Sunday, July 3, 2011

Jangan Berputus Asa Kerana...


 Assalamualaikum


Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana langit yang gelap pasti akan bertukar cerah apabila tiba waktunya.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana pelangi akan muncul apabila hujan telah melabuhkan tirainya.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana hari malam akan bertukar kepada hari siang pada keesokan harinya.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana disebalik langit malam yang gelap terselindung cahaya bintang di dalamnya.
 
Jangan berputus asa,
Kerana di sebalik kesusahan ada kesenangan. 
Kerana di sebalik derita ada bahagia.
Kerana di sebalik kesedihan ada kegembiraan.
 
 
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan); bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Surah Al-Insyirah ayat 4-5)

6 comments:

AI said...

- terkadang terasa berat dugaan yg menimpa...tetapi yakin kan diri bahawa Allah swt tahu ape yg terbaik utk kita...

Anonymous said...

salam,pekongsian yang menarik,moga kita lebih tabah megharungi ujian Allah lps ni.tq.hee.."janganlah miliki sifat putus asa tapi milikilah sifat sabar apb diuji Allah,Ilmu kita terbatas tapi ilmu Allah itu Maha Luas,Jika sabar itu tidak indah,bukan kerana ia tidak indah,tetapi mata hati kitalah yang kabur untuk melihat keindahan itu.Ia sama seperti kelawar yang tidak dapat melihat siang,bukan kerana kegelapannya tetapi siang itu terlalu terang dan mata kelawar tidak mampu menatapnya".sesunguhnya ujian penebus dosa =)
"Dan janganlah kamu berputus asa drpd rahmat Allah,sesungguhnya tidak berputus asa drpd Allah melainkan glgn yg kafir"
(surah yusuf 12:87)

Akmal Khalidah said...

Allah always with us :)

Cik_Shiqah said...

@AI
ujian dn dugaan itu indah sebenarnya :)

Cik_Shiqah said...

@Anonymous
yer btl tuh. syukran di ats perkongsian. dpt lgi ilmu ari nih :)

Cik_Shiqah said...

@Akmal Khalidah
Allah sentiasa bersama-sama dgn org2 yg beriman :)