Monday, June 20, 2011

Jangan Sia-siakan Nafas Yang Kita Hirup Tanpa Berbuat Apa-apa!

Assalamualaikum. Saya ingin awak (orang yang baca post ini) supaya merenungkan sesuatu dan fahamkannya. Katakanlah awak telah mendapat apa yang awak sangat idam-idamkan selama ini. Kemudian tiba-tiba nikmat itu hilang tanpa kesan. Sudah pasti awak semua menangis + menyesal + gigit jari. Yelah! Apa yang awak dambakan hilang macam itu saja. Baiklah, apa kata, jika apa yang awak hilang itu ialah umur tanpa manfaat, sedangkan awak sendiri tidak menyedarinya.

Sesungguhnya umur itu adalah permata yang tidak mungkin dinilai dengan apa benda sekalipun. Yer! Umur terdiri daripada nafas. Dan setiap nafas yang awak hembuskan keluar tidak mungkin kembali lagi. Dan sedarlah tentang suatu hakikat bahawa dengan nafas itulah awak dapat menukarkan dengan apa sahaja yang dihajati dari kenikmatan syurga.

Lalu, janganlah sia-siakan umur kalian tanpa bertaubat!
 
Rasulullah SAW bersabda kepada kekasihnya yang digelarnya Aisyah Humaira ra yang bermaksud:

"Apabila kamu berasa berdosa, beristighfarlah kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya apabila seseorang hamba itu mengakui dosanya dan bertaubat, pasti Allah menerima taubatnya."
 

 
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." ( Imam Hasan al-Basri)
 

4 comments:

AI said...

- betul tu shiqah...kalau dah ditetapkan waktu nye tidak dpt diundur walau sedetik...kan

- tq atas peringatan...truskan usaha murni...

Ibnushukran said...

moga taubat kita diterima, kadang2 iman ni bila xkuat macam2 perkara mungkar kita buat,jalannya ialah taubat.. p kadang2 rasa malu.. cmne ek klu kita da taubat tp still lagi ulang perkara y sama walaupun ianya hnya dosa kecil... pndapat cik syiqah..

Cik_Shiqah said...

@AI
InsyaAllah :)

Cik_Shiqah said...

@Ibnushukran
yer kdg2 saya pun cm tuh jgk. kita manusia tak sempurna kecuali Rasulullah SAW yang bersft maksum.

Jika kita melakukan dosa2 kecil, banyakkanlah beristighfar.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan"
(Hadis Riwayat Al Hakim)

yg pling pnting, jauhkanlah diri kita drpd dosa sama ada kecil atau bsr. Jgnlah kita melakukan dosa2 kcil secara berterusan kerana stiap dosa yg kita lkukn akn terdpt satu titik hitam dlm hati kita. Jika titik hitam ini terlalu banyak maka hati kita akn tertutup untuk menerima taufik dan hidayah drpd Allah SWT. Kebenaran akn sukar utk masuk ke hati kita. jdi, bykkanlah beramal soleh dan beristighfar memohon keampunan drpd Allah agar dosa2 kita dpt diampunkanNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun..

Wallahualam.