Wanita itu bunga.
Bunga yang cantik kelopaknya.
Bunga yang tumbuh mekar gembira.
Bunga yang harus dipelihara sebaik-baiknya.
Wanita itu bunga indah.
Tangkainya lembut senang patah.
Hanya tangan yang agamanya gagah.
Dapat memetik dan menjaganya dengan mudah.
Wanita itu bunga agama.
Bunga yang tinggi nilainya.
Rumput-rumput mahmudah sentiasa menemaninya.
Tanah yang dibaja akhlak muslimah pelengkap hidupnya.
Siraman air agama menyuburkan kualitinya.
Jika tiada layulah dia.
Wanita itu bunga megah sebenarnya.
Megah pada manusia-manusia yang bukan mahramnya.
Dia tidak akan memperlihatkan kelopaknya yang bersinar cahaya.
Hanya insan yang halal memilikinya.
Dapat melihat betapa indah rupa aslinya.
Wanita Solehah -
lahir dari pakej yang pelbagai.
Tiada jalan yang singkat
atau perubahan yang segera.
Ia suatu proses -
ada trial and error.
ada 'yes' and 'no'.
CS:
Menjadi wanita solehah itu tidak senang.
Tapi ia juga tidak susah.
=)
2 comments:
marilah kita menjadi wanita solehah... =)
tapi kadang-kadang nak istiqamah dalam perubahan itu yang payah.. =(
kak faaien: jom sama2 mujahadah! InsyaAllah, semua yg dilakukan krna Allah, Allah akn permudahkan. Yakin itu. :)
Post a Comment