Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013


Alhamdulillah. Masih diberikan kurniaan nyawa untuk diri ini merasai pagi 1 Syawal. Lalu terfikir sejenak, sepanjang berada di bulan Ramadhan, apakah aku sudah benar-benar mengambil dan menggunakan faedah yang dikurniakan dalam bulan Ramadhan dengan sepenuhnya? Jika tidak, maka akulah insan yang paling rugi. Semoga kita semua diberi kesempatan lagi berjumpa dengan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat. In shaa Allah, amin!

Berbalik pada cerita raya. Suasana beraya di kampung lain benar dengan bandar. Buat pertama kali aku beraya di Pulau Pinang sebagai penduduk tetap. Pertama kali juga beraya sebagai penduduk kampung di situ. Sebelum ini dikenali sebagai pendatang aje. Hehe~ Semalam, riuh suasana kampung. Bunyi mercun sana sini. Bak kata kakak aku, "macam nak berperang!" Hanya boleh tersenyum. Hai dulu pun kita macam tu juga, teruja nak main bunga api, mercun bola. Sekarang pun teruja juga nak main bunga api, tapi tak ada kesempatan. Bunga api semua dikhaskan untuk kanak-kanak sahaja. Kami ni? Hanya mampu melihat. Sedih sebab tak dapat main, tapi melihat pun dah mampu menimbulkan rasa keseronokan. ^_^

Pada pagi 1 Syawal ini, saya dengan seikhlas hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini dan saya ingin memohon keampunan jika melakukan kesalahan yang tidak disengajakan mahupun disengajakan. Maafkanlah dengan setulus hati tanpa tinggalkan apa-apa kesan lagi di sanubari. Semoga ukhwah yang terjalin berkekalan hingga ke akhir hayat. In shaa Allah, amin!

Salam Aidilfitri,
Cik Shiqah

2 comments:

Wan Fauzi™ said...

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin kepada seluruh muslimin & muslimat....

Nor Azimah Ali said...

salam ukhwah dr makcik azimah, ibu kepada Aishah Humairah shukor, ingat Aishah tak? :)