Assalamualaikum. Minggu nih banyak orang yang nak bertunang dan berkahwin tapi aku taknak cerita tentang mereka tapi nak cerita tentang baju mereka! Cuba kita tengok yer, baju pengantin perempuan mesti ketat-ketat kan? Selama aku pergi ke majlis perkahwinan, aku tak pernah tengok baju pengantin yang longgar. Paling mengejutkan aku, orang yang tahu akan hal ini salah pun apabila mereka berkahwin, baju mereka pun boleh dikategorikan sebagai ketat tapi tak semua hanya kebanyakan aje macam gitu. Bila aku tengok, aku macam Erk? Apa dah jadi? Hurmmm.
Walaupun mereka ini bertudung tapi ketat tetap ketat. Terutama dekat bahagian punggung, pinggang dan kadang-kadang baju tu transparent dan pastinya akan menampakkan warna kulit. Bagi yang tak bertudung, nampak putih aje bahagian atas dada (tumpuan pandangan lelaki) Kadang-kadang ada yang bertudung pada hari-hari biasa tapi bila hari persandingan tudung tuh entah terbang pergi mana.
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka ialah:
a) Alah sekali seumur hidup. So takpelah pakai seksi-seksi macam nih.
b) Alah sekali je. Dosa pun dosa sikit je. Dosa kecik. Lepas kahwin
nanti boleh minta ampun.
Amboi senangnya cakap! Tidakkah mereka tahu bahawa mereka mula-mula lagi dah pun menempah saham 'dosa' untuk suami mereka? Tambahan lagi kalau si suami tidak menegur cara pemakaian si isteri bahkan meredhai isterinya memakai sebegitu rupa. Lagilah bertambah-tambah dosa si suami pada mula-mula lagi mereka berkahwin. Nauzubillah hi minzalik..
Adakah kita ingin menjadi seperti diatas?
Adakah kita ingin menjadi seperti diatas?
Taknak kan?
Oleh sebab itu, kita perlulah istiqamah dalam setiap amalan baik yang kita lakukan, lebih-lebih lagi bertudung tu perintah Allah SWT. Sewajibnya kita istiqamah dalam melakukannya. Bagi yang sudah bertudung ataupun bakal bertudung, nanti bila nak kahwin, pastikan tudung tuh dilabuhkan hingga menutupi bahagian dada. Jangan singkatkan hingga atas dada seperti yang sering dilakukan oleh pengantin melayu zaman kini. Baju pula janganlah pakai yang ketat. Bukan takda baju yang longgar tapi kita yang malas nak mencari. Kalau kita sungguh-sungguh mencari apa yang kita nak, pasti jumpa! Senang-senang design aje baju pengantin sendiri. Buat baju kurung warna putih, letak manik-manik sikit. Cantik. (Idaman aku tuh!)
Oh ya betul! Ada manusia yang sudah tahu akan kenyataan ini tapi masih lakukannya lagi. Soal itu, terpulanglah kepada mereka. Kita sudah diberitahu mana yang betul dan mana yang salah, sekarang terpulang kepada kita untuk memilih. Kita diberi kuasa untuk memilih kan? =)

Dan tolonglah jangan ambil sikap sambil lewa dengan isu ini. Memang nampak macam hal kecil tapi kita tak tahu di kemudian hari nanti bila kena soal. Hah waktu tuh apa kome nak menjawab? Fikir-fikirkanlah. Sesiapa yang terasa, janganlah marah. Aku sekadar ingin menegur. Huhu. Terimalah walaupun ianya pahit. I'm sorry!
P/S: Nanti bila aku nak kahwin, aku nak pakai jubah. Haha berangan seketika~ Eh tak-tak! Aku nak design sendiri. Nak buat baju kurung seperti yang dinyatakan diatas. Tudung pun aku buat sendiri. Kasi labuh macam aku selalu pakai. Haha i like! Ngee~ =D
11 comments:
salam
hmm memang btol un cik shiqah,hanan sendiri pun naik gila tgk org yg pakai baju ketat2,kenapa yer?adoii
@Han Hanan
wassalam.
mungkin sbb hari tuh sekali seumur hidup. nak cantik, raja sehari kan. tapi alsn yg diberi tk munasabah kan? entah akk pun tak tau lah nk ckp apa. hanan cubalah pi tanya kat pengantin itu sndiri. kekeke :D
salam singgah ke sinih . hm , bese la tu . atien pon sllu nmpk pengantin nie byk yg agak ketat . heee . tapi cntik haha . :D
jom join sinih .
http://atienabern.blogspot.com/2011/04/join-bloglist-atien-abern.html
@a t i E n a b E r n !
haha tak dinafikan mmg cntik. tpi kena ikut cara yg btul jgk kan? hehe ;)
huhu.. yup!
memang ramai yg macam tu...
paling pantang part yg bile slalu pakai tudung, tbe2 je hr tu xnk pakai tudung plak... hukum Tuhan dibuat main2...
mudah2an kite smua dijauhkan dr perkara camtu.. :)
na'udzubillah...
trend kot..ahahhaa
dah jadi budaya baju pengatin mesti ketat kan ?
.............
nanti akak kawen , jemput saya >.<
@waRDah a.k.a QiQi
hurmm itulah! diorg ingt bnda ni remeh je. pas kahwin pkai blek. huhu.
yer semoga kita sume dijauhkan drpd situasi diatas. :)
@dean
trend? haha nk ikut trend masa kita mmg tak lah. hehehe..
@Akmal Khalidah
yup. huhuhu.
hahaha eh lama lgi kot. keh3 :D
Hehee suke entry ni.
And suke sgt idea nak pakai jubah masa kawen.
My cousin kawen aritue pakai jubah. Nampak cantik ayu jeeee.
And terus cakap kat mak,
'Nanti angah kawen nak pakai jubah laa'
HAHAHAHA
Post a Comment