Monday, September 13, 2010

Kami kembar :D

Assalamualaikum semua! Selamat beraya! Tapi jangan beraya tak hingat dunia. Tak baik itu. ish2 :D 
Ok nak cerita sikit. Benda ni berlaku beberapa hari selepas raya. Lepas beraya dekat rumah saudara mara, saya dengan family singgah la dekat satu mall ni.Tak taulah mall apa orang panggil. LUPA SUDAH! hehe. Waktu mak tengah beli barang-barang, minta lah 4.00 hinggit nak beli aiskrim dekat situ. Harga aiskrim tu 3.50! Mahal gilak harga dia >.< Harga aiskrim corneto pun tak semahal itu. Huhu.

Mak pun bagilah duit kepada anak kesayangan dia ni.ececece :D Pastu saya pun pergilah dengan kakak. Dia mesti kena ajak sebab kami bagaikan isi dengan kuku. TAK BOLEH DIPISAHKAN! Haha :)
Bila dah sampai tuh pilihlah perisa apa nak letak dekat kon aiskrim tuh. Saya nak semua coklat but kakak saya tuh nak campur-campur.So berlaku lah adegan gaduh-gaduh manja dekat depan kedai aiskrim tuh. Haha. Dok gaduh-gaduh tu tiba-tiba ada seorang pakcik ni tegur kami. Dia cakap, "Kembar ke?" saya dengan kakak senyum-senyum je. Pandailah pakcik tu nak fikir. Hehe. Akhirnya kami pun pilih je perisa coklat. Kami sehati sejiwa :)

Dah selesai beli aiskrim tuh kami ceritalah dekat mak pasal benda tuh. Mak kata dekat kitaorang balik, "Cakaplah memang kembar betul." *buat muka biasa*  Saya dengan selambanya cakap "Alah pakcik tuh takda rezeki nak tahu.hahahaha." Mak saya pandang je kami dari atas sampai bawah tetiba mak kami cakap baju dengan tudung yang kami pakai waktu tuh pun sama. Then kitaorang tengok baju masing-masing! Huwaa tak perasan sudah. Tapi tak sama kot sebab corak je sama colour baju jauh berbeza. Tak sama kan? Tak sama kan? hehe. Tudung tu memang sama lah. >.<

Itulah cerita di hari raya. Panjang bebenor hah! Akhir kata dariku untukmu. I LAP YOU MY KEMBAR! c(: