[SUMBER] |
5 Mei 2012 - Persandingan
Selamat pengantin baru,
Semoga kekal abadi bahagia,
Ke anak cucu sentosa,
Murah rezeki..
Riuh rendah di luar rumah. Lagu kahwin berkumandang dengan gilang gemilang. Sungguh meriah. Di hadapan rumah, dua mempelai sedang diraikan. Menatap senyuman di wajah raja sehari, oh nampak sangat mereka sedang berbahagia. Indah sungguh bila menatap wajah orang bahagia, rasa diri ini pun turut sama bahagia dan terbang di awangan. Hehe :D
******
4 Mei 2012 - Akad Nikah (Imbas Kembali)
"Aku terima nikahnya ___________ dengan mas kahwin _________ tunai!"
"Sah!"
"Sah!"
Pengantin perempuan meraup muka lega begitu juga dengan pengantin lelaki. Ayat keramat itu sudah dilafazkan maka sah lah pasangan itu menjadi suami isteri. Bacaan doa dimulakan. Aku mengaminkan tapi pada masa yang sama, aku teringat sesuatu. Di sebalik lafaz aku terima nikahnya, sungguh banyak makna dan tanggungjawab yang tersirat dalamnya.
Lafaz akad tu nampak aje senang nak cakap kan? Tapi inilah erti sebenarnya:
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung sepenuhnya, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku. Kalau aku gagal maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk ke neraka dan aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku."
Sungguh besar makna daripada lafaz itu kan? Jadi, kepada para suami dan bakal menjadi suami, berpegang teguhlah dengan makna yang diperkatakan. Lafaz itu bukan sekadar lafaz semata-mata tetapi lafaz itu perlu dihayati. Renung-renungkanlah kaum Adam semua. :) Kamu semua insan terpilih untuk membimbing kaum Hawa yang bakal menjadi isterimu kelak. InsyaAllah. ^^
Akad nikah dilakukan pada waktu malam. Selesai akad nikah, tok kadi ada berbicara sedikit. Buat aku rasa terharu. Melebih betul aku ni. Err..
"Saya nak selepas akad nikah ini, pengantin perempuan salam tangan dan cium ibunya, bapanya, ibu mertuanya dan bapa mertuanya. Selepas itu barulah pengantin perempuan salam tangan suaminya. Semoga pernikahan ini diberkati olehNya dan diredhaiNya sepanjang hayat kedua-dua pasangan kerana apabila ibu bapa memberkati, maka Allah juga akan turut memberkati. Jika ibu bapa redha, maka Allah juga akan redha."
Maka berlakulah adegan-adegan yang penuh emosi. Arghh biasa la tuh kan? :)
Dalam hati aku mempersetujui kata-kata tok kadi. Yer memang restu kedua-dua ibu bapa sangat penting. Tanpa restu mereka, mungkinkah perkahwinan yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhirnya? Mungkin ya dan mungkin tidak. Hurmmm~
Sekian saja laporan daripada saya!
Wassalam,
Ilaliqa'.
******
P/S: Selamat pengantin baru, Kak Lia dan suami. Moga berbahagia hingga ke syurga! :)
P/S 2: Ramai orang kahwin tahun ni. Moga berbahagia juga buat anda semua yang bergelar pengantin baru. Abang aku pun nak bertunang bulan 8 ni, InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan dan semoga Allah redha.^^
P/S 3: Selamat hari jadi Nur Syazwani bt Zulkifli. Moga berbahagia selalu di samping keluarga tercinta dan berjaya di dunia dan akhirat. I Love You, beb! :D
P/S 4: Selamat hari jadi buat Adam sayang. Sudah setahun umur kamu ya. Cepat aje masa berlalu. Moga jadi anak yang soleh dan takmau nakal-nakal ek! Sayang Adam. <3
6 comments:
insyaAllah bercinta lepas kahwin itu lebih sweet ^-^
nak share : http://denakamarulbahrin.blogspot.com/
HH: Itu sangat btul, kak. ^^
p/s: yeahh saya dh tgok. sangat sweet kan? hehe semoga pernikahan mereka kekal hingga ke syurga. Amin! :)
ermm bestnye kalimah
hurm, kahwin? pergh, lately baru hbs layan Dalam Mihrab Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2, dan mcm2 lagi la (tak terkecuali filem yang sgt mengecewakan 7 petala cinta)...sungguh undah gerbang pernikahan itu jika berlandaskan Islam...
bila umur bertambah, jadi makin cuak & takut...memikirkan diri ini sudah boleh kahwin, tapi bila cermin diri balik? erkkkk...bersediakah?
hanya mampu berdoa smoga ALLAH hilangkan fikiran2 buruk tentang kahwin ni & menyediakan jodoh yg terbaik buat kita semua...hahaha....
Amin Ya Rabb....
Tergelak baca part "Sekian saja laporan dari saya!" Hehe :D
*cough* Erti sebenar akad nikah tu. Err :/ Memang besar makna dia!
Iffah: hehe ;)
****
Iman: betul2. setiap perkahwinan yg dibina berpaksikan cinta Tuhan itu pasti sgt indah. Itu Cinta Kelas Pertama tak silap saya.. Bertuah sungguh ssiapa yg dpt membina cinta kls pertama trsbut..
InsyaAllah rasa sedia nak kahwin tu akan muncul dlm hati apabila sudah smpai masanya. Yg pnting pd masa skang ni lah, kita kena persiapkan diri utk mnjdi yg mnusia yg lbih baik dn soleh/solehah.
kahwin itu sgt indah dn best sbnrnya jika dibina ats niat yg btul dn cara kedua-dua psngn itu bakal melayarinya. haha.. fikir yg baik2 aje yer sbb saya rasa khwin tu bnyk kebaikan dri keburukan.
p/s: takpe2. saya doakan iman cepat2 kahwin! Amin.. :D
****
Husnina: haha mcm pembaca berita pulak yer? :D
^_^
Post a Comment