Friday, June 17, 2011

Blog Menjadi Bahan Bukti Diakhirat | Ke Mana Arah Tujunya?


Assalamualaikum.
Buat rakan-rakan taulan.
Mari kita renung-renungkan.
Selama kita berblogging sakan.
Adakah dosa atau pahala kita kumpulkan?

Dalam surah yassin ayat 65 Allah SWT berfirman "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksian pula kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."

Jika mulut, tangan dan kaki akan menjadi saksi diakhirat kelak, maka blog pula adalah salah satu bahan bukti kepada tangan serta jari jemari. 

Apa yang kalian tulis? Apa yang kalian gambarkan? Suatu hari nanti pasti akan dihitungkan. Blog memang tak bernyawa dan mempunyai suara tapi blog punya jiwa. Jiwa yang terhasil daripada penulis blog itu sendiri agar dapat diserap ke dalam minda pembaca yang membaca blognya. 

Kita semua sedar apalah gunanya ada blog tapi tidak punya pembaca. Disana ada tanggungjawab yang tergalas di bahu insan yang bergelar Blogger. Ke mana agaknya kalian ingin membawa mereka yakni pembaca? Sama-sama menghirup haruman syurga atau merasai kepanasan lembah neraka? Ke mana hala tujunya sahabat?

Ingatlah rakan-rakan bloggers! Usah berblog jika mahu mengeji dan mengumpat sana sini. Kerana dosa yang akan kalian tanggung kelak berguni-guni. Usah berblog jika kalian ingin menabur fitnah dan bergosip kesana-kemari. Natijahnya, kalian akan miskin pahala suatu hari nanti. Usah berblog jika kalian ingin dipuji dan dikenali. Sudahkah kalian lupa bahawa disitu ada syaitan yang sedang bersembunyi?

Oleh sebab itu, marilah kita bermuhasabah bersama-sama, kalian dan aku juga. Bloggers Muslim perlu mempunyai jiwa hamba supaya dapat menuntun dirinya dan juga pembaca. Kerana kalianlah sang murabbi di alam siber. Alang-alang berblogging, biarlah sampai membuka jalan ke pintu syurga. InsyaAllah sama-samalah kita melakukannya.

Kepada rakan-rakan.
Semoga post ini memberi kesedaran.
Jangan kecik hati atau terkesan.
Aku sekadar menjalankan tugasan.
Kerana hidup di bumi Allah punya dua tujuan.
Sebagai khalifah dan hamba Tuhan.


BERINGAT-INGATLAH SESAMA KITA
 

34 comments:

al_hakim said...

i like this entry...gambate!

Sunah Sakura said...

subhanallah... alhamdulillah, terima kasih untuk perkongsian ni!

☀ Izzaty Hedry☀ said...

terima ksih kerna mengingatkn zaty...

FatimahZahra said...

wahh, terima kasih,
entri ni ada menyedarkan saya :)

idafirdausi said...

wow!!

tetibe takut nak blogging.. kena jejak kasih balik entri-entri lepas. dah baik atau belum??

dan smeoga entri saya yang akan datang lebih bermanfaat.. terima kasih :)

liyana said...

nice entry..

like it

Allah Maha Teliti terhadap apa yg kita kerjakan

::contengan hati::)) said...

wow suka ini ;)
insyallah cuba memperbaiki apa yang patut,, thanks berkongsi ;)

AI said...

- yess thats so true...nk follow la..

miho amyra said...

pesanan yang cantik untuk digunapakai...
=)
thanks~

Hidayah Ahamad said...

nice entry... tiba2 rasa cuak.. urm.. terima kasih kerana mengingatkan... :)

pelangi hafyza said...

saya like entry ni jugak...
terima kasih atas peringatan..^_^

Eera Shera said...

salam..peringatan yg sgt baik.sy nak share boleh?nnt sy buat backlink =)

Cik Pulau said...

suka dengan entry ni..
hakikatnya..
berbalik semula kepada kenapa kita berblog? untuk apa?

thanks for sharing..^^,

najwa's said...

thanks for da great entry. :)

Ana Farhana said...

nice :)

KasutKaripap said...

subahanallah..
suka entri ini =)

Syaza said...

Assalamualaikum, suka entri ni, suka sangat :))

Qila Adol said...

terima kasih...

Anonymous said...

Assalamualaikum w.bt...

subhanallah..perkongsian yang perlu, demi kesedaran semua bloggers and readers..hal yang dianggap remeh.

tak kisah blog tu blog peribadi, pembelajaran, masak2 dan sebagainya, mesti diselitkan dengan nilai2 murni..tak kisahla macam mana pun.fitrah manusia itu Islam dan Islamik.

malangnya ramai tidak sedar dengan keasyikan diri, memuntahkan segala isi hati tanpa fikir panjang, termasuklah segala gambar yang tidak sepatutnya ditatap umum..

bloggers post entries, readers share..dosanya berantaian tanpa noktah..
bayangkan betapa banyak dosa terhasil..

Astaghfirullahalazim..sama2 muhasabah diri..tahu itu perlu, amal itu wajib!Allahuakbar.

si cantik sally said...

eh..maceh..terbace entry ni insaf lak..copy + paste entry awak..skadar renungan brsama oke...

RHI said...

terima kasih atas peringatannya...sama2 kita menjaga tatasusila kita

Unknown said...

hehe..kalo aku nak cakap perkongsian gambor2 dalam blog pon kire n3 jugak kan..berhati hati le ek

apdm said...

salam..

semoga memberi kesedaran kepada semua.

myzziema said...

semua bloggers harus membaca entry ni! thanks for peringatan :)

Farah Hanim Mohd Alwi said...

nak like seribu kali tapi tak boleh hhiks :P nice entry, ukhti =)

AzwanRamli said...

nice sharing... jazakillah

MSfaten said...

Salam.terimakasih atas ingatan .
cuma nak tanya.kalau kita gunakan blog sebagai medan luahkan perasaan ape yg kte rse ,maybe rasa takpuas hati terhadap sesiapa , supaya orang diluar sana paham akan situasi kita, adakah ianya satu umpatan??
hanya ingin kepastian.
Tenkiu.^_^

Cik_Shiqah said...

@MSfaten
Waalaikummussalam.. sebaiknya dielakkan kerana bimbang bertukar mnjdi umpatan. Cuba kita fikir, syaitan pandai memainkan peranan sewaktu hati manusia sdg panas atau marah. Mungkin tujuan kita yg hanya skdr nk tlis ttg perasaan tk puas hati terpesong dgn mengumpat org yg buat kita rasa tk puas hati.. siapa tahu kan?

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di alam internet yang serba mudah ini, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja..

Wallahualam..

PengembaraMinda said...

Betul sangat entry ni..perlu dibuat penge'check'an semula ni..khuatir blog menjadi musabab kpd dosa sdgkan blog boleh mmbw kpd syurga.kn wat check n balance ni..arigato..

MSfaten said...

thanx cik-shiqah!!
InsyaAllah, akan jd kan panduan dlm berblogging.

guesswhoiam said...

wuuhh...ko buat aku terkesima shiqah :)

Ibnushukran said...

segalanya akn dihitung di akhirat kelak walau sebesar zarah sekalipun.. tp tu la, moga kita dpt muhasabah diri bersama, thanks cik-shiqah.. :)

baincardin said...

thank you for sharing. amat bermakna :)

Unknown said...

assalamualaikum