Tuesday, December 25, 2012

Cerita Kucing Jalanan


Makan di kedai makan. Nampak seekor kucing, berwarna oren, bunting. Kelaparan. Melangut (dongak) di satu meja yang dipenuhi dengan manusia-manusia yang juga kelaparan. "Meow, meow" Beribu kali dia mengiau, tapi manusia di situ buat tak endah. Sedih, kesian, geram, marah. Semuanya bercambur baur. Tiba-tiba menu yang di pesan sampai. Ikan siakap tiga rasa, telur dadar, tomyam campur dan nasi putih. Simple saja. Rasa kesian menggunung di hati. Aku panggil kucing yang bakal menjadi mak itu lalu aku berikan dia kepala ikan siakap yang aku pesan tadi. Dia datang dan makan dengan rakus. Kesian, mesti sangat lapar lebih-lebih lagi dia tengah bunting. Licin dia makan! Tiada satu sisa pun tinggal. :'(

Apa salahnya kita berkongsi nikmat makanan yang Allah berikan kepada kita kepada makhluk Allah yang lain. Dia tak minta banyak, cukuplah sekadar perutnya diisi dengan sedikit makanan. Kenapa kita kedekut sangat? Siapa yang kurniakan rezeki? Allah kan. Jadi kenapa kita kedekut? Pernah dengar tak ayat, "orang yang memberi walaupun nilainya sedikit, Allah akan lipat gandakan apa yang dia beri itu dengan nilai yang lebih banyak." 

Malas nak cakap banyak-banyak. Allah kurniakan akal dan fikiran untuk berfikir. Jadi fikir-fikirkan lah yer. Akhir sekali, Semoga kita semua menjadi manusia yang pemurah dan berperikemanusiaan. Amin! Assalamualaikum semua dan selamat malam (^_^)

Renung-renungkanlah :)


7 comments:

Kay said...

^^

Arol Mubin said...

Arol pun selalu alami situasi nie. Ada juga jenis manusia yang tak nak berikan makanan, lepas tue disepak pula kucing tue. Geram!

Rasa sebak sangat bila baca ayat dalam gambar tue. :'(

Sis said...

tapii,, aku takut dgn kucing! camne? >,<

Cik_Shiqah said...

Kay: ;)

Arol Mubin: Huhu nasib kucing jalanan. T_T Apa salah mereka hingga dilayan sebegitu rupa.. Mereka cuma mintak makanan sdikit je. Itu pun nak berkira. Jangan kedekut utk berkongsi rezeki, takut nnt Allah juga kedekut dgn kita. Kalau taknak bagi pun, tak payah lah nak sepak bagai. Cuba kalau dia yg kena sepak?? Teruk betul perangai sesetengah manusia tuh.. =.= moga mereka dikurniakan hidayah. Amin..

Aula: hurmm kau bagi je makanan kat dia. Dia tak mkn kau pun.. hihi :D

sea_lavender said...

Setuju2x berkongsilah walaupun sedikit berperikemanusiaan la kan.. kte takut kucing tapi kalau kucing meow2 kte bagi gak heee~~

Mialia said...

bagus kak shiqah :) sy pon dulu slalu jugak bgi kucing mkn.. xde mslah pon.. xperlu la nk tndang2 kalau di bgi mkn.. bukan kita ni tak mkn stahun pon kn ^__^

Cik_Shiqah said...

sea_lavender: Haha baguslah. semoga kebaikan awk pd mereka dibls oleh Allah SWT :)

Mialia: Hai dik! lama tak tgok kamu. hehe :D huhu betul2! :)