Tuesday, December 25, 2012

1001 Cerita Yang Tersimpan



Assalamualaikum. Lama betul diri ini menghilang. Dalam kepala nak cerita semua benda tapi masa tidak mengizinkan. Terlalu sibuk dengan hal dunia yang kadang-kadang memeningkan kepala aku juga namun tanggungjawab tetap harus dilaksanakan dengan baik. Biar Allah sayang, manusia pun sayang. Betul tak?

Firstly, abang aku yang pertama, Abdul Malik dan pasangannya Noorul Aisyah telah selamat menjadi suami isteri pada 25.11.2012. (Ahad) Tahniah kepada aku kerana telah mendapat seorang kakak ipar. Hehe~ Alhamdulillah aturcara majlis berjalan dengan lancar walaupun cuaca panas terik. Abang aku dengan bangganya melafaz akad sebanyak satu kali sahaja. Dan! Anda semua dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan (kenduri kahwin) belah lelaki yang bakal diadakan pada 30.12.2012. (Ahad) Sesiapa yang nak hadir silalah PM aku ok :D Untuk pasangan, semoga berbahagia hingga ke syurga. Saling melengkapilah antara satu sama lain. Semoga baitul muslim kalian akan sentiasa diredhai, diberkati dan dirahmati olehNya. InsyaAllah, Amin Amin Ya Rabbal Alamin! ;)

Pasangan pengantin baru ;)
Secondly, kalau dulunya aku dan keluarga aku menetap di Kuala Lumpur namun kini kami telah menetap di Bagan Tambang, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang. Sedih juga kerana harus meninggalkan tempat jatuh dan bangun, lebih-lebih lagi mak aku dah tak dapat mengasuh Adam dan Marissa. Lagi lah sedih! Tapi apa nak buat, itulah takdir hidup aku. Aku terima aje kerana pasti ada hikmah di sebalik penghijrahan aku di sini. Semoga Adam dan Marissa tidak melupakan aku. Sentiasalah ingat kenangan kita bersama yer sayang-sayangku. T_T 

Thirdly, walaupun sedih tapi aku gembira juga sebenarnya. Rumah baru aku ni dekat sangat dengan laut. Hari-hari boleh pergi sebab laut tu belakang rumah aku aje. Syok weyh! :D Meh layan gambar ni :) Mula-mula jakun la juga kan, sebab rumah sekarang dekat dengan laut. Yelah orang tinggal KL, nak pergi laut pun susah. (^_~) BTW, cantik kan permandangan dekat sini? :)






Lastly, apa yang membuatkan lagi best tinggal di kampung ini ialah sangat dekat dengan saudara mara. Mak Ngah dan Pak Ngah tinggal sebelah rumah aku. Mak Long dan Pak Long tinggal sebelah rumah Mak Ngah dan Pak Ngah. Wah meriah sungguh lah! ;) Dan yang paling penting lagi, ada budak comel yang bernama Noor Balqis Safiya. Cucu Mak Ngah dan Pak Ngah dan anak kepada Kak Ina dan Abang Helmie. Dia pun tinggal kat sini juga. "Acu! Acu!" Itulah panggilan yang dia berikan kepada aku. Comel kan? Takdalah nampak tua sangat. Bergaya lagi ada! :p

Noor Balqis Safiya a.k.a Qiqis


Itu sahaja cerita untuk hari ini. Semoga terhibur. Kalau nak diikutkan banyak lagi cerita yang nak diceritakan. Yelah! 4 bulan lebih tak update entri baru. Tapi kita cerita lain kalilah. Melayan blog, satu kerja tak jadi. Assalamualaikum semua dan selamat pagi! :)

7 comments:

Diya Hanun said...

wahhh..dah x dok kesuma lg ke?

Anonymous said...

Cik Shiqaaaahhhh!!! Rindunya dekat awak! *excited*

Hehe :D Tahniah buat mempelai. Sweet je tgok kak ipar tu. Welcome back cik Shiqah~ :)

sea_lavender said...

selamat pengantin baru buat abg awk dn kakak ipar :)
wah da pindah ye.. penang? hee kte duk penang ~~ selamat datang ke penang.. tentu ada sesuatu yg menarik ble penghjarahn d tempat baru.. moga segalanya baik2 sahaja.. lama tk singgah sini~~

Anonymous said...

wah , ingatkan tinggalkan dunia blogger . bertuahnya rumah dekat dengan pantai ^^

Cik_Shiqah said...

Fardiyah: Yup. Dah tak duduk kesuma :)

Cik Ninja: Yerr!! haha RINDUUUUUU jgk sama awak :) sweet la juga. haha yup welcome back to me.. Thanks husnina ;)

Sea_lavender: terima kasih. Itulah pasti ada hikmahnya. Tulah, harap yg baik2 sje yg terjadi. hehe insyaAllah, amin!

Kay: wah tak sanggup rasanya nak tinggalkan dunia blogger. Cuma berehat sekejap je. haha ;D Hehe alhamdulillah. ^^

Sis said...

wuu~ tetibe rase sedih yg hang dah tadak kat sini.. T__T
keep in touch, k?

Cik_Shiqah said...

Aula: insyaAllah. jgn sedih2 :)