hilang rasa takut pada Ilahi.
Azab dunia dan akhirat terus dilupai.
Syaitan laknat terus menjajahi hati.

Mengapa semua harus begini?
Mana perginya akhlak insani?
Mana hilangnya agama di hati?
Mana terbangnya budi pekerti islami?

Sedarlah wahai manusia.
Hidup di dunia ini hanya sementara.
Mengapa perlu disambut tahun baru dengan dosa.
Mengapa perlu ditambah lagi dosa noda yang sedia ada.
Bukankah sudah berazam mahu menjadi lebih baik sikapnya.

Sedarlah wahai manusia.
Dunia ini sudah semakin tua.
Mungkin saja malam ini kamu soronok ketawa.
Tapi keesokan harinya kamu lihat semua menangis duka.
Waktu itu menyesal pun dah tiada guna.

Sedarlah wahai manusia.
Kita hanya menumpang saja di dunia.
Dunia ini milik Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Jika kamu ingin mengimarahkan dunia dengan dosa.
Pergilah hidup di planet yang lainnya!


CS: Malas nak ulas panjang-panjang. Tengok saja di stesen-stesen televisyen. Amat menyedihkan melihat situasi sebegitu. Manusia-manusia. Hurmmmmm~


Dan aku sangat suka yang ini!
Tahniah kepada semua yang terlibat :)


7 comments:

Ckin Kembaq said...

betul tu cik shiqah..di sini mercun dilempar ke langit untuk memeriahkan suasana, sedangkan mereka yang sedang bertarung dengan banjir pulak?dgn makanan yang tak cukup smua..Allahuakbar! macam2 hal.. tp siapa yang sedar?pemimpin?atau rakyat sahaja.?

Iffah Afeefah said...

terbaikla

kadang rase cm dorg ni xpnh sedar akn dosa

Mialia said...

xsuke smbutan knsert @ parti liar msa awal thun.. prlu k buat sambutan segaala? alu2kan tu mmg la, tp xyh kot bunga api sgala.. hehe

Akmal Khalidah said...

Sokong sangat! Terkinja-kinja kaum hawa semua tanpa rasa segan silu. Sedarlah, makin banyak tanda nak kiamat. Nauzubillah....

Nurul Nadiah Karim said...

tahun baru orang putih,diraikan gilang-gemilang.sambutan maal hijrah,hambar,tiada sokongan.manusia :/

Cik_Shiqah said...

ckin: hurmm btol tuh. ssh kalau hanya beberapa pihak saja yg sdr tapi pihak2 yg bsr kuasanya msh lagi lena dibuai hal2 duniawi semata-mata. huhu.

kak iffah: manusia~

mia: btol2. huhu.

akmal: dunia akhir zaman.

Cik_Shiqah said...

Nurul nadiah karim: hah sangat setuju! manusia akhir zaman ni, budaya barat diorang suka agung2kan. huhu sedih~