Di hadapan bangunan sekolah itu, mata aku terpaku menyaksikan satu adegan. Seorang bapa yang dikejutkan (buat suprise) oleh anak kecil perempuannya sendiri yang baru habis sesi persekolahan. Kedua-duanya tersenyum dan aku juga begitu. "Sweet!" Reaksi mulutku. Namun hati ini terasa. Cemburu? TIDAK. Sedih? MUNGKIN HANYA SEBESAR ZARAH. :')
Jasadku masih statik di tempat yang sama namun fikiranku melayang entah ke mana. Berfikir dan terus muhasabah. Tidak bersyukurkah aku? Apa lagi yang aku tidak cukup? Soalan yang tiada jawapan. Disaat hati sedang berperang dengan perasaan sendiri, iman dan akal beri penyelesaian yang bernas kepada diri. Mendamaikan hatiku semula.
Monologku kepada diri sendiri,
"Mengapa harus dibandingkan kehidupan kau sendiri dengan kehidupan insan yang lain. Mengapa kau perlu memandang negatif dengan kehidupan sendiri. Mengapa kau harus merasa diri tidak bertuah dan kurang disayangi. Tidak perlu semua itu. Allah itu Maha Adil, setiap perkara yang diberikanNya kepada kau sudah memadai sebenarnya. Kau cuma harus buka mata hati dan nikmati apa yang ada di depan mata.
Allah itu Maha Penyayang. Tidak cukupkah kasih sayangNya yang diberikan kepada kau? Melimpah ruah rasanya kasih sayang yang Allah SWT tunjukkan kepada kau. Jangan kau cakap diri kau kurang kasih sayang kerana itu semua tidak benar! Allah masih tidak jemu menyayangi diri kau walaupun ada 'insan' yang tidak lagi menghiraukan kewujudan kau.
Kau merasa kau kurang itu dan ini tapi hakikatnya masih ramai lagi manusia di luar sana yang lebih kekurangan daripada kau. Jadi mengapa kau harus mengeluh dengan nasib kehidupan sendiri. Arghhh hidup itu indah sebenarnya dan ujian juga indah. Kau tolonglah bersyukur!"
Aku terus berlalu dari situ. Insan yang aku tunggu sudah datang. Assalamualaikum.
NoteForMySelf : Life is simple, don't make it complicated. Just move on you legs and life! Strive for His Mardhatillah and lead a happy life with pleased, grateful and patient.
NoteForMySelf 2 : Kau itu Aku dan Aku itu Kau #buatbuatlahfaham
CurrentListening : [Nazrey Johani - Nikmat Ujian]
Wassalam.
Ilaliqa'.
9 comments:
terus kuat dalam apa jua dihadapi.. yakin la Allah hadirkan sesuatu pada kita sama ada ianya suka mhupun duka sgalanya penuh hikmah yg tersurat, tersirat, cpt mhupn lambat.. bersyukur kita masih diberi nafas meneruskan kehidupan.. usah m'mikirkan kelemahan.. think +vely :)
Salam Ramadhan yg bakal menjelang tiba ;)
Sea Lavender: InsyaAllah. Syukran ukht ats kata2 nasihat yg diberikan. :) Salam Ramadhan kembali! :) Moga bulan ramadhan yg bakal tiba ini menjadi pendorong untuk kita menambahkan amalan dan ibadah kita yer.. ^^
makin lama kan..makin comel blog cik_SHIQAH ni hehe :)
ya..setuju sgt dgn apa yg dinyatakan Sea_lavender tu.
#h i d u p i n i i n d a h j i k a b e r s a m a ALLAH SWT ^^
Kak Nazihah: haishh akk ni.. mana ada lah.. blog akk lg comel kot. hee~ :)
saya juga brpndpt sbgitu..
#b e t u l t u h ! ^^
la tahzan dik, la tahzan innallaha ma'ana.
apa yang Allah kasi, semuanya yang terbaik untuk kita, walau kita rasa benda tu tak terbaik pun.
:')
cause Allah know while you know not. kan? :')
Kak Husna: :') :') :') Allah punya banyak cara utk tunjukkan kasih sygnya kan.. syukran kak husna.. :)
syukur apa adanya..
WWK: alhamdulillah..
sokong "monolog" tuh...kalo tak silap, ia adalah sifat qanaah kan? berpuas hati dgn apa yang telah ALLAH berikan....satu sifat mahmudah yg patut kita tanamkan dlm diri kita....
say ALHAMDULILLAH....
Post a Comment