"Aduh! Hari-hari makan roti berintikan kaya jer. Bosan betul!" Keluh Aiman. Digigit-gigitnya roti di tangan tanpa perasaan. Sedang dia duduk di tepi jalan sambil menikmati roti tersebut, matanya melihat sebuah situasi.
"Encik, tolonglah saya! Beri makanan sedikit pun tak apalah asalkan anak saya tak kelaparan." Rayu seorang wanita yang kelihatan comot kepada seorang penjual di tepi jalan. Di sisinya terdapat anak kecil yang kelihatan polos saja.
"Hah! Jangan nak mengemis dekat sini. Nanti semua pelanggan aku lari. Dah pergi sana!" Halau si penjual sambil melayang-layangkan tangannya ke depan.
Aiman yang melihat situasi itu hanya terkedu. Dipandang roti yang hampir habis di makannya. Dia mula bermonolog sendirian..
"Aku masih punya roti untuk dimakan tapi wanita itu? Sungguh aku manusia yang tak tahu bersyukur. Hanya tahu mengeluh saja. Haiihh walaupun hanya secebis roti, tapi itu tetap sebuah nikmat dan rahmat dariNya yang harus aku syukuri. Sekurang-kurangnya aku masih ada makanan untuk dimakan bukan seperti wanita tadi. Terpaksa menebalkan muka dan meminta-minta hanya untuk mendapatkan secebis makanan. Kau harus bersyukur, Aiman. Bersyukur!"
Aiman mula bangkit dari tempat yang dia duduki. Tangannya mula mengagau ruang poket seluarnya. Keluar dua keping wang kertas berwarna biru. Langkahnya dituju ke arah kedai tersebut lalu tangannya pantas mengambil dua keping roti. Setelah selesai semuanya, matanya melilau mencari kelibat wanita tadi.
"Yeahh itu dia!" Sorak Aiman perlahan. Langkah diatur. Sebaik saja sampai di hadapan wanita tersebut, dihulurkannya dua keping roti tadi. Ternyata wanita itu terpinga-pinga. Aiman senyum.
"Ambillah kak. Akak dengan anak akak tentu lapar kan?"
"Berapa harga roti ni dik, akak tak mampu nak bayar." Muram saja wajahnya.
"Takpe kak. Cuma doakan saja saya dikurniakan kesenangan di dunia mahupun akhirat. Itu pun sudah cukup memadai." Balas Aiman tenang.
"Terima kasih dik! Semoga Allah balas kebaikan adik dengan kebaikan juga, berlipat kali ganda. Amin!" Kata wanita tersebut dengan wajah ceria.
Aiman hanya senyum. Sungguh hatinya kini bagai ada satu perasaan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata tapi apa yang dia tahu, hatinya rasa PUAS! Puas untuk apa dia juga masih memikirkannya. Dia dapat merasai bahawa sungguh Allah masih sayang akan dirinya. Tatkala dia mengeluh, Allah kembali menyedarkan dia dengan situasi yang dilihatnya tadi. Allah masih lagi memberinya peluang untuk mengenal erti syukur. Alhamdulillah. Dan ternyata benar, berkongsi nikmat dan pemberian Allah dengan makhluk Allah yang lain sangat menceriakan hati dan menenangkan jiwa. Lapar yang dirasainya tadi seolah-olah hilang apabila melihat si kecil dan ibunya menikmati makanan yang dibelinya. Alhamdulillah Ya Allah!
Pandanglah ke bawah.
Untuk menyedari nikmat yang melimpah.
Pandanglah ke atas.
Untuk menginsafi amalmu yang terbatas.
Moga di situ nanti takut dan harapmu bersemi.
Kadangkala mahmudah tidak tercapai dengan amalan.
Tapi harus ditempa oleh kerikil ujian.
Seringkali kealpaan dan mazmumah diri.
Diperingatkan oleh kesempitan rezeki.
Sejauh mana kita mengasihi manusia.
Dibatasi oleh seutuh mana kasih kita pada Yang Esa.
Hitunglah kesyukuranmu.
Bukan kesukaranmu.
Kadangkala Tuhan menyempitkan.
Agar engkau tidak hanyut dalam kesenangan.
Kadangkala Dia melapangkan.
Agar engkau tidak terlalu dalam kesempitan.
Kadangkala Dia melepaskan engkau daripada kedua-duanya.
Agar engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain dariNya.
Rahmat Allah itu terbentang sangat luas.
Buat hambanya yang menagih kasih dan keredhaanNya.
Jadilah hamba itu.
P/S: Kenikmatan yang bertandang. Terkadang tidak dihiraukan. (Lepas dari pandangan) Dan bila hilang barulah dikesalkan. Pernah dengar? Itulah bait-bait lagu erti syukur yang dinyanyikan oleh UNIC. Lagu yang memberi inspirasi untuk menghasil cerita ringkas ini. Buat pengajaran kita bersama. Selain itu, izinkan aku berkata sepatah dua, huhu. Manusia itu tidak pernah puas dengan apa yang dia terima. Namun manusia, belajarlah untuk bersyukur walaupun apa yang diterima hanya sedikit. Sekurang-kurangnya kamu masih dikurniakan pemberian sedangkan manusia yang lain? Satu lagi, sebelum kamu mengeluh, lihat dulu manusia lain disekeliling kamu. Di situ nilailah, layakkah kamu mengeluh? Sama-samalah kita fikir yer :)
P/S 2: Abah aku hadiah kan aku empat ekor arnab! Alhamdulillah. Comel sangat-sangat. Nanti ada masa, aku buat entry tentang mereka berempat yer. Hehe :D
Wassalam,
Ilaliqa'.
Wassalam,
Ilaliqa'.
5 comments:
Manusia, memg mudah lalai. Dah diberi nikmat oleh DIA pon, masih tak sedar akn semua tu :)
bile kta rasa kita susah rmi lagi yg susah jdi bersyukur je la dgn nikmat yg dikurniakan :)
Rezeki Allah sgt meluas..
dan bersyukurlah kita masih diberi kesempatan untuk menikmati kesenangan..
ada hamba-Nya masih lagi dalam kekurangan.. =(
~wah.. ada arnab.. bestnya... =)
kalu rasa diri susah, ingatlah ada lagi yang lagi susah... +_+
p/s : ramai lagi yg hdup dlm kekurangan...tp mereka tidak mengeluh..malah bersyukur....
husnina: insan bergelar manusia. kadangkala terlepas pndg dgn semua tu. Manusia hanya tahu mengeluh dgn apa yg tiada dlm hdp. Bukan lihat apa yg sudah ada dlm kehidupan mreka.. ^^
mia: yer. jika kita susah, fikirlah masih ada org yg lgi ssh drpd kita. disitu, rasa syukur akn bertamu dlm hti. InsyaAllah :)
Kak Faaein: betul3. harus ada rasa bersyukur jika senang menyapa khdpn. Dan jgn dilupa pada org ssh. hrus bantu membantu supaya sama2 menikmati rezeki yg dikurniakan olh Allah. Lebih indah kan? :)
p/s: haha boleh thn best la. :D
Cik Ckin: p/s: Itulah sebaik-baik manusia. Sentiasa bersyukur dgn apa yg dikurniakan oleh Allah. :)
Post a Comment