Wednesday, August 16, 2017

Veterinarian To Be

Assalamualaikum. Hai semua pembaca blog! Dah lama tinggalkan dunia blog tapi blog ni tetap dalam hati. Okay secara keseluruhannya, aku dah berjaya habiskan program matrikulasi sesi 15/17 dengan jayanya. Aku student matriks dua tahun dan aku bangga! Akhirnya keluar matriks dengan pngk yang berjaya. Hehe Alhamdulillah!

Alhamdulillah, result upu untuk kemasukan september pun dah keluar pada 3 Ogos 2017 tepat jam 12PM. Memang saat-saat yang mendebarkan sampaikan tidur pun tak lena. Alhamdulillah, aku dapat pilihan pertama dalam upu. Aku bakal bergelar pelajar UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN dan mengikuti program DOKTOR PERUBATAN VETERINAR. Alhamdulillah atas segala rezeki yang Allah kurniakan. Memang itulah impian aku dari dulu lagi. Nak jadi veterinarian @ doktor haiwan. Doakan aku berjaya yer semua 😄 Faktanya, kejayaan aku ini pastinya juga atas sebab doa ibu bapa, pensyarah matriks dan sahabat semua. Terima kasih!

Hakikatnya, perjalanan ini baru saja bermula. Doakan aku survive dengan jayanya. 5 tahun pengajian yang pastinya banyak onak dan duri. In shaa Allah, aku akan berjaya hadapinya dan menjadi doktor yang merawat haiwan kesayangan hampa semua okay. Dan pastinya merawat haiwan-haiwan jalanan juga. Itulah matlamat aku. Moga Allah permudahkan semuanya, Aaminn 😊

So aku akan berhijrah daripada Pulau Penang ke Kelantan dalam masa kurang daripada 19 hari lagi. Semuanya akan bermula pada 5 September 2017 dan masa tu amat pantas berlalu. Doakan aku baik-baik saja ya. Ada masa, aku update lagi! Oh ya, nanti aku share pengalaman masa sesi temuduga untuk program Doktor Perubatan Veterinar di lain post yer, In shaa Allah.  

Vet To Be,
Cik Shiqah 🌸


2 comments:

aff said...

wow..congrats dear !! :D

Amalchan said...

waaah tahniah cik shiqah!! Goodluck masuk uni nanti! :)