Friday, August 18, 2017

JANGAN LUPA!


Assalamualaikum semua. Jumpa lagi kita hari ni. Baiklah, sebenarnya post sebelum ni dan yang sedang aku tulis ni, hanya menggunakan handphone vivo jer. Sangat selesa untuk berblogging. Hehe 😁

Sememangnya banyak dugaan dalam kehidupan. Perjalanan hidup kita ni tak pernah lancar. Pasti ada jer sesuatu yang akan buat kita terhenti dalam perjalanan. Buat kita lelah mental dan fizikal. Tapi untuk apa semua tu? Supaya kita kuat, matang dan sentiasa bersyukur.

Aku tahu. Perjalanan hidup aku ni ramai insan-insan yang membantu untuk meringankan beban. Pertolongan insan-insan ini akan aku kenang sampai bila-bila. 

Pernah tak kau rasa, kau dah buntu sangat nak cari solution untuk masalah kau, tiba-tiba ada tangan yang hulurkan bantuan dan pap! Masalah kau selesai. Alhamdulillah, hanya Allah yang dapat membalas jasa orang-orang sekelilng aku. Betullah, Allah pasti menghantar pertolongan tepat pada masanya. Allah menolong hambaNya ini dengan menghantar insan-insan disekeliling aku. Alhamdulillah 😢

Terima kasih family (Mak, Abah, Abang2 dan Kakak) serta insan-insan yang hebat hati dan pekertinya kerana banyak membantu untuk memudahkan urusan aku. Mereka semua bertungkus lumus untuk aku. I'm touched and sad at the same time 😢

Harapan mereka semua hanya mahu lihat aku berjaya dan banggakan mak, abah serta seluruh keluarga. In shaa Allah, akan aku tunaikan harapan itu. Moga Allah beri kekuatan supaya aku dapat laksanakannya! May Allah ease my journey, aaminn 😊

Oleh sebab itu juga aku sering berkata pada diri sendiri, "Kau disini kerana usaha orang sekeliling kau untuk lihat kau berjaya. Kau kena laksanakan! Jangan pernah lupa semua tu dan jangan main-main. Balas pertolongan mereka dengan kejayaan kau yang paling besar!"

Aku makin bersemangat, rajin dan bersungguh-sungguh sebab semua ni! Lets do this, Shiqah! 💪💪💪💪

Tulusly,
Cik Shiqah 💞

2 comments:

Nor Azimah Ali said...

Salam syiqah, moga sihat dan dimudahkan semua urusan yea.

Sedang bercuti mcm Aishah ke? Aishah kerja semtara kt satu Taska, cuti panjang kan.
Selamat meneruskan perjuangan.

Farhana Zukri said...

betul tu, kita berjaya sebab pertolongan orang yg Allah hantar :) all the best in whatever you do